Showing posts with label Ungu. Show all posts
Showing posts with label Ungu. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

Pn Isteri mencintai En. Suami

Tajuk je dah terang lagi bersuluh.

Dengan bergayanya, aku berjaya menamatkan zaman bujang En. Bunga Tulip Purple sekaligus menaikkan pangkat beliau yang membawa gelaran En. Suami.

Memandangkan En. Suami dah buat catatan maya dengan pantas dan tuntasnya, jadi saya mempersilakan anda yang sedang melayangkan anak mata ke setiap perkataan dalam post ini untuk ke sini. Beliau sangat comel. Terima kasih, En. Suami. Muah2!

Ada lakaran kata-kata indah untuk En. Suami yang bakal dilahirkan daripada hati tulus suci murni ni...(suci? aum!), tapi nanti boleh? Rasa malas pulak nak tekan-tekan papan kekunci ni. Bunyi ketik-ketik papan ni tak boleh menandingi perasan rindu untuk ajak En. Suami makan tengahari. Perut sudah kosong, mau minta di isi.

Oh ya, I pakai baju ala-ala zaman biduanita Saloma. Ngeee.... Hasil kreativiti Pak Ndak aku yang nak tengok anak-anak / anak-anak buah dia bersanding dengan fesyen terbaru. I like. Cayang Pak Ndak. Hehe.. Aku akan letakkan gambar tu nanti, mana tau ada yang berkenan, leh menyewa dengan aku sebelum aku bagi kat Pak Ndak aku nun di Kedah sana untuk disewakan pada orang-orang Utara. Cewah, sempat lagi meniaga ni.

Sementara tunggu update aku pasal baju tu, kita pi makan dulu. Aku rasa nak kurus dah tahan lapar pasal nak menaip hingga ke titik di hujung ayat ini.

Monday, June 21, 2010

Babah!!

Selamat Hari Babahhhhh!

MUAH! MUAH! MUAH!







*hadiah cukup bulan ek...

Saturday, May 29, 2010

Sifat ke-Makcik-an ku terserlah...

Hari ni betul-betul terasa seperti makcik muda yang sebenar bila mampu mendodoikan anak-anak buah, ADB & MAH, dengan jayanya.

Kalo macam ni, gimana la gayanya aku nak balik umah sewa...mesti aku rindu-rinduan pada bau bayi-bayi ini...

auw!

Sungguh penat...sungguh-sungguh penat menjaga bayi.
Aku merasakan kepenatan itu padahal baru suku hari berhempas-pulas (itupun ala-ala je).
Pinggang sakit, bahu macam nak terkehel.

Jadi rerakan, sila hargai mak ayah anda termasuk nenek dan datuk yang terlibat sama secara langsung dalam proses membesarkan dan memelihara anda sejak dari dalam peruuuut...
Jangan lupa pada makcik pakcik anda juga ye ;)

Saya sayang mama dan babah saya.

Saya sayang nenek-nenek dan datuk-datuk saya.

Saya sayang ehem-ehem saya juga...hiks

Muah, muah, muah!

*Pakai syampu baby Pureen semalam. Wangi dan segarnya sampai ke hari ni..selamat tinggal Sunsilk. Saya sudah berjumpa teman baru.. muahahahahah!

Wednesday, May 26, 2010

Seni itu indah...

...lagi-lagi bila ditambah dengan kasih sayang..ahaks!

Artist : Cik Abang Bunga Tulip Purple

Ini lukisan abang Ramli Sarip sempena Konsert Amal Tafsiran Budiman. Aku suka dengan teknik yang dia gunakan dalam lukisan ni...main-main berus macam tu pun boleh jadi.



Gambar ni masa aku tengah bersenang-lenang atas bot.
Hilang mabuk laut bila buat mulut macam ni...
Aku suka part-part lipatan kat baju/tudung dan part kena cahaya tu. Kulit gelap sikit..logik la pasal aku berjemur masa tu. Ngeh ngeh ngeh.



Gambar ni masa aku kat kenduri kakak dan adik perempuan aku.
Gediks...
1st dapat gambar ni aku terpikat dengan backgroundnya...smart dia buat gambar dedaunan tu. Sangat kena dengan citarasa aku. Ohh...
Sila beri perhatian pada tajuk di bahagian kanan gambar..ohhh...

Ini....gambar pertama yang dibuat oleh 'cik abang Bunga Tulip Purple' menggunakan Sakura Koi Water Color dan dihadiahkan pada aku. Lepas tu baru aku dapat yang atas-atas ni. Gambar-gambar ni dia main kaler terus. Bestnya. Dengki pun ada sebab kalo aku yang buat, kena sketch dengan pensil dulu. Kalo sapa-sapa rasa nak tengok lagi hasil kerja tangannya, sila la ke sini.


Ohhhh.....seni itu memang indah...seindah kasih sayang kita kan, bang..
AUW!

*Komen-komen anda diharapkan untuk membaiki mutu dan keunggulan pada masa akan datang..ataupun boleh terus ke blog cik abang Bunga Tulip Purple...mekacih :)

Thursday, May 20, 2010

Kembangnyer hati (ke hidung?) seorang perawan ;)

Pagi ni opis lengang sikit.
Hurmmm..suasana camni baru syok nak buat kerja.

Aku mula cari pose selesa atas kerusi untuk memelihara mood yang baik sebab hari ni aku kena menghadap monitor lama-lama..dateline esok nak kena kejar.
Ok, dah jumpa.

Gantung headfon kat tengkuk. Kalau sarung kat telinga nanti, takut tak dengar bila boss panggil. Lagu pertama dipasang pagi ni - Kembang Perawan daripada Gita Gutawa. Oh..mood bertambah baik. Hati bunga-bunga terasakan akulah si perawan yang mulai jatuh cinta (semula) tu ;p
Rindu plak kat 'cik abang Tulip Purple'. Pagi ni tak nampak dia lagi.

Tak semena-mena bagaikan menyahut seruan hati, dia muncul kat sebelah meja aku. Dan dengan lembut dia menyanyi...

"Hey si gadis yang manis.." (Lagu Gadis Ayu - Black Dog Bone). Aku terkejut.

Dia senyum. Comelnya.

Aku sengih-sengih kerang busuk.

Dia senyum lagi. Comelnya.

Lepas tu dia pergi. Aku masih dengan sengih kerang busuk.

Cik Melur kat meja depan ni dah start menyampah kat aku. Haha.


Aduhhhhh....bunga-bunga tulip purple makin segar menguntum niiiii....
Terasa seolah-olah berada di puncak Gunung Kinabalu..


Tuesday, May 11, 2010

Di-tag oleh Kak Masy..huhu..

Baru balik dari Sabah...oh, penat sekali tapi sangat-sangat-sangat gumbira dan senang hati. Bukan dengan apa yang ada di sana, tapi apa yang di sini. Nantilah cerita, hati masih bunga-bunga sampai tak boleh susun ayat. Hanya mau ketawa-sengih-senyum sendiri-ketawa lagi. Hiks :p
Dapat pesanan penaja dari Kak Masy supaya ke blog kotakhujan.blogspot.com, aku di-tag dengan cara yang sungguh halus..ahaks..suka suka suka..

Akibatnya, terpaksalah berusaha keras memikirkan 10 perkara yang mengembirakan aku, diulangi 10 saja padahal aku ada lebih dari tu...

Kak Masy, hamik ni..

1. Bila Mama & Babah senang hati. Masa ni aku boleh minta macam-macam..sure dapat. Ngeh..ngeh..ngeh..

2. Bila Remy (anak buah) sengih-sengih tengok aku.

3. Bila Yang-Chuk panggil nama aku kuat-kuat dari jauh.

4. Bila dapat menatap lukisan/sketch yang kena dengan mata (terutamanya daripada cik abang yang simpan Tulip Purple aku tu..eheh).

5. Bila dapat siapkan 1 lukisan.

6. Bila dapat habiskan 1 buku yang best.

7. Bila dapat sms or call daripada cik abang yang simpan Tulip Purple aku tu.

8. Bila nampak cik abang yang simpan Tulip Purple aku tu kat opis.

9. Bila dapat buat korang jeles (baca:nyampah) sebab aku asyik sebut 'cik abang yang simpan Tulip Purple aku tu' kat dalam list ni..hahahahaha!

10. Bila kena tag dengan Kak Masy melalui cara yang sungguh unik. Buat aku gelak besar sorang-sorang. Kreatip taw.

Baca-baca ni, ingat korang boleh terlepas? Meh lah hempas-pulas bersama...la la la:

1. ZackNsem
2. Kencana Kasturi (Mapen)
3. PecINTa wANita (Syukri)
4. shin chi
6. Cik Reen
7. sawitsan
8. Millalara
9. Cik Melur
10. Matyan (ko buat blog cepat sebelum aku tendang ko laju2)

Kena amik cuti..

Sesak nafas...
Hahahahahah!



*sila bertabah dengan entry-entry berunsur 'awang-awangan' dalam masa terdekat ni..
sedang melalui fasa awal, jadi harap maklum ye ;p


gediks lebih skit..eheh...

Tulip Purple dah kena petik

Taman larangan dalam hati ni dah dimasuki orang..dengan izin ;)

Dah mula dengar lagu-lagu chenta..

Lagu Ramlah Ram - Diam Diam Jatuh Cinta pun boleh buat aku senyum jugak...aduyaiiii...

Tuesday, April 20, 2010

Tengahari yang sebu...

"No airrr..no airrr..." - meracau-racau macam Jordin Sparks, seronok juga layan lagu gini.
Masa aku tengah menaip ni dah masuk part die jerit tinggi-tinggi tu..

Tangan ni gatal aje nak menghapdet tapi tak tau nak taip apa..aku nak p makan.

Sementara tu,

silalah men'spero'kan mata anda dengan hasil di bawah..
Ini meja Cik Melur, betul belakang meja aku ni je..
dengan izin tuan tanah kedaung, aku buat ni masa dia tengah cuti sebab kalo time dia ada lagi bersepah-sepah meja dia..pening la aku nak siapkan.


komen daripada anda dialu2kan untuk membaiki gerak tangan ini..
tima kasih..

Penerangan (cewah!) :
Salam Selasa :)

"Malu...malu, tapi mahu..
Kini baru kutahu..
Diam-diam jatuh cinta..
Bersama akhirnyaaaa..."

Sempat lagi layan Diam Diam Jatuh Cinta - Ramlah Ram sebelum nak tutup ayat ni.. ;)

Thursday, March 25, 2010

Sesaat bersama Abang Aaron Aziz

"Call back"
Aku terima sms ni dari Matyan petang semalam..
Aku call and dia terus bagitau Aaron Aziz ada depan dia tengah sign otograf untuk aku.
Fyi, Aaron Aziz ada shooting dekat dengan kawasan rumah Matyan..
Lepas tu..


AA : Assalamuaikum..
Aku : ...(waalaikumussalam)
AA : Assalamuaikum..
Aku : ...(waalaikumussalam)
AA : Hello
Aku : ...
AA : Hello
Aku : ...err...
AA : (cakap dengan Matyan) Tak ada pun. Sapa nama dia?Baby?
Matyan : Adrian Agustina
AA : (masa ni aku dah start tak dengar dia cakap apa sebab semua nampak samar-samar dan aku diawang-awangan tapi rasanya dia cakap "Hello, Adrian")
Last aku dengar, "Tak ada cakap apa pun, macam nangis je"
Abang Aaron...saya tak nangis..saya tak tau nak cakap apa je..terkejut + terharu + semua perasaan best-best..

Aaaaaaa.....beberapa saat bergayut telefon yang paaaaling berharga!

Hati berbunga tulip purple sepanjang waktu dari petang semalam..

Terima kasih untuk Matyan sebab ingat juga kat Kak Ina.
Terima kasih juga untuk Milalara sebab tolong hantarkan autograph ni dengan Matyan malam tadi juga-juga.

Aaron Aziz, good luck untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (kategori Pelakon TV Lelaki Popular)!

Jom kengkawan kita vote dia, hari ni tarikh akhir mengundi *senyum lebar-lebar

Teruja! Teruja!

Saturday, March 6, 2010

Bersalin kulit, auw!

CAK! ;)

Ingat tak bila aku kata nak buat kejutan itu hari? Ni la hasilnya. Ngeeee :D

AB (AdrianBerdongeng) mengalami transformasi secara drastik. Keluar dari dunianya yang gelap-gulita dan bertopeng kepada yang suasana yang lebih lembut serta mendayu-dayu.

Apa yang terzahir dihadapan mata korang adalah apa yang tersirat disebalik kehidupan aku buat masa ni. Sesuai dengan kegemaran aku sekarang bermain dengan pencil color untuk menajamkan skill yang sedia tumpul serta kehidupan aku yang dihiasi dengan warna-warna pelangi. Cik keboom cik keboom *lagu latar

Make-over akan dijalankan secara berperingkat untuk mendatangkan keselesaan membaca yang tak terperi kepada kita semua.

Hampir 70% daripada blog ni dikuasai oleh warna purple. Sengaja. Saya suka warna ini. Titik.

Selamat kunjung-mengunjung..(macam hari raya pulak)

~saaba~

Wednesday, March 3, 2010

Semarak Ungu

Tadi petang baru ajer member aku bagitau dia kena "mata ikan"/sariawan/stomatitis. Aku pun dah banyak hari kena. Mula-mula aku ingat dah makin nak kebah...rupanya baru nak bermula...

Adeh...adeh...


Tak apa, sakit kan dapat menghapus dosa.


Tadi makan Mee Sup pun sampai mencurah-curah air mata. Kesakitan bukanlah penghalang apabila kelaparan berada pada tahap kritikal.


~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ada yang tak kena dengan aku ni...

Tiba-tiba tersenyum sepanjang masa
Sinar mentari memancar-mancar walaupun sudah pukul 12 tengah malam
Tulip ungu mekar sepanjang tahun di lantai beriklim khatulistiwa
Aaron Aziz kelihatan dimana-mana
(ok, meleret sikit..tapi Aaron Aziz adalah sangat comel dan memiliki wajah yang tak jemu mata memandang, boleh pandang je la)


Walaupun luka akibat tusukan Sembilu Selatan Malaya masih belum sembuh sepenuhnya, tapi semangat dan jati diri semakin meningkat sesuai dengan peredaran masa dan cuaca.

Alhamdulillah, proses membentuk peribadi sedang berkembang ke arah yang lebih baik.

Sudah semestinya dengan bantuan...

Kepada keluarga dan kawan-kawan,

Matur nuwun :)

Thursday, November 19, 2009

Tengahari itu..yang tak disangka2

Jangan kata korang, aku pun tak sangka benda ni akan jadi kat aku...saja aku cerita benda ni sebab nak bagi korang jeles...MUAHAHAHAHAHAHAH!tak sabarnya aku..

Aku baru lepas balik makan tengahari dari kedai BA kat depan bangunan opis aku ni...

Sementara ada masa lagi sebelum abis waktu lunch, layan Spontan kat youtube..

Senyap2 aku terkekeh2 songsorang(takde la senyap sgt sebab ada org tengok2 apa la aku ketawa sorang2 dgn headfon kat kepala...)

Hah...dah masuk waktu..solat jap la...

Kluar je musolah, smuorang dah balik opis..ala...tak dapat nak layan Spontan lagi...kang kantoi dgn bos...takpela...balik kang la..

Dok kat meja, aku sambung keja yg tertunda 2,3 hari lepas..heheheheh..nasib la en.den tak tanya apa cer keja ni dah siap ke belum..dateline pun lambat lagi..rileks la kejap...

Tak smpai lima minit, fon kat meja aku berbunyi..time2 macam ni selalu akak receptionist yang call...ada call masuk untuk aku la ni...mesti mamat vendor semalam nak promote barang die lagi..aduhhh..malasnya..

"Adrian, tolong datang depan jap"..hah..kan betul kak liza..tp apsal kena p depan plak ni..
"Aik..kenapa kak?", aku dah saspen ni..tak pernah kena panggil p depan..
"Ni hah..ada orang nak jumpa awak.."
"Aik..sapa kak?"
"Ntah, dia cakap dia kawan awak, awak kenal dia..ni ada depan akak ni hah tengah sengih2.."
"Vendor ke,kak?"
"Bukan..akak tak pernah tengok vendor macam ni pun..meh la cepat, akak nak amik call masuk lagi ni..bye"
"Ok2...sat..bye", aduh...sapa plak ni...main saspen2 plak..

Beratnya nak p depan...macam ada orang nak kenakan aku je..

Aku dah smpai kaunter receptionist..
"Kak, mana orangnya?"
"Tu...", kak liza tunjuk kat sofa balik dinding.

ERRRR........takkanlah...

"Hai, adrian...awak kenal saya?"

....mamat ni...macamana dia boleh jumpa aku?

"Awak ok tak?baik awak duduk dulu...sini.."

...dia tarik aku duduk sebelah dia.

"Awak mcm nampak hantu je...knapa?saya tak cukup hensem ker?hihihi.."

Manisnya dia senyum...arghh...."er....er....camana...."

"Camana apa?"
"Macamana En. Aaron Aziz leh jumpa saya kat sini?En. Aaron tau saya keja kat sini?En. Aaron kenal saya ke?"

"Wah...byk nyer soalan..td awak senyap je..heheheh..comel la awak ni..hiks..", dia kata aku COMEL?~heaven~ dia lagi comel dia tak sedar ker?
"Macam ni..awak ada masuk contest bercuti bersama artis kan?saya la artisnya"..dia senyum..die sambung lagi..

"Jadi saya datang ni nak ucapkan tahniah & hantarkan sekali tiket ke Holland ni untuk awak..awak kata nak tengok tulip dengan saya kan..?"

kelip2 mata aku...masa die hulur tiket tu laju je aku capai...
aik..apsal ada flash banyak2 ni?ler..apsal aku tak perasan ada kamera n mamat2 lain ni...
mak aih..aku masuk tv ker?!
waaahhhhhhhh!
aku sengih2 je la...sengih2...senyum2...wahhh!mesti orang ramai nampak ni.muahahahahah!lambai2 skit..wahhh!...

"En. Aaron. betul ke ni?"aku ckp sambil lambai2 n sengih kat camera..

"Ye..awak la pemenangnya.."

"Terima kasih, En. Aaron", aku toleh kat dia..tp...apsal muka En.Den kat sebelah aku?

"Aik, En.Den buat apa kat sini? mana Aaron...tiket p Holland ni takkan saya nak pegang dua2?"

"Banyakla awak punya Aaron!sronok betul saya tengok awak lentok kat meja..tido sambil sengih2...Aaron mana plak ni?Gatal awak yer, keja saya tak siap lagi ada hati nak p Holland?! siapkan report tu cepat!saya nak pakai petang ni."
aku sengih2,"heheheh...ok3...sat a"

En. Den balik bilik dia tanpa toleh2 lagi..

Aku pun sambung sengih2...

Bila la aku dapat p tengok tulip dengan Aaron Aziz ni....

http://www.flickr.com/photos/shahrom/183147098/