Tuesday, March 30, 2010

Muar

dengan mood "Bagaikan Sakti" - Siti Nurhaliza & M.Nasir

sedang dalam proses belajar mewarna dedaun..
tapi masih takleh nak bezakan latar belakang dengan depan..
mohon tunjuk ajar..

Kluang

Sapa orang Kluang?

Friday, March 26, 2010

Cari Jalan Makan-makan

Tempat kejadian : Pasir Gudang-Kota Tinggi-Teluk Ramunia, Johor

Tarikh kejadian : 12 - 15 March 2010

Ahli : Aku, Kak Rose, Fariza (Warni tak dapat join sebab ada hal lain...takpa, lain kali ek)

Tujuan kejadian : Amik roadtax, pergi kenduri kahwin Nana and Manimaran, melawat Azie dan Lina yang dah boleh meniarap, melawat beberapa kawan Kak Rose, membuktikan keburukan lantak (Jalan-jalan Cari Makan), melepaskan rindu dendam pada Teluk Ramunia dan kampung-kampung sekitarnya..

Tujuan tak terduga : Jumpa bekas-bekas senior yang rupanya ada tali persaudaraan dengan salah seorang ahli yang terlibat dalam ekspedisi kali ini, salah tempat untuk amik roadtax, hampir-hampir kena saman depan traffic light simpang Plentong sebab memandai tambah lagi satu lane, jumpa kedai baru (baru dalam list kedai makan best aku) kat Bandar Penawar

Tujuan tak tercapai : tak dapat pi kenduri Manimaran sebab terlupa nak bawak kad jemputan kawin dia..camana nak pi kalo tak ada map @ alamat, tak dapat juga makan roti canai kat Kg. Sepang dan mandi laut.

Tempat tinggal : 'Ditaja' sepenuhnya oleh tuan-tuan rumah - Kak Kien and Kak Ema.
Terima kasih, kakak-kakak..muah!muah!muah! Anda berdua adalah tuan rumah yang sangat baik...terharu tau... :)

Pengajaran : Belajar untuk baca dan ingat alamat dengan betul, misalnya - Kota Tinggi, Johor dan Jalan Kota Tinggi, Johor adalah sangat berlainan dengan sejam lebih jarak perjalanan.

Bermula kisah pada Jumaat 12 Mac 2010 bila kami terpaksa amik half day sebab nak gerak awal, takut sampai Pasir Gudang lambat..malam tu kami ada janji diner dengan Wan Kesuma, kawan Kak Rose.

Esoknya bermulalah ekspedisi menambahkan diameter perut...pagi-pagi dah gerak ke rumah Kak As.


Kiri ke kanan : Daging Dal, Ayam Masak Merah, Nasi Jagung, Sayur Campur, Karipap, Makaroni Goreng

Menu pagi kat rumah Kak As : Makaroni Goreng, Mister Potato & Teh O

Sejam lepas tu singgah pulak rumah Ibu Kak As..

Menu masih pagi sikit lagi ke tengahari bawak ke petang : Karipap, 2 pinggan Nasi Jagung, 2 ketul Ayam Masak Merah, Sayur-sayuran & air tak ingat :p

Dari Pasir Gudang, kitorang gerak ke Kota Tinggi. Disebabkan gangguan teknikal, niat ASAL amik roadtax dah jadi niat secondhand. Kitorang singgah umah Niena Gabriel plak makan Nugget Ayam & Teh O Panas.

Kiri ke kanan : Rangka Ayam, Nasi Ayam, Kak Sofie order Kuehtiau Sup, Kak Rose order Handset (Kuehtiau Sup juga ;p)

Menu : Rangka Ayam Kampung, Nasi Goreng Ayam & Neskepe Ais

Menu Lewat Malam : Rangka Ayam Kampung lagi & Neskepe Panas

Old-skool... *kagum

Lingkaran ubat nyamuk Fumakilla Q - ubat untuk menyembuhkan nyamuk yang berlingkar di dalam rumah anda

Kiri ke kanan : Nasi Minyak, Cupcake (dessert), parking depan umah kosong ala-ala cerita Jeritan Kuntilanak, pasangan Pengantin dan tetamu yang gitu-gitu belaka, bersantai kat Tg. Kapal lepas kenduri untuk redakan kekenyangan (sempat aku tatah nama kat pokok depan aku tu, korang pi la tengok nanti)

Balik dari kenduri tu sempat la pusing-pusing kampung sampai ke Jeti Tg. Pengelih.
Suasana kampung dengan angin laut sepoi-sepoi budi bahasa..memang feelinglah!

Menu : Nasi Minyak lauk Nenas, Ayam Masak Merah, Daging Kurma, Cupcake & Air Sirap. Kampung style-memang layan makan menghadap laut.

Menu balik dari kenduri : Nasi Putih, Ikan Kembung Masak Asam Pedas, Telur Masin, Timun, Budu & Air Masak

Pemandangan depan rumah pengantin.
Macam ni punya view, hari-hari aku nak datang kenduri kat umah Nana
*kulit muka tebal 8 ekar


Kiri ke kanan : Ketam batu (agaknya), orang pakat naik bot nak tengok fireflies, kat atas titi menuju ke restoran terapung, Belangkas yang dah jadi sejarah kat dinding, Kuehtiau Goreng, Nasi Goreng Ikan Masin - ni la kedai baru aku cakap tadi

Menu : Nasi Goreng Ikan Masin & Limau Suam

Ini bukan seafood, ini sedang seek-food

Balik daripada Restoran Terapung Fireflies ni, sempat lagi singgah umah Pak Ya amik lauk Sotong Sambal dengan Ikan Tiga Rasa sambil layan cerita King Kong 3. Anak bongsu Mama ensem. Saja letak statement ni...minta-minta ada orang berkaitan perasan..ehem-ehem, Kak Rose!

Menu pagi : Nasi Goreng 2 Pinggan, Telur Mata, Sambal Sotong dan Ikan Tiga Rasa (yang dipanaskan balik pasal tak sempat nak makan malam semalam), Sambal Nasi Lemak, kuih-muih & Neskepe

Sempat sambar purse cantik berharga RM5 kat kedai Jeng Jeng Jeng...........

Thursday, March 25, 2010

Sesaat bersama Abang Aaron Aziz

"Call back"
Aku terima sms ni dari Matyan petang semalam..
Aku call and dia terus bagitau Aaron Aziz ada depan dia tengah sign otograf untuk aku.
Fyi, Aaron Aziz ada shooting dekat dengan kawasan rumah Matyan..
Lepas tu..


AA : Assalamuaikum..
Aku : ...(waalaikumussalam)
AA : Assalamuaikum..
Aku : ...(waalaikumussalam)
AA : Hello
Aku : ...
AA : Hello
Aku : ...err...
AA : (cakap dengan Matyan) Tak ada pun. Sapa nama dia?Baby?
Matyan : Adrian Agustina
AA : (masa ni aku dah start tak dengar dia cakap apa sebab semua nampak samar-samar dan aku diawang-awangan tapi rasanya dia cakap "Hello, Adrian")
Last aku dengar, "Tak ada cakap apa pun, macam nangis je"
Abang Aaron...saya tak nangis..saya tak tau nak cakap apa je..terkejut + terharu + semua perasaan best-best..

Aaaaaaa.....beberapa saat bergayut telefon yang paaaaling berharga!

Hati berbunga tulip purple sepanjang waktu dari petang semalam..

Terima kasih untuk Matyan sebab ingat juga kat Kak Ina.
Terima kasih juga untuk Milalara sebab tolong hantarkan autograph ni dengan Matyan malam tadi juga-juga.

Aaron Aziz, good luck untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (kategori Pelakon TV Lelaki Popular)!

Jom kengkawan kita vote dia, hari ni tarikh akhir mengundi *senyum lebar-lebar

Teruja! Teruja!

Thursday, March 11, 2010

Aku, aku dan Bas..

~karangan ni aku buat masa aku student lagi, March 9th, 2006~


semalam aku naik bas…rebut2…
pagi ni aku naik bas..beratur2…
kelmarin dulu aku naik bas…rebut2..


kelmarin pagi dulu aku naik bas gak..tapi beratur2…
ritu aku naik bas gak…skejap beratur2..tapi tiba2 sumer rebut2…
kadang2 aku terlepas bas…aku reda sebab bas ada lagi lepas tu…
tapi bas tu suka datang lambat…
jarang2 aku kena jalan kaki…sebab kalo aku tunggu jer dah dua tiga kali aku leh patah balik…
kadang2 bas tuh datang aku saja2 wat terlepas…puas ati aku dapat balas dendam sebab bas tu slalu tak tunggu aku…

kan dah rugi 50 sen…

bas yang aku slalu naik ni kaler putih…ada tulih rapid KL kat tepi dia…
cermin bas tuh besar sangat…dulu ada aircond kadang2 takder…tapi skang dah ok…

tayar bas tu aku tengok kecik jer…der empat…
pintu bas belah depan tu rosak sebelah…
seat kat dalam bas tuh, der 2,3 dah tercabut kusyennya…seat dier kaler klabu…

bas tu kadang2 wangi, kadang2 aku tak tau bau per yang bergentayangan dalam bas tuh…(huh,tinggi bahasa aku nih)

lantai bas tuh der kaler2 itam2…
kalo sapu skit jari kat mana2 kawasan dalam bas tuh mesti der habuk skit2…

kat depan atas bas tuh der tulih hala tuju dier…papan kaler kuning, tulisan kaler hitam…slalu aku naik no 916a(klo x silap aku)… sekarang dah tukar T632

bila aku naik, kena tunggu sekejap, kadang2 lama gak baru bas tu bergerak…
bila bas tu bergerak, agak2 nak dekat sampai tekan r loceng…
tapi slalu tak tekan pun sebab bas tu memang suka berhenti kat tempat aku nak turun tu…

pastu aku sampai r.

dah…

*'der' (ada), 'dier' (dia), 'per' (apa) ---- sungguh remaja

Tuesday, March 9, 2010

Ada orang 3 suku..

Semalam....

Hari ni...

Bila dia dah tak betul tu..dengan aku pun siap main ayang-abang...kompem dah 'jem'.

Ingat lagi, masa aku bercinta dulu, ada juga ala-ala gedik macam kat atas ni...ngeh ngeh ngeh...CHENTA la katakan... ;)

Tapi bila dibuat atas dasar nak menganggu ketenteraman seorang kawan yang luhur dan suci hatinya (baca:adrian) oleh seorang kawan yang mempunyai kemerengan tahap dewa (baca:azlan aiman)...aiyaiyai...geli mak...

*gambar bawah tu - cubaan untuk minta Abang Man bawak aku sekali bercuti-cuti kat Sekeping Serendah dipintas seawal godaan. Ingatkan dah Ayang2 tu, nak la dia bawa kita sekali....huh...harapan palsu... I hate U

Saturday, March 6, 2010

Bersalin kulit, auw!

CAK! ;)

Ingat tak bila aku kata nak buat kejutan itu hari? Ni la hasilnya. Ngeeee :D

AB (AdrianBerdongeng) mengalami transformasi secara drastik. Keluar dari dunianya yang gelap-gulita dan bertopeng kepada yang suasana yang lebih lembut serta mendayu-dayu.

Apa yang terzahir dihadapan mata korang adalah apa yang tersirat disebalik kehidupan aku buat masa ni. Sesuai dengan kegemaran aku sekarang bermain dengan pencil color untuk menajamkan skill yang sedia tumpul serta kehidupan aku yang dihiasi dengan warna-warna pelangi. Cik keboom cik keboom *lagu latar

Make-over akan dijalankan secara berperingkat untuk mendatangkan keselesaan membaca yang tak terperi kepada kita semua.

Hampir 70% daripada blog ni dikuasai oleh warna purple. Sengaja. Saya suka warna ini. Titik.

Selamat kunjung-mengunjung..(macam hari raya pulak)

~saaba~

Wednesday, March 3, 2010

Semarak Ungu

Tadi petang baru ajer member aku bagitau dia kena "mata ikan"/sariawan/stomatitis. Aku pun dah banyak hari kena. Mula-mula aku ingat dah makin nak kebah...rupanya baru nak bermula...

Adeh...adeh...


Tak apa, sakit kan dapat menghapus dosa.


Tadi makan Mee Sup pun sampai mencurah-curah air mata. Kesakitan bukanlah penghalang apabila kelaparan berada pada tahap kritikal.


~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ada yang tak kena dengan aku ni...

Tiba-tiba tersenyum sepanjang masa
Sinar mentari memancar-mancar walaupun sudah pukul 12 tengah malam
Tulip ungu mekar sepanjang tahun di lantai beriklim khatulistiwa
Aaron Aziz kelihatan dimana-mana
(ok, meleret sikit..tapi Aaron Aziz adalah sangat comel dan memiliki wajah yang tak jemu mata memandang, boleh pandang je la)


Walaupun luka akibat tusukan Sembilu Selatan Malaya masih belum sembuh sepenuhnya, tapi semangat dan jati diri semakin meningkat sesuai dengan peredaran masa dan cuaca.

Alhamdulillah, proses membentuk peribadi sedang berkembang ke arah yang lebih baik.

Sudah semestinya dengan bantuan...

Kepada keluarga dan kawan-kawan,

Matur nuwun :)

Monday, March 1, 2010

Kajian tanpa cop SIRIM

Manusia ni ada bagai-bagai pe'el..
Ada yang punya....

1. Kewarasan berakal
Normal dan peka dengan keadaan sekeliling. Akal digunakan sebaik mungkin untuk menyelesaikan sebarang dugaan dan cabaran yang datang untuk kebaikan semua pihak dan meminimakan kesulitan kepada diri sendiri serta orang lain.

2. Kewarasan tanpa akal
Kegunaan akal secara maksimum pada paras lutut.

3. Ketidakwarasan berakal
Gila-gila yang tidak mendatangkan kecederaan fizikal secara kronik melainkan pada bahagian ginjal dan kepenatan mulut yang berpanjangan kerana ketawa yang tak berkesudahan. Peringkat yang mampu dikuasai oleh mereka yang berkebolehan serta mempunyai bakat semulajadi untuk menghiburkan orang lain. Silap langkah, kemungkinan besar anda akan dikategorikan dalam golongan 2. Gabungan kriteria golongan ini dan golongan 1 sangat berkesan untuk memikat sang idaman hati hatta sesiapapun lah.

4. Ketidakwarasan tanpa akal
Kecederaan mental secara total. Gila tak ada diskaun punya.

Aku?
Mahu punya persen yang seimbang daripada setiap yang di atas. Boleh?
Errr... Tolak yg nombor 4