Monday, January 24, 2011

Ada hikmahnya...

Saat-saat aku nak mengecapi kebahagiaan dan mentransformasi diri ke arah kehidupan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang..saat aku sedang berangan-angan untuk mendapatkan kesenangan dalam urusan2 duniawi, ada pulak berita yang kurang menyenangkan, yang aku berdoa minta dijauhkan, yang aku berharap moga tak mendatangkan semula penyakit kemurungan, yang aku mau elakkan agar plan aku untuk mengurangkan kuasa-kuasa negatif dalam hati dan akal aku, namun...ia menjadi kenyataan.

Walaupun ada yang kurang senang, ada yang tak ambil pusing, ada yang merasakan hal tersebut adalah sangat remeh lagi temeh, ada yang merasakan aku berpenyakit hati, tapi bagi aku perkara ini adalah sangat tidak menyenangkan ibarat kita mahu sendawa tapi angin itu tersekat di esofagus. Perkara kecil ini adalah amat besar bagi aku, yang aku sangat tidak suka ibarat kamu tidak suka menonton iklan yang ditayangkan selama hampir 15 minit ketika kamu sedang enak menonton Cerekarama Minggu ini di TV3.

Hati aku sangat sedih. Tapi apabila difikir-fikirkan semula, setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmahnya... Mungkin Dia ada menjanjikan sesuatu untukku. Sesuatu yang lebih baik. Dengan saki-baki kesabaran yang ada, aku akan cuba bertabah!

*raya nanti kena minta maaf kat ramai orang...