Wednesday, February 3, 2010

Hari dan Malam yang awesome..

Sambutan sempena birthday aku?
6 hari 5 malam...
Teraju Utama : Matyan

27 Januari 2010;
Upacara pembukaan.
Bersenang-lenang ke Alamanda, Putrajaya dengan Matyan layan cerita Adnan Sempit & Jeritan Kuntilanak.
Kalo korang nak mengharapkan jeritan batin ke, anak tekak ke..disarankan tak perlu la menonton cerita JK ni sebab pada aku cerita ni lebih pada nak mem'promote' pelakon2 dia.."panas, bro". Cerita AS ni plak tak banyak 'isi'nya tapi kalo nak bersantai-santai riang ria gelak ketawa, lawak die boleh tahan gak.."biasa, bro.."

Matyan ni kejanya nak 'membunuh diri' je,
Katanya nak bunuh kuman2 dalam badan pasal rokok tu kan ada lebih 1,000 racun pembunuh..senget...
28 Januari 2010;
Pagi-pagi (tak berapa pagi) bangun and get ready pasal babah nak belanja makan kat Pizza Hut..hehehehehehe! Apa lagi, layan lasagna la...rejki...rejki...makan 3 ulas piza, semangkuk lasagna, sepotong ayam..bergelen air Coke..apa lagi ntah..aku makan smpai lebam, kenyang smpai malam..burrrpp, alhamdulillah...lepas tu, rilek je kat umah..

29 Januari 2010;
Sepatutnya petang ni dah bertolak pi Tg. Karang, kampung Matyan, tapi Matyan tak sihat plak..sakit telinga dia menjadi sikit, bengkak kat dalam smpai kurang dengar (nak kata pekak tak sampai hati plak).
Ntah camana leh merajuk plak dengan die ni hari. Call tak jawab..sms tak reply..dari smalam lagi. Yang sakit tu kan telinga..mulut-tangan-telinga kanan tu elok je lagi (jahat-jahat comel tak kenyataan aku ni?)
Tapi malamnya Matyan call. Aku kan kakak yang manja (Matyan yg cakap)..so secara tak sengajanya terkeluar la nada merajuk tu. Dah letak fon, die call lagi suruh siap2 esok pagi pukul 6 amik die kat umah lepas tu gerak pi Tg. Karang..cewah..dalam dia tengah sakit tu, gaya nak memujuk aku membawa sampai ke Tg. Karang. Masa ni aku buat-buat merajuk lagi, tapi dalam hati dah bunga-bunga. Dah letak fon, die call lagi skali nak amik aku pi mandi Kolam Air Panas Selayang dengan Aisya & Apiz. Hik hik hik..ngada tak aku?hehehehe~

Apiz & Aisya/Mei
aku and Mei tak mandi pun, cecah-cecah kaki je..panas kot..ramai orang lagi..

30 Januari 2010;
Balik dari Selayang tu dah pukul 5 pagi. Lepas diorang hantar aku kat umah, aku pack baju, mandi, Subuh and trus gerak amik Matyan kat umah dia, langsung ke Subang kutip Apiz & Mei. Tukar turn guna MJ plak. Muka semua sememeh tak cukup tido tapi nak berjalan punya pasal, apa ada hal...

Sampai je kat Tg. Karang, jalan sibuk. Raya Thaipussam-penuh berwarna-warni.
Nampak tak gambar belah kiri yang aku highlight tu? Pergh...hebat..
Bila dah jejak je kat umah atuk Matyan, apa lagi - buat tour la...

Jenguk kambing
Naik Kubota
Kacau budak buat kerja sekolah
Buat weely..."Padayappa!"

Lepas tu, bersiap plak untuk makan tengahari..

Aku goreng ayam ni seround je..Princess kan jarang masuk dapur..
Alih-alih aku tolong buatkan air oren je..
Mcik Lin masak pecal, tempe sambal, tempe goreng..makanan2 kampung versi Jawa..
Mak aih..mau tak berpeluh kepedasan dibuatnya! Ttapi sedap punya hal sampai aku tak angkat kepala..

Kecik-kecik minum air oren, dah besar makan nasi..
Perut dah kenyang, apa lagi..pakat baring ramai-ramai la..tapi aku amik kesempatan tak terhingga ni untuk mandi air takung hujan kat bilik air luar rumah Atuk...humangaih syoknyer...sejuk woo...
Lepas mandi, buat aktiviti cari cacing plak pasal petang kang nak guna umpan memancing.
Tapi, time orang men'cacing', aku curi-curi naik gerek..

Time orang memancing, aku curi-curi rilek..

Sempat lagi layan Kubota...

































Kulit dengan hati dah terbakar, tunggu punya tunggu..ikan tak dapat2..yang dapat pun ada la sebesar ibu jari aku...tu pun takleh nak dibuat apa..nak simpan tak boleh, nak makan lagi la tak dapat...kitorang pun gerak la pi melawat makcik Ju Matyan plak..

tapi sempat la bawak balik 2 ekor anak ikan buat belaan Ijat and Ijoy..tu pun Mei yang dapatkan..Mei ni mesra alam rasanya..

bayangkan..

Sampai-sampai kampung Atuk je dah tengok kualiti makanan kambing, lepas tu check kesihatan kucing, kemudian kaji habitat cacing, abis semua tu die pi mancing..

nak kata dr. haiwan tak juga pasal die sebenarnya buka restoran.

krisis identiti..hik hik

Melawat kampung Matyan memang best...



"Tapi aku la pening" - Matyan












31 Januari 2010;

Hari ni aku pi tolong kak Winee pindah barang-barang umah and tolong jaga gerai otak-otak dia. Tak larat nak berjalan jauh pasal penat semalam tak hilang lagi. Tepat pukul 12.00am, 1 Feb 2010..aku nyanyikan lagu rasmi happy birthday dekat adik aku, Apit, masa dia tengah jaga kaunter kedai. Macam gila glamer kan? Tapi ada ke aku kisah..adik aku, aku punya suka la nak buat apa...(orang tak dengar pun pasal aku nyanyi guna tone ala kadar je..hiks)

1 Feb 2010;

Rini teman Matyan pi Hospital Serdang pasal telinga dia makin sakit. Tu la gamaknya terjadi sebab melayankan aku je seminggu ni kan...tapi lepas pi hospital tu sempat lagi singgah Jusco Seri Kembangan bawa Matmie bersuka-ria, singgah Shah Alam hantar telefon Matyan yang pecah skrin, langsung ke Alamanda untuk upacara penutup ulangtahun kelahiran aku---->


Popia Rangup Extra Pedas Kakak-kakak (Sisters Crispy Popia) & Avatar





~the end~


;p


*terima kasih semua untuk kenangan yang indah2 ni..mama, babah..adik bradik..kengkawan..terutamanya Matyan ;)

5 comments:

Anonymous said...

eh. aku pun pernah kena mcm matyan tu
telinga kurang pendengaran dah pas tu
x pekak ler

syok giler ko jalan2 dengan member masuk kg. jeles plak aku

Masy said...

apsal plak no plate kete tu ade nama akak? susah2 je hahahahahah

saaba said...

Kapitan : die bgtau smalam, die letak ubat gamat je 1 malam trus elok. tlinga die dah ok.cubalah.
*aku ada jual minyak gamat, nak? (sempat lagi ni..hehehe)

tu adik sepupu, bukan member la..

Kak Mas : ntah, rasa mcam nak tukar no plate je..susah betul..akak menghantui hidup sayaaaa..hahahahaha!

Anonymous said...

bgus sguh la myan tu..
sngup bwk kmu kmna sja..
tman kmu x kra mlm @siang..
jauh@dkat smta2 nak hepy kn kmu..
dia x hirau pon psl life dia..
yg pnting dia dpt uat kmu hepy..
rmbut dia style la...
bwk sy jmpa dia blh..
bnga la ngn dia..

saaba said...

amboi myan, pndai la hang. yalah2, hang memang adik yang sangat baek...aku doakan cita2 hang tercapai...
*awat hang suka tak letak nama..