Ingat hari tu aku cerita pasal entry yang menghilang tanpa khabar berita? Agaknya blog aku terima kejutan sangat besar dengan benda aku nak cerita tu agak kebaboom (bagi aku).. Oleh kerana tak mahu menyerah kalah, aku buat juga (tapi takut entry ni terpadam lagi jadi aku buat pendek je la.)
Sebenarnya aku nak cakap pasal...
KAHWIN.. huhu~
Di office dan rumah, kad-kad kahwin mula bertebaran
Di wall FB, banyak kali kena tag kat kad-kad kahwin
Di blog-blog, pun banyak yang buat entry pasal kahwin..kawie yang muncul lepas lama menghilangkan diri pun tiba-tiba buat entry pasal kahwin..
Aku suka kenduri kahwin.
Suasana penuh tradisi, beli hadiah, makan free, berkumpul dan jumpa kawan-kawan, pakai cantik-cantik untuk ambil gambar (mesti!), dapat bunga telur (bunga telur sekarang ni pun dah pelbagai. Untung-untung boleh dapat mug, buku, sapu tangan..)
Kat sini aku bagitau Prosedur Jemputan Kenduri Kahwin Adrian (PJKKA) :
Dapat jemputan

- Cari/kumpul member untuk pergi sekali, selalunya aku akan berpakat dengan Ipie kalau kenduri melibatkan kawan-kawan sekolah
- Beli hadiah (kalo dengan Ipie, kitorang akan keluar awal untuk pergi shopping hadiah pada hari kejadian)
Sampai tapak kejadian
- Jumpa pengantin/ibubapa@saudara pengantin/kawan-kawan yang berkenaan
- Serbu meja buffet dan ambil semua lauk sampai penuh pinggan
- Makan dan minum sampai kembung perut
- Tunggu dan lihat pengantin bersanding
- Snap-snap gambar
- Lepak dan bergelak ketawa dengan rerakan sambil dengar orang karaoke(kalau ada)
- Balik (kalo pi kenduri sedara-mara atau jiran tetangga biasanya dibekalkan dengan lauk-pauk kenduri ;p)
Sampai rumah
- Bercerita pasal kenduri dan...
- Tido kekenyangan...ahaks~
Langkah-langkah di atas boleh diskip pada mana-mana bahagian. Takdak masalah dan tekanan ;)
Aku ada jemputan kenduri daripada member office, Manimaran, pertengahan March ni.. Seingat aku, aku belum pernah lihat sendiri perkahwinan masyarakat India dengan mata aku yang coklat dan masak ranum ni. Sebelum ni aku tengok dalam drama-drama atau filem Hindi. Mesti best ni. Selalu aku pakai kebaya je tapi kali ni boleh la aku peragakan baju punjabi dan gugusan gelang yang kawan aku belikan dari India 2 tahun lepas..yeay!

Pada kengkawan yang akan melangsungkan perkahwinan, aku doakan semuanya berjalan lancar dan kebahagian kalian berkekalan hingga ke hujung nyawa membawa ke syurga.
Auw!
Kahwin...
Aku?
Satu hari nanti...??
;)
Aku?
Satu hari nanti...??
;)
7 comments:
sape yang beli gugusan gelang tu ek?...
kring! Kring!.. jawablah...
jejaka IDAMAN...diulang IDAMAN OK....
IDAMAN eh... hohohohoho
tahniah kpd pengantin! ^_^
kak mas - a'a, mengidam..eh, idaman..(mengidam jejaka idaman..boleh?)
bain - wah..terima kasih..(perasan sekejap, boleh?hiks~)
sape jejaka idaman?...
Post a Comment