Showing posts with label Menjahit. Show all posts
Showing posts with label Menjahit. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Kelas Menjahit 3

Maka siaplah baju saya setelah 5 hari (Sabtu-Ahad-Sabtu-Ahad-Sabtu) bertungkus-lumus.

Sopan dan berisi dalam masa yang sama. Namun aku redha...
Bersyukur dan bangga dengan diri sendiri kerana setelah melalui kepayahan dan jerih perih (over), aku berjaya menyiapkan sehelai baju kurung yang kainnya sama jenis dengan skirting meja menjahit kelas.

Hari terakhir ni kami diajar menjahit getah dan pengeras pada pinggang. Berapa kali jahit, berapa kali tetas, lepas tu jahit lagi. Akhirnya siap juga. Bergosok lagi taw!.

Selesai sesi menangkap gambar dengan baju kurung jahitan masing-masing, kami bersalam-salaman, bertukar nombor telefon dengan harapan boleh hantar tempah baju raya pada pelajar yang hebat-hebat sebab tak yakin dengan diri sendiri dan call suami masing-masing untuk ambil kitorang bawak balik (aku je yang call suami, yang lain balik sendiri..manja kan I? wek..).

Masa balik tu aku tak salin baju semula.

Masa tu la En. Suami ajak pergi isi air mineral kat vendor machine, pergi Ujana Kewangan untuk depositkan duit kat Maybank kemudian pergi makan KFC. Dengan kain berkilat ala-ala skirting meja tu pusing bandar, kau mampu? Aku bukan mampu, aku tak berdaya...

Walaubagaimanapun..

En. Suami, terima kasih kerana..
...mengizinkan adinda (huuumangaih) untuk menghadiri kursus ini,
...memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi,
...belikan gunting kain dan gunting kertas baru,
...menghantar dan mengambil adinda dari kelas,
...menghantar breakfast pada hari adinda tak sempat makan pagi,
...mengambil adinda untuk makan tengahari,
...tolong fotostatkan IC adinda untuk pendaftaran sebab adinda lupa padahal cikgu dah ingatkan banyak kali,
...meninggalkan sebentar aktiviti memancing untuk teman adinda pergi beli kain yang macam skirting tu (tu la..adinda dah kata adinda tak reti pilih)
...menadah telinga dengan komplen pasal jahitan adinda sendiri
...tolong jahit jelujur
...belikan kain semalam untuk adinda jahit baju kurung lain pulak. Cantik kain abang pilih :)

dan bangga dengan adinda sebab dah pandai jahit baju kurung sendiri. Siap order baju melayu dengan adinda lagi... Malu I taw, abang... AUM!

terima kasih untuk semua, abang..

Ailebiu.

Aum!

Mama juga, terima kasih sebab turut bagi semangat dan turut sama bengang dengan cikgu tu sebab salah ajar anakmu ini potong kain sampai tak cukup. Padahal kita berdua tau yang tak pandai itu adalah anakmu sendiri kerana Mama pernah ajar anakmu ini potong kain dulu.

Terima kasih, Mama. Sayang, Mama.

Babah juga, terima kasih sebab anakmu tau Babah sudah plan nak belikan mesin jahit baru untuk anakmu ini. Waaaahhhh..kalaula Babah baca ni, mesti dia tercengang-cengang.

Tapi sayang Babah juga.

Terima kasih Cikgu Ju, Cikgu Nor dan rakan-rakan sekelas atas tunjuk ajar kalian yang membantu saya meningkatkan keyakinan diri dalam bidang jahit-menjahit.

Eh, lupa. Terima kasih kompeni sebab beri peluang pada pekerjamu yang tak pernah pegang mesin jahit lama-lama sebelum ini.

Panjang pulak entry ni, siap ada penghargaan. Baru jahit baju kurung sehelai. Hahahahaha.

Memperkenalkan, Cikgu Nor yang ajar part menjahit kain.





Nampak skirting belakang beliau?
Abaikan.

Sekian, terima kasih.

Thursday, July 5, 2012

Kelas Menjahit

Yeeee.... aku sekarang sedang mengikuti kursus menjahit baju kurung.  

Kursus ini dijalankan dengan kerjasama company tempat aku bekerja dan Giatmara Labuan.

Sempat lagi buat iklan.

Tengok, siapa kata dok kat Labuan tak ada aktiviti? (Aku yang kata)

Kursus ni pun percuma. Kompeni ni rajin menyokong usaha-usaha murni kerajaan tempatan kat sini. Yang merasa kesenang-lenangan mestilah rakyat jelata kompeni kan sebab dah boleh buat untung lebih dengan mengambil tempahan baju kurung untuk hari raya.

Perasan.

Kelas menjahit ni dijalankan selama 6 hari, setiap hari Sabtu dan Ahad, dari pukul 8 pagi hingga 4 petang. Makanya, selama 3 minggu aku tak dapat sidai baju kat luar. Maklumlah, untuk wanita bekerjaya macam aku (uwek!) aktiviti membasuh dan mengemas yang berkualiti hanya boleh dilakukan pada hari minggu. 

Ngeee...sebenarnya housemate dah bagi idea bernas hantar baju pergi dobi. Siap berlipat lagi baju-baju aku tu...wahhh...

Minggu pertama, para peserta memanjakan diri dengan mesin jahit. Mula-mula jahit tanpa seurat benang (aum!) mengikut corak diatas kertas yang disediakan. Kemudian guna benang pula.

Masa ni, ramai yang menjahit ala-ala berlumba kat trek Sepang. Belum pandai kontrol kelajuan semasa menekan pedal (pedal?) mesin jahit.

Selepas itu, kami diajar untuk ambil ukuran badan. Masa ni semua orang dah mula eksited. Masing-masing dah ada stail tukang jahit profesional, semua sangkut tali tape (tailor's tape) kat leher. Stail kan? Mula-mula aku rasa tak layak je nak sarung tali tape tu. Tapi bila dah sarung, baru semangat menjahit tu datang. Itu rahsianya... Ooo...

Kemudian, kami diberikan kertas minyak yang selalu buat balut buku teks masa sekolah dulu. Kertas tu digunakan untuk buat pola mengikut ukuran baju yang telah diambil tadi.

Dengan menggunakan pola yang dah siap digunting tersebut, barulah boleh buat ukuran pada kain. Lepas gunting kain, kena buat overlock pula. Aku ingatkan apa overlock ni...rupanya jahit tepi. I hate overlock (gedik). Habis kain aku kena cantas sebab pada mesin overlock tu ada pisau yang akan potong lebihan kain. Dan mesin tersebut melebih-lebih pula potong kain aku. KOMPEM lepas ni aku akan hantar kain ke kedai je kalau nak jahit tepi.

Berakhir la kisah minggu pertama aku dengan mesin overlock yang buat aku tak senang tidur sepanjang malam.

Sebenarnya, kata cikgu menjahit, pada mulanya kumpulan sasaran untuk program ni diutamakan kepada ibu tunggal, keluarga berpendapatan rendah dan mereka yang termasuk dalam senarai di bawah :
(aku kopipes buta-buta dari link di bawah)
  • Golongan yang berdaftar dengan e-kasih (focus group) 
  • Ibu/Bapa tunggal
  • Orang Kurang Upaya (OKU) 
  • Pekerja Industri / Kilang 
  • Pesara 
  • Komuniti Setempat
  • Lain-lain yang bersesuaian
Tapi memandangkan tidak mendapat sambutan daripada kumpulan sasar tersebut, penyertaan pun dibuka kepada semua lapisan. Maka bertuahlah kami rakyat Labuan.

Dulu program ni ada dikenakan yuran, tapi sekarang peserta boleh tersenyum girang kerana caj tersebut telah dibatalkan dan ditaja sepenuhnya oleh gomen termasuk alat menjahit dan kain yang boleh dipakai semasa hari raya nanti..errrr...mesin jahit tak boleh bawa balik ek..

Siapa yang berminat untuk menyertai Program 1Malaysia ini, silakan click disini.

Ok, kita tunggu minggu kedua pula. Macam mana la agaknya keadaan kain aku yang dah dicantas tu bila dah dijahit menjadi baju kurung. Jangan jadi kain perca je sudahlah...

*Tak ada gambar sebab kusyuk menjahit...

** Sebelum ni pun memang tak ada gambar.

*** Hahahaha!