Thursday, July 5, 2012

Kelas Menjahit

Yeeee.... aku sekarang sedang mengikuti kursus menjahit baju kurung.  

Kursus ini dijalankan dengan kerjasama company tempat aku bekerja dan Giatmara Labuan.

Sempat lagi buat iklan.

Tengok, siapa kata dok kat Labuan tak ada aktiviti? (Aku yang kata)

Kursus ni pun percuma. Kompeni ni rajin menyokong usaha-usaha murni kerajaan tempatan kat sini. Yang merasa kesenang-lenangan mestilah rakyat jelata kompeni kan sebab dah boleh buat untung lebih dengan mengambil tempahan baju kurung untuk hari raya.

Perasan.

Kelas menjahit ni dijalankan selama 6 hari, setiap hari Sabtu dan Ahad, dari pukul 8 pagi hingga 4 petang. Makanya, selama 3 minggu aku tak dapat sidai baju kat luar. Maklumlah, untuk wanita bekerjaya macam aku (uwek!) aktiviti membasuh dan mengemas yang berkualiti hanya boleh dilakukan pada hari minggu. 

Ngeee...sebenarnya housemate dah bagi idea bernas hantar baju pergi dobi. Siap berlipat lagi baju-baju aku tu...wahhh...

Minggu pertama, para peserta memanjakan diri dengan mesin jahit. Mula-mula jahit tanpa seurat benang (aum!) mengikut corak diatas kertas yang disediakan. Kemudian guna benang pula.

Masa ni, ramai yang menjahit ala-ala berlumba kat trek Sepang. Belum pandai kontrol kelajuan semasa menekan pedal (pedal?) mesin jahit.

Selepas itu, kami diajar untuk ambil ukuran badan. Masa ni semua orang dah mula eksited. Masing-masing dah ada stail tukang jahit profesional, semua sangkut tali tape (tailor's tape) kat leher. Stail kan? Mula-mula aku rasa tak layak je nak sarung tali tape tu. Tapi bila dah sarung, baru semangat menjahit tu datang. Itu rahsianya... Ooo...

Kemudian, kami diberikan kertas minyak yang selalu buat balut buku teks masa sekolah dulu. Kertas tu digunakan untuk buat pola mengikut ukuran baju yang telah diambil tadi.

Dengan menggunakan pola yang dah siap digunting tersebut, barulah boleh buat ukuran pada kain. Lepas gunting kain, kena buat overlock pula. Aku ingatkan apa overlock ni...rupanya jahit tepi. I hate overlock (gedik). Habis kain aku kena cantas sebab pada mesin overlock tu ada pisau yang akan potong lebihan kain. Dan mesin tersebut melebih-lebih pula potong kain aku. KOMPEM lepas ni aku akan hantar kain ke kedai je kalau nak jahit tepi.

Berakhir la kisah minggu pertama aku dengan mesin overlock yang buat aku tak senang tidur sepanjang malam.

Sebenarnya, kata cikgu menjahit, pada mulanya kumpulan sasaran untuk program ni diutamakan kepada ibu tunggal, keluarga berpendapatan rendah dan mereka yang termasuk dalam senarai di bawah :
(aku kopipes buta-buta dari link di bawah)
  • Golongan yang berdaftar dengan e-kasih (focus group) 
  • Ibu/Bapa tunggal
  • Orang Kurang Upaya (OKU) 
  • Pekerja Industri / Kilang 
  • Pesara 
  • Komuniti Setempat
  • Lain-lain yang bersesuaian
Tapi memandangkan tidak mendapat sambutan daripada kumpulan sasar tersebut, penyertaan pun dibuka kepada semua lapisan. Maka bertuahlah kami rakyat Labuan.

Dulu program ni ada dikenakan yuran, tapi sekarang peserta boleh tersenyum girang kerana caj tersebut telah dibatalkan dan ditaja sepenuhnya oleh gomen termasuk alat menjahit dan kain yang boleh dipakai semasa hari raya nanti..errrr...mesin jahit tak boleh bawa balik ek..

Siapa yang berminat untuk menyertai Program 1Malaysia ini, silakan click disini.

Ok, kita tunggu minggu kedua pula. Macam mana la agaknya keadaan kain aku yang dah dicantas tu bila dah dijahit menjadi baju kurung. Jangan jadi kain perca je sudahlah...

*Tak ada gambar sebab kusyuk menjahit...

** Sebelum ni pun memang tak ada gambar.

*** Hahahaha!

2 comments:

art and design said...

bersemangat, bersemangat...
jangan lupa baju melayu satu..
hehehe...

saaba said...

Baik, Abang..! Macehhh :)
Boleh..tapi jadik baju kurung la...abang nak? Ngeeeeeeeeee :P