MLM...
Kisahnya aku ni nak kurus. Takdelah nak kurus. Setakat nak dapat berat dan bentuk badan ideal.
Niat dengan teori tu dah ada tapi bila sampai bab praktikal terus hilang dalam pawana yang menerpa. Benda-benda macam ni perlukan pemangkin.
Pada satu hari (macam cerita Sang Kancil kan?), aku pergi umah member aku. Dia guna korset DX Elken apa entah namanya yang membentuk badan supaya nampak lebih bergaya di hadapan suami. Nampak juga kesannya sebab dia pun gunakan DX tu ikut cara yang betul. Aku berminat dan melanggan. Secara tak langsung aku jadi ahli untuk mendapatkan diskaun dan komisen (walaupun aku yang beli, aku tetap dapat komisen).
Selang beberapa hari, abang aku pula datang rumah dengan imej yang berbeza. Aku dah lama tak jumpa abang aku ni. Last aku jumpa sebulan sebelum tu, badan dia berisi. Stok berisi bapa-bapa ni. Tapi hari tu dia datang rumah dengan muka konfiden dan berseri. Bentuk badan dia dah serupa time dia umur 20an dulu. Dan of koz la berat dia pun berkurang kan? Aku tanya apa rahsia dia. Dia kata dia makan produk Herbalife dan masuk program Weight Loss Challenge (WLC). Dengan aturan pemakanan produk yang betul, dia berjaya kurangkan berat badan sehingga 15kg. Ok, ayat ni sangat IKLAN.
Sebenarnya dia ada la eksesais juga. Nak menang RM1000 tempat pertama kena la usaha sikit. Ye, dia dapat tempat pertama.
*Bulan yang selepas tu, orang yang dapat tempat pertama hanya kurang 5kg je daripada berat asal. Cis.
Aku berminat dan aku minta En. Suami masuk WLC tu. Sekarang dah nampak perubahan sikit kat En. Suami. Dia pun dah kurang letih. Lemak-lemak dalam badan tu dah berkurang kot. Mana taknya..asik 'membuang' je.
En. Suami pun dah jadi ahli Herbalife. Motif sama dengan aku. Untuk dapat diskaun dan komisen. Hehehehe...
Sekarang aku dengan En.Suami ada lah promote sikit barang-barang ni. Tapi takde la serius sangat. Kitorang promote pada yang berminat. Risau juga kalau member-member beli sebab terpaksa, nanti guna produk endah tak endah je. Bila jadi macam tu, kesan kebaikan daripada produk tu tak nampak. Rugi. Dah la mahal. Aku pun pelanggan juga jadi aku tau apa perasaan pelanggan aku nanti. Cewah! Feeling orang bisnes.
Takpelah untung sikit daripada tak untung langsung kan?
Aku minta-minta upline kitorang tak marah la pasal kitorang jual ikut suka kitorang je. Kalau barang tu tak perlu, kitorang bagitau member-member kitorang jangan beli. Selalu kan diorang suka jual pakej. Memang la diorang kata lagi save kalau beli pakej. Tapi dalam nak save-save tu pun kena tambah 2-3ratus juga. Senak perut.
Seronok juga melibatkan diri dalam benda-benda MLM menguruskan badan ni. Kalau kita nak buat atas kerelaan sendiri entah bila la kan? Lagi-lagi orang macam aku ni. Tapi bila beli benda-benda ni, otomatik kitorang rasa bersemangat nak turunkan berat badan. Yelah, ko dah beli beratus-ratus, lepas tu tak buat betul-betul...rugi aarrr...
Itu saja karangan Mari Lah Meniaga aku hari ini. Saja nak bagi blog ni update skit. Ngeee...
Hah, takleh kopipes tau ayat-ayat dalam post ni untuk marketkan produk korang. Aku tau aku ada ayat-ayat best kat atas tu. No No No. Sebab ayat-ayat ni daripada dalam hati aku. Kalau korang nak buat ayat best, buat daripada hati sendiri. Barulah orang terpikat dan rasa nak melanggan. Ceeeewah! Perasan betul aku ni.
Oh ye, selamat tahun baru. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Amik yang jernih, yang keruh bagi bersih :)