Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Friday, March 26, 2010

Cari Jalan Makan-makan

Tempat kejadian : Pasir Gudang-Kota Tinggi-Teluk Ramunia, Johor

Tarikh kejadian : 12 - 15 March 2010

Ahli : Aku, Kak Rose, Fariza (Warni tak dapat join sebab ada hal lain...takpa, lain kali ek)

Tujuan kejadian : Amik roadtax, pergi kenduri kahwin Nana and Manimaran, melawat Azie dan Lina yang dah boleh meniarap, melawat beberapa kawan Kak Rose, membuktikan keburukan lantak (Jalan-jalan Cari Makan), melepaskan rindu dendam pada Teluk Ramunia dan kampung-kampung sekitarnya..

Tujuan tak terduga : Jumpa bekas-bekas senior yang rupanya ada tali persaudaraan dengan salah seorang ahli yang terlibat dalam ekspedisi kali ini, salah tempat untuk amik roadtax, hampir-hampir kena saman depan traffic light simpang Plentong sebab memandai tambah lagi satu lane, jumpa kedai baru (baru dalam list kedai makan best aku) kat Bandar Penawar

Tujuan tak tercapai : tak dapat pi kenduri Manimaran sebab terlupa nak bawak kad jemputan kawin dia..camana nak pi kalo tak ada map @ alamat, tak dapat juga makan roti canai kat Kg. Sepang dan mandi laut.

Tempat tinggal : 'Ditaja' sepenuhnya oleh tuan-tuan rumah - Kak Kien and Kak Ema.
Terima kasih, kakak-kakak..muah!muah!muah! Anda berdua adalah tuan rumah yang sangat baik...terharu tau... :)

Pengajaran : Belajar untuk baca dan ingat alamat dengan betul, misalnya - Kota Tinggi, Johor dan Jalan Kota Tinggi, Johor adalah sangat berlainan dengan sejam lebih jarak perjalanan.

Bermula kisah pada Jumaat 12 Mac 2010 bila kami terpaksa amik half day sebab nak gerak awal, takut sampai Pasir Gudang lambat..malam tu kami ada janji diner dengan Wan Kesuma, kawan Kak Rose.

Esoknya bermulalah ekspedisi menambahkan diameter perut...pagi-pagi dah gerak ke rumah Kak As.


Kiri ke kanan : Daging Dal, Ayam Masak Merah, Nasi Jagung, Sayur Campur, Karipap, Makaroni Goreng

Menu pagi kat rumah Kak As : Makaroni Goreng, Mister Potato & Teh O

Sejam lepas tu singgah pulak rumah Ibu Kak As..

Menu masih pagi sikit lagi ke tengahari bawak ke petang : Karipap, 2 pinggan Nasi Jagung, 2 ketul Ayam Masak Merah, Sayur-sayuran & air tak ingat :p

Dari Pasir Gudang, kitorang gerak ke Kota Tinggi. Disebabkan gangguan teknikal, niat ASAL amik roadtax dah jadi niat secondhand. Kitorang singgah umah Niena Gabriel plak makan Nugget Ayam & Teh O Panas.

Kiri ke kanan : Rangka Ayam, Nasi Ayam, Kak Sofie order Kuehtiau Sup, Kak Rose order Handset (Kuehtiau Sup juga ;p)

Menu : Rangka Ayam Kampung, Nasi Goreng Ayam & Neskepe Ais

Menu Lewat Malam : Rangka Ayam Kampung lagi & Neskepe Panas

Old-skool... *kagum

Lingkaran ubat nyamuk Fumakilla Q - ubat untuk menyembuhkan nyamuk yang berlingkar di dalam rumah anda

Kiri ke kanan : Nasi Minyak, Cupcake (dessert), parking depan umah kosong ala-ala cerita Jeritan Kuntilanak, pasangan Pengantin dan tetamu yang gitu-gitu belaka, bersantai kat Tg. Kapal lepas kenduri untuk redakan kekenyangan (sempat aku tatah nama kat pokok depan aku tu, korang pi la tengok nanti)

Balik dari kenduri tu sempat la pusing-pusing kampung sampai ke Jeti Tg. Pengelih.
Suasana kampung dengan angin laut sepoi-sepoi budi bahasa..memang feelinglah!

Menu : Nasi Minyak lauk Nenas, Ayam Masak Merah, Daging Kurma, Cupcake & Air Sirap. Kampung style-memang layan makan menghadap laut.

Menu balik dari kenduri : Nasi Putih, Ikan Kembung Masak Asam Pedas, Telur Masin, Timun, Budu & Air Masak

Pemandangan depan rumah pengantin.
Macam ni punya view, hari-hari aku nak datang kenduri kat umah Nana
*kulit muka tebal 8 ekar


Kiri ke kanan : Ketam batu (agaknya), orang pakat naik bot nak tengok fireflies, kat atas titi menuju ke restoran terapung, Belangkas yang dah jadi sejarah kat dinding, Kuehtiau Goreng, Nasi Goreng Ikan Masin - ni la kedai baru aku cakap tadi

Menu : Nasi Goreng Ikan Masin & Limau Suam

Ini bukan seafood, ini sedang seek-food

Balik daripada Restoran Terapung Fireflies ni, sempat lagi singgah umah Pak Ya amik lauk Sotong Sambal dengan Ikan Tiga Rasa sambil layan cerita King Kong 3. Anak bongsu Mama ensem. Saja letak statement ni...minta-minta ada orang berkaitan perasan..ehem-ehem, Kak Rose!

Menu pagi : Nasi Goreng 2 Pinggan, Telur Mata, Sambal Sotong dan Ikan Tiga Rasa (yang dipanaskan balik pasal tak sempat nak makan malam semalam), Sambal Nasi Lemak, kuih-muih & Neskepe

Sempat sambar purse cantik berharga RM5 kat kedai Jeng Jeng Jeng...........

Thursday, March 11, 2010

Aku, aku dan Bas..

~karangan ni aku buat masa aku student lagi, March 9th, 2006~


semalam aku naik bas…rebut2…
pagi ni aku naik bas..beratur2…
kelmarin dulu aku naik bas…rebut2..


kelmarin pagi dulu aku naik bas gak..tapi beratur2…
ritu aku naik bas gak…skejap beratur2..tapi tiba2 sumer rebut2…
kadang2 aku terlepas bas…aku reda sebab bas ada lagi lepas tu…
tapi bas tu suka datang lambat…
jarang2 aku kena jalan kaki…sebab kalo aku tunggu jer dah dua tiga kali aku leh patah balik…
kadang2 bas tuh datang aku saja2 wat terlepas…puas ati aku dapat balas dendam sebab bas tu slalu tak tunggu aku…

kan dah rugi 50 sen…

bas yang aku slalu naik ni kaler putih…ada tulih rapid KL kat tepi dia…
cermin bas tuh besar sangat…dulu ada aircond kadang2 takder…tapi skang dah ok…

tayar bas tu aku tengok kecik jer…der empat…
pintu bas belah depan tu rosak sebelah…
seat kat dalam bas tuh, der 2,3 dah tercabut kusyennya…seat dier kaler klabu…

bas tu kadang2 wangi, kadang2 aku tak tau bau per yang bergentayangan dalam bas tuh…(huh,tinggi bahasa aku nih)

lantai bas tuh der kaler2 itam2…
kalo sapu skit jari kat mana2 kawasan dalam bas tuh mesti der habuk skit2…

kat depan atas bas tuh der tulih hala tuju dier…papan kaler kuning, tulisan kaler hitam…slalu aku naik no 916a(klo x silap aku)… sekarang dah tukar T632

bila aku naik, kena tunggu sekejap, kadang2 lama gak baru bas tu bergerak…
bila bas tu bergerak, agak2 nak dekat sampai tekan r loceng…
tapi slalu tak tekan pun sebab bas tu memang suka berhenti kat tempat aku nak turun tu…

pastu aku sampai r.

dah…

*'der' (ada), 'dier' (dia), 'per' (apa) ---- sungguh remaja

Friday, January 15, 2010

Layang2 yg tragis..

Dalam kepala aku dah terbayang2 aksi bermain layang2 esok..ntah la MatYan jadi ke tak bawa aku main layang2 sok..tp melihatkan dari segi kepayahan untuk membuat panggilan kepadanya melalui jaringan mudah alih yg dikatakan meluas ke seluruh Malaysia ni amatlah payah, maka cita2 ini terpaksa aku pendamkan di sudut hati yang paling dalam...

Layang2 pertama kalo tak silap aku ayah aku yg tolong buatkan...pakai kertas suratkhabar, beberapa batang penyapu lidi, benang dan selepentep. ayah aku pesan, kalo nak layang2 terbang tinggi, ekor layang2 tu kena bagi panjang..
Macam tu la slalunya kalo aku adik bradik nak main layang2, ayah aku la mangsa..smpai satu hari tu kitorang kena buat sendiri...kitorang ni cepat blajar, lama2 dgn kecekapan kitorang maka layang2 tu siap dalam sekelip mata. rahsianya, basikal-singgit-kedai runcit.

Ada satu petang tu, hati aku berdetik-detik, melonjak-lonjak perasaan ni teringin nak main layang2 sbb dah lama tak nmpak layang2 kat atas langit malah petang tu brangin sepoi2 bahasa..memang memenuhi kriteria permainan riang-ria ini..tp bahan takde, penyapu lidi masa tu pun dah tak wujud kat umah aku, pasal ayah aku dah simenkan laman depan umah. jadi disebabkan penggunaan penyapu lidi sangatlah minima sehingga mencapai tahap beku, maka pembelian alat itu telah diberhentikan sehingga diberitahu kelak.

Disebabkan aku dilahirkan dgn otak yg kreatif, dengan bergegasnyer aku turun dari katil, meniti anak2 tangga ke tingkat bawah, membelok ke arah dapur dan berdiri megah di depan stor. setelah berjaya memperolehi barang2 yang aku idamkan, aku segera menoleh ke pintu belakang rumah dan senyap2 menyusup keluar. takde la senyap sgt sebab lepas tu kakak aku pun ikut skali. dengan berbekalkan seutas tali (aku rasa benang) yang diikat pada beg plastik kaler merah (yg slalu orang tapau keropok kat pasar malam tu), kitorang berlari2 meriah meredah angin..membiarkan 'layang2' terbang tinggi mencecah awan (jgn kata awan, bumbung dapur umah pun tak lepas).

wuuu....wuuu....wuuu..... ---ni bunyi 'layang2'

esoknyer, kitorang nmpak orang main layang2...hurm,ntah2 'layang2' plastik keropok tu telah menjadi ilham kepada penduduk taman perumahan aku ni untuk memulakan musim layang2 pada tahun tersebut...oh....indahnya..

Monday, November 16, 2009

Hujung Minggu Di Kayangan

TERIMA KASIH kengkawan..

John, Jard, Kak Ila, Kak Mas, Mila, Joe, Dr. Asmadi, Meow and...er...Purr (aku tak ingat nama kawan dak Kucing ni..tp aku tetap tak pueh hati ko kalahkan aku main UNO kelmarin..aku tunggu perlawanan akan datang..arghhhh!)

Korang memang best..aku seronok :)

Aku boleh ketawa lagi..dalam bab melebarkan diameter mulut ni, memang aku terhutang budi dengan
Kak Mas, Kak Ila and Jard...tengah saspen macam dalam cerita Kuntilanak tu pun diorang leh buat aku terkekeh-kekeh juga...macam Cerplos..kedeng-kedeng-kedeng...kedeng-kedeng-kedeng..

John, ko masak memang champion! Sama best dengan rambut dia n sama best macam masa die kelihatan bahagia time Cat-Woman datang..elelelelelelehhh....patut ko masak sedap eh...bak kata
Warni, masak dari dalam hati..ngeh3

Ani...mekasih pasal belanja aku ayam berempah ko..memang marvelous la..minggu depan kalo aku jadi naik sana dengan
Warni..aku beli la nasi lemak kat gerai ko..tp apsal sambal nasi lemak ko kaler hijau?

Aku semakin menghampiri keadaan normal..

Ralat skit tak dapat p Mossy Forest tu...tu la tujuan utama sebenarnya...ni kes bantai tido di hujung minggu nyer pasal la..terbiasa plak smpai semalam lupa nak bangun awal..subuh pun subuh dinasour..tido balik plak tu...aderkh..bangun2 je breakfast jap lpas tu trus p cuci dapur..tensen..

Selama ni aku tgk kat TV je...akhirnya aku dapat makan Strawbery with Whipped Cream...heaven...ingat nak buat topping dgn vanila ice cream yg
Jard pesan..humangaih...memang lepas tu kena pakai Sensodyne! vibrate gigi aku..

Kali ni aku baru tengok 'kulit muka buku Cameron Highland'..tak sempat masuk chapter 1 pun..(ni pasal bangun lambat tu la...cekodok penyek betul..). Takpe..ada masa lagi..InsyaAllah.

Apsal takde gambar?sekeping pun takde?

Pasal..

Aku tak bawa KAMERA..
mangkoks..

EEE...apa la yang aku pikir masa tgh packing barang2 ritu..dalam banyak2 tempat, kat sini plak aku tak bawa kamera...sabtu petang tu cuba pujuk
En. Fazzi naik atas, bawa kamera..ngeh3..tak dapat :( ..die kena pi Danok plak..dia cakap, "Org kalo nak jadi photographer biar tak bawa baju...jgn tak bawa camera".

makan dalam......tapi...
takkan aku nak jadi cameraman tak berbaju..?
serius ke tak aku ni nak belajar..ee..

hasilnya..ni la dia..manual..stakat yg aku ingt..

view dari tmpat penginapan kitorang.
warna kelabu bulat kat tengah2 tu..kabus..
petak2 hijau tu...ladang teh
petak2 kelabu tu..ntah kebun sayur apa agaknya..tp aku pasti mereka adalah sebuah kebun
takleh nak lukis detail sangat pasal masa aku tgh buat ni, bos aku singgah meja tanya keja aku dah buat belum..kantoi lagi..ngeh3!

minta2 Jard email la gambar view ni yang aku amik guna fon N95 8gb die..ngeh3...

sebelum bos aku kuar bilik die lagi buat spot-check...baik aku sambung keja..kang ada yg dapat "surat cinta" ni kang...

~aku ingat aku dah boleh lupakan dia, blum masanya kot~
"mengharap janji putih di hujung ungu senja, menanti hadir sang kekasih yang hilang bersama cintanya"-sd

Thursday, November 12, 2009

Yang-chuk
Di pagi hening, dalam perjalanan menghantar aku ke stesen lrt..
Perbualan antara kami bertiga: aku, yang-chuk, senah(kakak yang-chuk)..
Senah: Pahmey2...ikut kakak sebut eh..
Yang-chuk: ergh...(tak pandai bercakap sgt lg)
Senah: Kak Ina...(aku la ni)
Yang-chuk: ..na..
Senah: Dah
Yang-Chuk: ergh...
Senah: Sampai
Yang-chuk: ...ai...
Senah: Kak Ina
Yang-Chuk: ..na...
Senah: Keja
Yang-Chuk: ..cer....
Senah: Elok2
Yang-Chuk: ...ho...
Tepuk tangan..clap3!
Aku: Pahmey2...sebut ni...Kak Ina
Yang-chuk :...na!...
Aku: Cantik
Yang-chuk: ....................................(sengih2)
Cis.....dia paham la plak...