Showing posts with label penuh perasaan. Show all posts
Showing posts with label penuh perasaan. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

Cinta Kompeni Ku

Cik Melur bagi idea ubah lagu sebagai terapi hal pemindahan aku ke Labuan..aku rasa lega sikit.

Terima kasih, Cik Melur juga Najwa Latiff dan kakaknya (rasa eksklusif sungguh)

Aku try upload video, tapi kena blocked la pula..ngeeee :P

~~~

Kita temuduga hanya dalam masa lima minit

Kau hantar pesan dan suruh aku kerja denganmu

Oooo… Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu transfer aku

Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu

Oooo… dah terkenakah aku..

Bagaimana harus terima

Ku rasa gementar dan tak bahagia

Perlukah aku beri peluang pertama

Walaupun elaun pindah semua tak ada

Banyak persoalan yang berada di minda

Kalau nak pindah kena cari rumah sewa

Otak kata tak nak hati pula kata ya

Nak pindah, tak nak pindah, aku mula gila

Banyak soalan banyak juga jawapannya

Kata hati dan rasa tak dibiar saja

Setiap yang berlaku ada kebaikannya

Harus pejam mata dan jangan buat kerja

Pabila HR email arah-arah ini itu

Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…

Ini kerja CEO-ku

Dan pabila kau bagi notis hanya satu minggu

Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…

Itulah kata-katamu, dalam surat transfer ku..

Bagaimana harus terima

Ku rasa gementar dan tak bahagia

Perlukah aku beri peluang pertama

Walaupun elaun pindah semua tak ada

Banyak persoalan yang berada di minda

Kalo nak pindah kena cari rumah sewa

Otak kata tak nak hati pula kata ya

Nak pindah, tak nak pindah, aku mula gila

Banyak soalan banyak juga jawapannya

Kata hati dan rasa tak dibiar saja

Setiap yang berlaku ada kebaikannya

Harus pejam mata dan jangan buat kerja

Pabila kau bagi notis hanya satu minggu

Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…

Itulah kata-katamu, dalam surat transfer ku..


Friday, October 15, 2010

Terima kasih :)

Bz...bz...

Nyum2..hari ni ada opismate belanja makan kat Chawan. Makasih ya, Kak Rus.

Bercita-cita ke situ sejak keluar kat siri Jalan-jalan Cari Makan. Menariknya sebab ada dihidangkan ubi kayu rebus. Oh...peberet.

Tapi tadi order Asam Laksa. Hiks... Lazat. Dan kopi Batu Pahat..erm..cubaan untuk minta kurang manis adalah digalakkan di situ. Agak authentic rasanya...uuu...

Bz...bz...

Minggu ini sudah ke office baru. Owh..sangat indah tempat ini. Tapi banyak betul pahit yang harus ditelan. Memang harus ku layan Kopi Batu Pahat tu setiap hari.

Bz...bz...

Bz eh? Dah tu, apa aku buat ni?

Bz...bz...

Buat-buat tak bz boleh?

*Oh, ya..meja baru aku dalam 'akuarium' (bilik berkaca) @ 'bilik kuarantin' sebab hanya kami 3 orang saja (boss dan sorang lagi member sejawat) yang ada access keluar masuk secara bermaharajalela. Yang lain kena minta izin tuan-tuan tanah kedaung ni dulu...aku dengan riaknya menggelar diri kami, warga Ikan Duyung. Semestinya aku lah Ariel!

Thursday, May 20, 2010

Kembangnyer hati (ke hidung?) seorang perawan ;)

Pagi ni opis lengang sikit.
Hurmmm..suasana camni baru syok nak buat kerja.

Aku mula cari pose selesa atas kerusi untuk memelihara mood yang baik sebab hari ni aku kena menghadap monitor lama-lama..dateline esok nak kena kejar.
Ok, dah jumpa.

Gantung headfon kat tengkuk. Kalau sarung kat telinga nanti, takut tak dengar bila boss panggil. Lagu pertama dipasang pagi ni - Kembang Perawan daripada Gita Gutawa. Oh..mood bertambah baik. Hati bunga-bunga terasakan akulah si perawan yang mulai jatuh cinta (semula) tu ;p
Rindu plak kat 'cik abang Tulip Purple'. Pagi ni tak nampak dia lagi.

Tak semena-mena bagaikan menyahut seruan hati, dia muncul kat sebelah meja aku. Dan dengan lembut dia menyanyi...

"Hey si gadis yang manis.." (Lagu Gadis Ayu - Black Dog Bone). Aku terkejut.

Dia senyum. Comelnya.

Aku sengih-sengih kerang busuk.

Dia senyum lagi. Comelnya.

Lepas tu dia pergi. Aku masih dengan sengih kerang busuk.

Cik Melur kat meja depan ni dah start menyampah kat aku. Haha.


Aduhhhhh....bunga-bunga tulip purple makin segar menguntum niiiii....
Terasa seolah-olah berada di puncak Gunung Kinabalu..


Tuesday, May 11, 2010

Kena amik cuti..

Sesak nafas...
Hahahahahah!



*sila bertabah dengan entry-entry berunsur 'awang-awangan' dalam masa terdekat ni..
sedang melalui fasa awal, jadi harap maklum ye ;p


gediks lebih skit..eheh...

Tulip Purple dah kena petik

Taman larangan dalam hati ni dah dimasuki orang..dengan izin ;)

Dah mula dengar lagu-lagu chenta..

Lagu Ramlah Ram - Diam Diam Jatuh Cinta pun boleh buat aku senyum jugak...aduyaiiii...

Wednesday, April 21, 2010

Ayang yindu semua.. :)

Buat masa ni ada tiga orang manusia yang sering mengundang kerinduan aku pada mereka. Bagai ditusuk-tusuk sembilu rasanya.

Salah seorangnya Remy, anak buah aku. Remy dah nak masuk 8 bulan dan jadi bertambah-tambah manja. Tak boleh dengar bunyi terlalu bising atau kena jerkah sikit dengan ayah atau paklong dia, nescaya jeritan batinnya akan dizahirkan dengan penuh perasaan. Tapi bila hulur plastik, secara otomatis tangisan dia akan berhenti. Padahal masa dia baru lepas dibersalinkan oleh ibu dia dulu, pantang betul dia dengar bunyi plastik maka dia akan terkejut dari tidur dan meronta-ronta kengiluan.

Aku plak pantang jumpa dia, aku akan baringkan dia kat dada aku dan hummingkan lagu keroncong Hujan dalam cerita Mukhsin tu...Mega mendung di angkasa... dan dia akan tertidur dengan lenanya dalam dakapan aku. Owh..bau rambut dia sangat sweeeeettt..baby la katakan..dah besar nanti jangan jadi busuk macam ibu kamu ye..hahahahaha!

Payah betul nak buat dia ketawa. Muka dia pun macam tak ada perasaan. Penat aku berusaha nak buat dia gelak..dia buat donno je..tapi bila orang senyap tak buat apa-apa, tiba-tiba dia ketawa..seram tak?

Aduh..rindu..baru lepas jumpa dia tadi..tapi tak habis lagi rasanya rindu ni pada Remy. Ayang yindu Yemyyyyy!

Lagi seorang, anak angkat ayah aku a.k.a adik angkat aku, Yang-Chuk. Dah lama tak jumpa dia. Dia ada kat rumah mak dia. Skarang umur dia dah 2 tahun lebih. Dia ni akan tegur aku dari jauh lagi, "Naaa!(Kak Ina)". Tu pun kalo dia tak mamai la sebab time ni dia akan melekat dengan ayah aku je. Orang lain di-bolayankan je. Kelolo mamat ni. Makin besar makin terserlah keloyaran buruknya. Baru 2 tahun tapi tak pernah kering gusi dengan dia ni. Ada je idea dia nak buat orang ketawa. Menari lah, menyanyi lah, main gitar lah.. Kang orang tak ketawa, marah plak. Hik hik hik. Pulak tu suka membebel 'bahasa dia' dan bila takde sapa yang faham dan dia akan tampar dahi dia. Macam orang tua. Ahaks!

Dia ni pun wangi. Bila jumpa dia aku akan peluk dia sampai dia mengamuk-ngamuk minta lepaskan diri. Tapi dia sangat comel dan aku akan peluk dia lepas tu ayah aku pun ngamuk dengan aku sama. Pilih kasih la tu.

Yang-Chukkkk..Kak Ina yinduuuuuu!!!

Dan lagi sorang..aku ni macam dah hilang arah pun ada dibuatnya. Tapi apakan daya.. Marilah kita doakan orang-orang tersayang kita dalam keadaan sihat dan sejahtera. Amin...

Thursday, April 8, 2010

Torehan Jiwa

Dengan nada, lagu dan irama
Kuluahkan jua, rasa kecewa...

Erk...

Sayup-sayup kedengaran lagu Ukiran Jiwa - Awie dari bilik sebelah.
Tak semena-mena, mood aku yang tengah gumbira la-la-la bertukar menjadi jiwa lara ra-ra-ra ah ah..gaga oh la la...want your bad romance...opss, tersasar!

Berubah 180darjah (Celcius?) tanpa bantuan atau asakan daripada mana-mana pihak.

Kedamaian yang kucari
Masih belum terbukti
Jauh lagi perjalanan ini

Jiwa tak pernah tenteram
Kasih lama tenggelam
Di lubuk hati yang paling dalam

Berlumutlah ukiran impian
Entah berapa lama
Harus ku nanti
Sinar kasih sayang menyinari kembali

Jejaka yang pernah menjadi tempat sandaran hati aku memang minat dengan Awie ni. Selalunya kalau aku naik kereta dia, berkumandanglah suara dan lagu mamat ni sebagai background music per-datingan hari itu. Kadang-kadang kalo datang angin jejaka ni nak menyanyi, ada la nampak gaya Awie sikit-sikit. Tak sedar muka tu macam perompak (aik, marah nampak?)

Dengan nada, lagu dan irama
Kuluahkan jua, rasa kecewa
Semoga kau dapat mendengarnya
Semoga terbuka pintu cinta...mu
Yang pasti hujan tak berterusan
Matahari kan tetap terus bersinar

Kini terbukti apa yang dinanti
Dengan rela kulepas kau pergi
Telah sedekat kenangan terpahat
Di ruang tak bertempat

Tersentak dengan hebat diiringi sedikit keluhan kecil.

Semua dah jadi sejarah. Nasib baik cerita cinta-tak-kesampaian aku ni tak masuk dalam soalan Sejarah SPM. Kalo tak, mesti aku akan jawab dengan berdakwatkan air mata darah orang sebelah yang aku cucuk matanya dan cikgu akan menanda kertas jawapan dengan penuh ketakutan.

Bila lagu ni nak abis...

Ikut hati nak aku masuk dalam bilik tersebut dan penyek-penyekkan radio tu tapi rasanya daripada aku sakitkan tangan aku, baik aku bagi mute je, kan? Karang nak ganti radio tu pun satu hal.

Dengan nada, lagu dan irama
Kuluahkan jua, rasa kecewa
Pada cinta, yang dahulu kita
Ukirkan bersama

Di ruang asmara
Di bumi yang nyata
Di dunia kita

Akhirnya...

Untuk menghilangkan semua rasa ni, terpaksalah aku nyanyi lagu yang girang..

Adaaabi
, melazatkan!

Adaaabi, menyelerakan!

Mengandungi pelbagai rempah..
Melazatkan kari dah kuah!

Adabiiii...

Monday, March 1, 2010

Kajian tanpa cop SIRIM

Manusia ni ada bagai-bagai pe'el..
Ada yang punya....

1. Kewarasan berakal
Normal dan peka dengan keadaan sekeliling. Akal digunakan sebaik mungkin untuk menyelesaikan sebarang dugaan dan cabaran yang datang untuk kebaikan semua pihak dan meminimakan kesulitan kepada diri sendiri serta orang lain.

2. Kewarasan tanpa akal
Kegunaan akal secara maksimum pada paras lutut.

3. Ketidakwarasan berakal
Gila-gila yang tidak mendatangkan kecederaan fizikal secara kronik melainkan pada bahagian ginjal dan kepenatan mulut yang berpanjangan kerana ketawa yang tak berkesudahan. Peringkat yang mampu dikuasai oleh mereka yang berkebolehan serta mempunyai bakat semulajadi untuk menghiburkan orang lain. Silap langkah, kemungkinan besar anda akan dikategorikan dalam golongan 2. Gabungan kriteria golongan ini dan golongan 1 sangat berkesan untuk memikat sang idaman hati hatta sesiapapun lah.

4. Ketidakwarasan tanpa akal
Kecederaan mental secara total. Gila tak ada diskaun punya.

Aku?
Mahu punya persen yang seimbang daripada setiap yang di atas. Boleh?
Errr... Tolak yg nombor 4

Sunday, February 28, 2010

Episod dua jiwa satu hati..

Ingat hari tu aku cerita pasal entry yang menghilang tanpa khabar berita? Agaknya blog aku terima kejutan sangat besar dengan benda aku nak cerita tu agak kebaboom (bagi aku).. Oleh kerana tak mahu menyerah kalah, aku buat juga (tapi takut entry ni terpadam lagi jadi aku buat pendek je la.)

Sebenarnya aku nak cakap pasal...

KAHWIN.. huhu~

Di office dan rumah, kad-kad kahwin mula bertebaran
Di wall FB, banyak kali kena tag kat kad-kad kahwin
Di blog-blog, pun banyak yang buat entry pasal kahwin..kawie yang muncul lepas lama menghilangkan diri pun tiba-tiba buat entry pasal kahwin..

Aku suka kenduri kahwin.

Suasana penuh tradisi, beli hadiah, makan free, berkumpul dan jumpa kawan-kawan, pakai cantik-cantik untuk ambil gambar (mesti!), dapat bunga telur (bunga telur sekarang ni pun dah pelbagai. Untung-untung boleh dapat mug, buku, sapu tangan..)

Kat sini aku bagitau Prosedur Jemputan Kenduri Kahwin Adrian (PJKKA) :

Dapat jemputan
  1. Cari/kumpul member untuk pergi sekali, selalunya aku akan berpakat dengan Ipie kalau kenduri melibatkan kawan-kawan sekolah
  2. Beli hadiah (kalo dengan Ipie, kitorang akan keluar awal untuk pergi shopping hadiah pada hari kejadian)
Sampai tapak kejadian
  1. Jumpa pengantin/ibubapa@saudara pengantin/kawan-kawan yang berkenaan
  2. Serbu meja buffet dan ambil semua lauk sampai penuh pinggan
  3. Makan dan minum sampai kembung perut
  4. Tunggu dan lihat pengantin bersanding
  5. Snap-snap gambar
  6. Lepak dan bergelak ketawa dengan rerakan sambil dengar orang karaoke(kalau ada)
  7. Balik (kalo pi kenduri sedara-mara atau jiran tetangga biasanya dibekalkan dengan lauk-pauk kenduri ;p)
Sampai rumah
  1. Bercerita pasal kenduri dan...
  2. Tido kekenyangan...ahaks~
Langkah-langkah di atas boleh diskip pada mana-mana bahagian. Takdak masalah dan tekanan ;)

Aku ada jemputan kenduri daripada member office, Manimaran, pertengahan March ni.. Seingat aku, aku belum pernah lihat sendiri perkahwinan masyarakat India dengan mata aku yang coklat dan masak ranum ni. Sebelum ni aku tengok dalam drama-drama atau filem Hindi. Mesti best ni. Selalu aku pakai kebaya je tapi kali ni boleh la aku peragakan baju punjabi dan gugusan gelang yang kawan aku belikan dari India 2 tahun lepas..yeay!

Dengan partner in crime, Ipie

1st time jadi pengapit

Pada kengkawan yang akan melangsungkan perkahwinan, aku doakan semuanya berjalan lancar dan kebahagian kalian berkekalan hingga ke hujung nyawa membawa ke syurga.

Auw!


Kahwin...

Aku?




Satu hari nanti...??

;)

Saturday, February 20, 2010

Awek cantik di sebalik pagar rumah

Elok je aku beralih nak masuk ke dalam rumah lepas cium Yang-Chuk kat pipi dan lambai-lambai kat dia, ada satu kereta besar berhenti kat depan rumah. Mujur aja adik aku tak bertolak lagi hantar Yang-Chuk balik umah mak dia so keta dia jadi penghalang antara aku dan kereta besar yang baru berhenti tu..

Driver tu turunkan tingkap.."Cong ceng cong ceng......"

Owh, yang drive ni aunty Cina rupanya.. Aduh, aunty ni cakap Kantonis plak dengan aku...

"Er..aunty sorry, saya..."

"Cong ceng cong ceng..."

"Aduh...aunty...saya.."

"Cong ceng cong ceng"....
saya tak fahamlah, aunty..adoi...

Lepas tu dia gerakkan kereta dan parking betul sebelah keta adik aku kemudian turun daripada keretanya..

"Leng loi aaa, cong ceng cong ceng.." aiseh, dia panggil aku leng loi!(yang ni aku faham pulak) Berbunga-bunga jiwa raga aku ni.. "Owh, you Melayu ke? Boleh tolong saya ke, saya silap masuk jalan. Saya nak bla bla bla....." Aku dah tak berapa dengar perkataan lain lepas dia sebut leng loi tu..hahahaha!

Ler..sesat rupanya..lepas adik aku tunjuk jalan kat dia, kitorang saling mengucap selamat dan masing-masing bergerak ke destinasi yang dituju. Aku terlampau bahagia ada orang mengiktiraf kecantikan aku sampai tak terkata apa.. Nasib baik adik aku ada kat situ untuk layan aunty tu. Hehe..

Yela-yela...aunty tu nak ambil hati je, tapi ingat senang ke nak dengar orang panggil kita leng loi sesuka hati?

Aku pelik la naper aunty ni ingat aku awek Cina padahal warna kulit aku agak malap..sambil tersengih-sengih, aku cepat-cepat tutup pintu sebab malam-malam tak elok biar pintu terbuka nanti nyamuk masuk.

Wednesday, February 17, 2010

Tukar keja lah

...

Rasanya nak tukar profesyen jadi penyanyi.

hurm...

Tak yakin boleh buat orang terpegun, tapi..
aku boleh menyanyi sampai hujan turun.

Patut ke aku jadi bomoh hujan je?


Hujan..yang turun..bagaikan..mutiara... - Hujan, Allahyarham Sudirman Hj. Arshad

Wednesday, February 10, 2010

Makan dengan penuh emosi..

Seulas, seulas limau ni masuk dalam mulut. Sedar-sedar habis sebiji. Kat kaunter receptionist ada lagi berbiji-biji..karang la amik.

Kenyang makan ikan keli sambal tadi tak habis lagi dah layan limau..menyahtinja la aku jap lagi ni...
~~~~~~~~~~~~~~~~

Berat badan aku dah bertambah lagi 3kg..

Waduh, waduh..dalam seminggu sudah begini hebat. Aku ingat lagi masa belajar dulu aku tak menaruh sebarang perasaan berhati-hati bila perut terasa nak makan (perut yang terasa, bukan lidah...). Semuanya aku bedal, janji halal dan mengasyikkan (bunyi lain macam je).

Dulu lain, sekarang lain...

Dulu nak pi mana-mana, jalan kaki. Pi dan balik sekolah jalan kaki. Kena naik turun bukit. Pi dan balik kelas jalan kaki. Nak pusing satu kampus tu dah macam buat le tour de' langkawi. Bersuka-suki dengan rerakan pun jalan kaki. Naik turun bas, kejar bas, kejar orang, kejar masa, berjalan tak ada hala, berjalan sampai sesat barat. Pendek kata masa dulu-dulu tu badan aku akan bergerak aktif jadi aktiviti mencerna makanan berjalan dengan lancar. Kecuali bila tiba time malas aku nak bergerak tu, ada la mangsa-mangsa yang aku minta tolong tumpangkan. Setiap tenaga dan lemak yang diperolehi daripada makanan yang dimakan digunakan sewenang-wenangnya oleh tubuh badanku yang ramping malah diperlukan berkali-kali ganda.

Sekarang nak pi mana-mana pun ada kemudahan. Pagi nak pi keja, aku minta tolong ayah aku hantarkan ke stesen LRT. Dari stesen nak ke opis, berjalan juga tapi tak sampai 7 minit dengan gaya berjalan yang sungguh santai dan tak perlu berusaha keras. Sampai je opis, duduk je memanjang hinggakan bahagian abdomen ke betis aku mengembang. Nak jalan-jalan pusing keliling opis ni pun dah naik muak, besar mana sangat la opis ni. Pemandangan best-best pun tak ada. Nak ajak member main lompat getah kang dah kira langgar etika pulak. Balik pun serupa dengan gaya aku datang tadi. Nak pergi mana-mana, naik keta tumpang keta. Kedai makan pulak senang sangat nak jumpa. Time perut start mengerang, tak sampai 5 minit (kalau lif tak sibuk) dah duduk kat meja kedai makan. Banyak pulak kedainya..Tepi opis? Depan opis? Belakang opis? Ada belaka. Banyak jugak jenis makanannya..Western? Eastern? Northern? Southern? Ada belaka. Keperluan makanan masih berganda-ganda malah lebih lagi. Berganda-berganda-berganda tapi tak semua digunakan sebaik mungkin.

Bukan tak bersyukur dengan kemudahan-kemudahan ni, tapi bila dah selesa sangat mula la buat-buat lupa diri. Bila terdetik rasa nak insaf, semangat pun berkobar-kobar untuk mentransformasi diri menjadi insan yang lebih cemerlang, gemilang, sihat serta bersederhana..kiranya boleh la geng dengan budak-budak Autobots tu..alih-alih Optimus Prime kecewa sebab aku terpengaruh dengan hasutan dan fahaman Megatron bahawa orang tamak selalu senang..tapi kesudahan orang-orang tamak ini sangatlah merugikan. Tengok la aku skang..tengok..tengok.. Sekarang aku faham perasaan Mila terhadap objek berlapis. Sebelum ni faham juga tapi tak berapa sangat sebab berat aku tak terpengaruh secara drastiknya macam sekarang. Bentuk dan berat badan dah sinonim. Malah sangat seia dan sekata. Apakah..
Apa sebab, apa kerana? Konpius juga. Tapi lepas aku buat kaji selidik dengan diri sendiri, mungkin ada kaitan dengan mainan emosi.. Ow'oh, Emosi..main kasar ye..
Mungkin betul. Bila sedih, aku makan. Bila tension, aku makan. Bila bosan, aku makan. Pendek kata, kalau wujud je perasaan atau situasi awan mendung ni..jawapan aku = MAKAN. Panjang kata, kalau cuaca cerah sepanjang masa maka aku akan menikmati setiap saat menghiburkan hati sampai tak perasaan pada sang perut yang memerlukan perhatian dan kasih sayang juga.
Awan mendung masih belum mau beri ruang pada matahari untuk menyinarkan hari-hari aku..sampai kapan, enche...sampai kapan...aku mau kurus ni...jangan perlakukan aku sebegini rupa..auw..

Sumber gambar : Rafhtello (awak, kita pakai satu ek...sopan tak?hehehe)

Kena beli banyak baju yang boleh bermain dengan ilusi. Program kuruskan badan? Kurangkan berat? Er..tu macam menyeksa badan.. Mau menikmati semua seadanya..ahaks~

*Pagi tadi termimpikan Optimus Bee. Gaya-gaya macam team dia kena 'panaskan badan' padang bola. Kiranya buat game pembukaan padang untuk TM Liga Super. Macam orang selalu buat pertunjukkan pembukaan gelanggang kalau ada perlawanan ke. Masa tu terkebil-kebil juga sebab aku rasa bukan game ni dah lama start ke? Kenapa baru nak buat pembukaan? Nak lawan bola pun kena ada upacara pembukaan macam ni ke? Kronik betul mimpi aku ni...

Friday, February 5, 2010

Episod Kecik Hati..

Terkilan ke aku ni?
~~~~~~~~~~~~~~~
Manusia ni ada bermacam-macam jenis. Tapi selalunya kita simpulkan kepada dua je.
Baik dan jahat.
Dengar kata dengan siapa kita berkawan tu la yang mencerminkan siapa kita. Kalo berkawan dengan orang baik, kita pun jadi baik. Kalo kita berkawan dengan orang tak berapa baik, kita pun jadi jahat. Ada juga perkara kebaikan dan kejahatan dalam diri seseorang tu dikaitkan dengan keturunan. Macam memang sangatlah tak kenanya sebab aku rasa yang menjadikan siapa kita, tertakluk pada kita sendiri untuk membezakan dan memilih apa yang terbaik. Memang patutlah kita berhenti salahkan orang lain padahal yang buat pilihan tu kita kan? Akal dan hati ada...apa gunanya? Sedekah kat orang lain? Memang murni niat bersedekah tu, tapi logik la skit...
Dalam berkawan, kebanyakan kita ni dari kecil dah diajar supaya buat pilihan terbagus (asik guna perkataan 'terbaik' je) tapi selalunya matlamat nak mencapai kebaikan tu tak seiring dengan cara. Betul niat tu supaya kita terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang kita kira salah sekiranya kita mendekati atau bercampur gaul dengan mereka yang kita anggap 'sesat'. Tapi macamana kita nak bezakan kalau kita tak berkenal-kenalan dengan yang salah dan betul ni? Okey, boleh baca buku...tengok drama kat tv..tengok kesimpulan yang jadi kat orang-orang sekeliling kita..tapi kan lebih baik kalo kita belajar dan ambil iktibar secara langsung (tiba-tiba tringat perkataan direct selling, apakah?) melalui sumber tu sendiri daripada kita sebarkan cerita-cerita yang diambil dari angin yang belum tentu kesahihannya..?
Setiap benda ada sebab-musabab. Siasat dulu sebelum kita chop orang tu baik atau jahat. Jangan melatah bila kita dilenting balik setelah kita cuba menasihati cara orang lain yang tak kena pada mata kita. Aci 'bubuh' je, silap-silap kita pula yang dikatakan cuba tunjuk baik. Mungkin tak dia terdesak, kita tak tau. Mungkin tak die perlukan perhatian, kita tak tau. Mungkin tak dia tak tau ada cara lain tapi sebab tak ada siapa yang boleh tunjukkan jalan, kita tak tau. Mungkin-mungkin-mungkin? Perlunya kawan yang baik ke jahat ke..perlu-perlu belaka. Sebab apa? Pada aku pengalaman diorang tu sangat bermakna untuk kita-kita yang lain ni amik pengajaran.
Kalau kita dapat berkawan dengan orang yang baik, alhamdulillah..banyak benda kita boleh belajar daripada diorang untuk baiki diri kita.
Kalau kawan kita tu tak berapa nak baik, jangan la jauhkan diri. Bukan manusia ke dia tu? Manusia ni tak lari daripada buat silap. Kita yang sedar ni cuba tolong sedarkan. Tapi gunalah cara berhemah. Tengok la keadaan dan orang yang kita nak bantu tu. Jangan pulak pi sua muka dia kat ekzos motor yang tengah panas sebab dia tak nak dengar cakap (tapi aku suka scene ni dalam cerita Adnan Sempit, gila evil..hahaha). Ustazah masa sekolah aku pesan, untung-untung dia nak dengar cakap kita, kan dua-dua dapat pahala tu..?
Tapi bila orang dah buat baik dengan kita, jangan la pulak kita amik kesempatan atas kebaikan dia..plis, plis, plisss..kamu jangan nakal~
Yang "jahat" AKAN buat perkara yang baik.
Yang baik tak semestinya boleh lari dari terbuat benda tak berapa nak baik..minta dijauhkan..
Manusia kan..tak sempurna..kita yang ada ni kena la saling melengkapi.
Selalu kita senang-senang hati jatuhkan hukuman kat orang lain, dan selalunya orang yg dijatuhkan hukuman tu akan menghukum kita semula. Dah satu hal plak main vice versa gini..bila nak habis?
Kalau ada yang menghukum kita, biarlah..asalkan kita tau apa yang kita buat itu betul, apa ada hal...later-later the truth will reveal..
Layankan aja..
~~~~~~~~~~~~
"Aku nak pi hisap dadah la, jom?"
"Malas la..aku nak pi makan ABC Fradoo. Lagi asyikkkk~"
"NAK IKUT!!"
~~~~~~~~~~~~
*Entry ditulis dalam nada kecewa, aci?

Friday, January 22, 2010

Pantun berlari

Kalo mula-mula dulu ;

Dua, tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua, tiga boleh ku cari
Mana nak sama cik abang sorang

Lepas tu ;

Dua, tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Aku kira sampai tiga, baik kau lari
Kalo tak, aku tetak ko dengan parang

Bila ingat-ingat balik, nyampah aku.

Awal-awal dulu..
U love me forever,
Kentut bau lavender
Mandi tak basah,
Tidur tak lena

Game bola pun kadang-kadang terlepas

Lepas tu..
Nak berjalan, jarak lima batu,
Nak tepon, tunggu bayar bil dulu
Bila tanya, kata sibuk banyak kerja,
Rupanya sibuk kejar kawan kita

Rasa macam nak tendang-tendang die macam bola


Najis.


*tiba-tiba emo pasal tak dapat minum milo ais

Sunday, January 17, 2010

Awak bawah umur lagi la, dik...

"Ada orang suka kat akak", maka berkatalah budak tingkatan 1 tu kat aku..aku lupa apa nama dia so kat sini aku letak la nama dia Shahrizan pasal die putih2, kulit gebu dan selalu pakai songkok hitam.

"Iye?bagusnya...siapa ek?", menjawab la aku kat corong tepon tu smbil sengih2 kembang kuncup hidung menahan napas supaya die tak tau betapa perasannya aku masa tu..

-------------------

"Nape dok kat luar, masuk la dalam dewan ni...tak nmpak orang buat persembahan kalo adik dok kat situ..", aku cuba berlagak sebagai kakak senior yg berhemah terhadap adik yg duduk balik tingkap luar dewan tu...

"Takpe, kak...kat sini pun ok".

"Ok..", aku senyum...

kau tersenyum, ku tersenyum,
kemesraan menguntummm..
senyumm..membahagiakan...
senyumanmu, amatlah berharga..
senyummmm, kepada semua..
dengan senyuman, terjalinlaaaah..
ikatan...

habis je persembahan seni petang tu, aku pun beransur balik. balik la pasal budak2 skolah sesi ptang pun dah nak balik, takkan aku nak dok situ lg plak..dari pagi smpai petang aku kat skolah, kang cikgu konpius aku ni pelajar ke pak guard. tengah aku berlenggang-lenggang kangkung ke gate skolah..."kakak!kakak!"...budak shahrizan (bukan nama sebenar) ni lagi..

"akak dah nak balik?", berkata2 la shahrizan sebaik aja die berdiri sebelah aku.

"ye...", (takkan aku nak berkebun kat sini plak). "adik nak balik jugak ke?",(aku pun tanya soklan bangang ni balik kenapa...)

"ye...akak kelas sebelah pagi ek?akak tingkatan berapa?"...dari situla kitorang mula berkenalan. sebelum kitorang berpisah untuk amik jalan pulang ke arah kebenaran masing2, sempat la aku tinggalkan nombor tepon umah kat die dgn niat untuk membantu beliau yg baru nak mengenal erti dunia sekolah menengah sekiranya ada sebarang masalah yg tidak dapat dielakkan..

"kalo adik ada masalah, kol akak ye". auw..tak payah tunggu ada masalah, die slalu kol aku. kadang2 kalo aku stay kat skolah smpai petang, nnt die teman la aku kat kantin waktu die rehat..aku suka study kat kantin sbb meja kat kantin besar. meja kat library tu kecik sgt (padahal takdela aku amik ruang sebesar alam utk pensilbok n buku2 aku-orang tamak selalu selesa).

makin hari, makin rapat la kitorang..memandangkan dia sekali ganda rendah daripada aku dan 4 tahun lg muda, takde la perasaan manis yang wujud daripd aku kepada die selain kakak and adik semata. die ni bukan la budak bermasalah, tp die tak ramai kawan..ada la sorang dua. agaknya sbb tu dia rapat dgn aku. comel aje budaknyer..asal nmpak aku je dari jauh dah tersenyum2..kadang2 die bawa kawan2 die teman aku sekali..

smpai la satu ketika...

petang yang indah tu, aku dapat panggilan telepon yg mesra kiut-miut dari shahrizan..

"assalamualaikum, kak yan"..

maka selepas memberi dan menjawab salam serta berbasa basi bertanya khabar...terpancul la kenyataan ni dari dia...

"Ada orang suka kat akak".

"Iye?bagusnya...siapa ek?", aku dah suspen ni....wah...ada pminat...

"saya..."

....aku senyap...

....die pun senyap...

panggilan ni dah jadi panggilan seram..

"adik...adik muda lagi...lagipun kita beza 4 tahun..camnilah, lepas ni kita jgn rapat sgt. adik jgn call akak lagi. kita jumpa kat skolah je, ok. assalamuaikum."

"waalaikumussalam..."

kejam ke aku? dia bukan la orang pertama yg aku kecewakan tp ini la perkara 'mengecewakan orang' yg pertama yg turut mengheret aku untuk kecewa sama sbb dia kecik2 dah kena reject..die ni pun satu...memang la cinta tu tak mengenal usia tp awak tu baru form 1..ni la die budak2 zaman sekarang..

dunia dah maju, zaman dah berubah..semua nak jadi cepat besar.

cuba jadi macam budak Yang-Chuk ni..org tgh sebuk nak masuk minang anak dara org, die sibuk berlari la, menendang la, menjerit tgh majlis..
bertuah....
nasib baik ko comel.
muah3!

Jangan gatai2 nak fire aku..

saat aku sedang menyeimbangkan kecantikan diri dengan alam semulajadi..
ada yang tidak bersetuju..

susah sangat diorang ni nak terima kenyataan...huh...
auw..

Friday, January 15, 2010

Mat Mie - Cik Ina

Cik Ina teringat kat MatMie la plak...walaupun MatMie slalu ckp 'Cik Ina dak antek', tapi cara MatMie luahkan tu sangat harmoni dan mencuit hati..tapi kalo smpai MatMie besar pun cakap macam tu juga, hang tau la nanti Cik Ina cantik ke tak....


( sebenarnya aku guna pensel kaler..tp scanner tak cukup hebat la....)

Thursday, November 19, 2009

Tengahari itu..yang tak disangka2

Jangan kata korang, aku pun tak sangka benda ni akan jadi kat aku...saja aku cerita benda ni sebab nak bagi korang jeles...MUAHAHAHAHAHAHAH!tak sabarnya aku..

Aku baru lepas balik makan tengahari dari kedai BA kat depan bangunan opis aku ni...

Sementara ada masa lagi sebelum abis waktu lunch, layan Spontan kat youtube..

Senyap2 aku terkekeh2 songsorang(takde la senyap sgt sebab ada org tengok2 apa la aku ketawa sorang2 dgn headfon kat kepala...)

Hah...dah masuk waktu..solat jap la...

Kluar je musolah, smuorang dah balik opis..ala...tak dapat nak layan Spontan lagi...kang kantoi dgn bos...takpela...balik kang la..

Dok kat meja, aku sambung keja yg tertunda 2,3 hari lepas..heheheheh..nasib la en.den tak tanya apa cer keja ni dah siap ke belum..dateline pun lambat lagi..rileks la kejap...

Tak smpai lima minit, fon kat meja aku berbunyi..time2 macam ni selalu akak receptionist yang call...ada call masuk untuk aku la ni...mesti mamat vendor semalam nak promote barang die lagi..aduhhh..malasnya..

"Adrian, tolong datang depan jap"..hah..kan betul kak liza..tp apsal kena p depan plak ni..
"Aik..kenapa kak?", aku dah saspen ni..tak pernah kena panggil p depan..
"Ni hah..ada orang nak jumpa awak.."
"Aik..sapa kak?"
"Ntah, dia cakap dia kawan awak, awak kenal dia..ni ada depan akak ni hah tengah sengih2.."
"Vendor ke,kak?"
"Bukan..akak tak pernah tengok vendor macam ni pun..meh la cepat, akak nak amik call masuk lagi ni..bye"
"Ok2...sat..bye", aduh...sapa plak ni...main saspen2 plak..

Beratnya nak p depan...macam ada orang nak kenakan aku je..

Aku dah smpai kaunter receptionist..
"Kak, mana orangnya?"
"Tu...", kak liza tunjuk kat sofa balik dinding.

ERRRR........takkanlah...

"Hai, adrian...awak kenal saya?"

....mamat ni...macamana dia boleh jumpa aku?

"Awak ok tak?baik awak duduk dulu...sini.."

...dia tarik aku duduk sebelah dia.

"Awak mcm nampak hantu je...knapa?saya tak cukup hensem ker?hihihi.."

Manisnya dia senyum...arghh...."er....er....camana...."

"Camana apa?"
"Macamana En. Aaron Aziz leh jumpa saya kat sini?En. Aaron tau saya keja kat sini?En. Aaron kenal saya ke?"

"Wah...byk nyer soalan..td awak senyap je..heheheh..comel la awak ni..hiks..", dia kata aku COMEL?~heaven~ dia lagi comel dia tak sedar ker?
"Macam ni..awak ada masuk contest bercuti bersama artis kan?saya la artisnya"..dia senyum..die sambung lagi..

"Jadi saya datang ni nak ucapkan tahniah & hantarkan sekali tiket ke Holland ni untuk awak..awak kata nak tengok tulip dengan saya kan..?"

kelip2 mata aku...masa die hulur tiket tu laju je aku capai...
aik..apsal ada flash banyak2 ni?ler..apsal aku tak perasan ada kamera n mamat2 lain ni...
mak aih..aku masuk tv ker?!
waaahhhhhhhh!
aku sengih2 je la...sengih2...senyum2...wahhh!mesti orang ramai nampak ni.muahahahahah!lambai2 skit..wahhh!...

"En. Aaron. betul ke ni?"aku ckp sambil lambai2 n sengih kat camera..

"Ye..awak la pemenangnya.."

"Terima kasih, En. Aaron", aku toleh kat dia..tp...apsal muka En.Den kat sebelah aku?

"Aik, En.Den buat apa kat sini? mana Aaron...tiket p Holland ni takkan saya nak pegang dua2?"

"Banyakla awak punya Aaron!sronok betul saya tengok awak lentok kat meja..tido sambil sengih2...Aaron mana plak ni?Gatal awak yer, keja saya tak siap lagi ada hati nak p Holland?! siapkan report tu cepat!saya nak pakai petang ni."
aku sengih2,"heheheh...ok3...sat a"

En. Den balik bilik dia tanpa toleh2 lagi..

Aku pun sambung sengih2...

Bila la aku dapat p tengok tulip dengan Aaron Aziz ni....

http://www.flickr.com/photos/shahrom/183147098/