Tuesday, February 16, 2010

Salam berkarya untuk seberang..

Kiriman kepada teman di seberang sampai juga Isnin lepas, Alhamdulillah...memang betul cakap kak long kat kaunter pejabat pos tu, kiriman mel biasa ke Indonesia ambil masa sampai 2 minggu. Mulanya pikir sampai hari Rabu ni sebab kita kan cuti Tahun Baru China sampai hari Selasa...tapi rupanya kat sana mana ada cuti macam kita kecuali Hari Raya and Krismas. Hiks~

Aku pun tak tau camana leh terpikir nak bagi dia hadiah. Excited kot dapat teman baru. Lagipun aku rasa hadiah yang aku bagi tu memang kena dengan dia. Seronok juga dapat beri barang yang orang memang nak dan hargai pemberian kita tu daripada beri barang yang orang tak tentu nak simpan. Lagi satu pasal....aku memang suka benda tu tapi tak reti nak guna..daripada aku ekshen je baik aku bagi pada orang yang tau fungsi sebenar benda tu..

Hadiah apa? Aku bagi hint...

Antown ni salah seorang ahli komuniti Indonesia's Sketchers (IS) /ilustrator / freelance graphic designer. Aku ni bukannya jenis yang berseni tapi pada pandangan mata aku yang bulat dan berwarna ala-ala coklat ni, dia buat sketsa-sketsa yang sedap mata memandang. Tak berat sangat dan menarik. Kebanyakan sketsa dia dibuat secara spontan dan selalunya dengan penggunaan Sakura KOI Water Colors (cari kat sini tak jumpa..hurm...). Agaknya sebab tu aku suka, spontan dan bersahaja.

Nampak tak hint dia? Nampak tak? Memang la tak nampak sebab aku memang tak suka bagi hint..heheheheheh..senang citer korang tengok kat blog dia..klik sini.. sila, sila ;) Karya-karya menarik dia yang aku cakap tadi pun ada kat sini. Enjoy :)

2 comments: