Showing posts with label Beraktiviti. Show all posts
Showing posts with label Beraktiviti. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Kelas Menjahit 3

Maka siaplah baju saya setelah 5 hari (Sabtu-Ahad-Sabtu-Ahad-Sabtu) bertungkus-lumus.

Sopan dan berisi dalam masa yang sama. Namun aku redha...
Bersyukur dan bangga dengan diri sendiri kerana setelah melalui kepayahan dan jerih perih (over), aku berjaya menyiapkan sehelai baju kurung yang kainnya sama jenis dengan skirting meja menjahit kelas.

Hari terakhir ni kami diajar menjahit getah dan pengeras pada pinggang. Berapa kali jahit, berapa kali tetas, lepas tu jahit lagi. Akhirnya siap juga. Bergosok lagi taw!.

Selesai sesi menangkap gambar dengan baju kurung jahitan masing-masing, kami bersalam-salaman, bertukar nombor telefon dengan harapan boleh hantar tempah baju raya pada pelajar yang hebat-hebat sebab tak yakin dengan diri sendiri dan call suami masing-masing untuk ambil kitorang bawak balik (aku je yang call suami, yang lain balik sendiri..manja kan I? wek..).

Masa balik tu aku tak salin baju semula.

Masa tu la En. Suami ajak pergi isi air mineral kat vendor machine, pergi Ujana Kewangan untuk depositkan duit kat Maybank kemudian pergi makan KFC. Dengan kain berkilat ala-ala skirting meja tu pusing bandar, kau mampu? Aku bukan mampu, aku tak berdaya...

Walaubagaimanapun..

En. Suami, terima kasih kerana..
...mengizinkan adinda (huuumangaih) untuk menghadiri kursus ini,
...memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi,
...belikan gunting kain dan gunting kertas baru,
...menghantar dan mengambil adinda dari kelas,
...menghantar breakfast pada hari adinda tak sempat makan pagi,
...mengambil adinda untuk makan tengahari,
...tolong fotostatkan IC adinda untuk pendaftaran sebab adinda lupa padahal cikgu dah ingatkan banyak kali,
...meninggalkan sebentar aktiviti memancing untuk teman adinda pergi beli kain yang macam skirting tu (tu la..adinda dah kata adinda tak reti pilih)
...menadah telinga dengan komplen pasal jahitan adinda sendiri
...tolong jahit jelujur
...belikan kain semalam untuk adinda jahit baju kurung lain pulak. Cantik kain abang pilih :)

dan bangga dengan adinda sebab dah pandai jahit baju kurung sendiri. Siap order baju melayu dengan adinda lagi... Malu I taw, abang... AUM!

terima kasih untuk semua, abang..

Ailebiu.

Aum!

Mama juga, terima kasih sebab turut bagi semangat dan turut sama bengang dengan cikgu tu sebab salah ajar anakmu ini potong kain sampai tak cukup. Padahal kita berdua tau yang tak pandai itu adalah anakmu sendiri kerana Mama pernah ajar anakmu ini potong kain dulu.

Terima kasih, Mama. Sayang, Mama.

Babah juga, terima kasih sebab anakmu tau Babah sudah plan nak belikan mesin jahit baru untuk anakmu ini. Waaaahhhh..kalaula Babah baca ni, mesti dia tercengang-cengang.

Tapi sayang Babah juga.

Terima kasih Cikgu Ju, Cikgu Nor dan rakan-rakan sekelas atas tunjuk ajar kalian yang membantu saya meningkatkan keyakinan diri dalam bidang jahit-menjahit.

Eh, lupa. Terima kasih kompeni sebab beri peluang pada pekerjamu yang tak pernah pegang mesin jahit lama-lama sebelum ini.

Panjang pulak entry ni, siap ada penghargaan. Baru jahit baju kurung sehelai. Hahahahaha.

Memperkenalkan, Cikgu Nor yang ajar part menjahit kain.





Nampak skirting belakang beliau?
Abaikan.

Sekian, terima kasih.

Thursday, July 5, 2012

Kelas Menjahit

Yeeee.... aku sekarang sedang mengikuti kursus menjahit baju kurung.  

Kursus ini dijalankan dengan kerjasama company tempat aku bekerja dan Giatmara Labuan.

Sempat lagi buat iklan.

Tengok, siapa kata dok kat Labuan tak ada aktiviti? (Aku yang kata)

Kursus ni pun percuma. Kompeni ni rajin menyokong usaha-usaha murni kerajaan tempatan kat sini. Yang merasa kesenang-lenangan mestilah rakyat jelata kompeni kan sebab dah boleh buat untung lebih dengan mengambil tempahan baju kurung untuk hari raya.

Perasan.

Kelas menjahit ni dijalankan selama 6 hari, setiap hari Sabtu dan Ahad, dari pukul 8 pagi hingga 4 petang. Makanya, selama 3 minggu aku tak dapat sidai baju kat luar. Maklumlah, untuk wanita bekerjaya macam aku (uwek!) aktiviti membasuh dan mengemas yang berkualiti hanya boleh dilakukan pada hari minggu. 

Ngeee...sebenarnya housemate dah bagi idea bernas hantar baju pergi dobi. Siap berlipat lagi baju-baju aku tu...wahhh...

Minggu pertama, para peserta memanjakan diri dengan mesin jahit. Mula-mula jahit tanpa seurat benang (aum!) mengikut corak diatas kertas yang disediakan. Kemudian guna benang pula.

Masa ni, ramai yang menjahit ala-ala berlumba kat trek Sepang. Belum pandai kontrol kelajuan semasa menekan pedal (pedal?) mesin jahit.

Selepas itu, kami diajar untuk ambil ukuran badan. Masa ni semua orang dah mula eksited. Masing-masing dah ada stail tukang jahit profesional, semua sangkut tali tape (tailor's tape) kat leher. Stail kan? Mula-mula aku rasa tak layak je nak sarung tali tape tu. Tapi bila dah sarung, baru semangat menjahit tu datang. Itu rahsianya... Ooo...

Kemudian, kami diberikan kertas minyak yang selalu buat balut buku teks masa sekolah dulu. Kertas tu digunakan untuk buat pola mengikut ukuran baju yang telah diambil tadi.

Dengan menggunakan pola yang dah siap digunting tersebut, barulah boleh buat ukuran pada kain. Lepas gunting kain, kena buat overlock pula. Aku ingatkan apa overlock ni...rupanya jahit tepi. I hate overlock (gedik). Habis kain aku kena cantas sebab pada mesin overlock tu ada pisau yang akan potong lebihan kain. Dan mesin tersebut melebih-lebih pula potong kain aku. KOMPEM lepas ni aku akan hantar kain ke kedai je kalau nak jahit tepi.

Berakhir la kisah minggu pertama aku dengan mesin overlock yang buat aku tak senang tidur sepanjang malam.

Sebenarnya, kata cikgu menjahit, pada mulanya kumpulan sasaran untuk program ni diutamakan kepada ibu tunggal, keluarga berpendapatan rendah dan mereka yang termasuk dalam senarai di bawah :
(aku kopipes buta-buta dari link di bawah)
  • Golongan yang berdaftar dengan e-kasih (focus group) 
  • Ibu/Bapa tunggal
  • Orang Kurang Upaya (OKU) 
  • Pekerja Industri / Kilang 
  • Pesara 
  • Komuniti Setempat
  • Lain-lain yang bersesuaian
Tapi memandangkan tidak mendapat sambutan daripada kumpulan sasar tersebut, penyertaan pun dibuka kepada semua lapisan. Maka bertuahlah kami rakyat Labuan.

Dulu program ni ada dikenakan yuran, tapi sekarang peserta boleh tersenyum girang kerana caj tersebut telah dibatalkan dan ditaja sepenuhnya oleh gomen termasuk alat menjahit dan kain yang boleh dipakai semasa hari raya nanti..errrr...mesin jahit tak boleh bawa balik ek..

Siapa yang berminat untuk menyertai Program 1Malaysia ini, silakan click disini.

Ok, kita tunggu minggu kedua pula. Macam mana la agaknya keadaan kain aku yang dah dicantas tu bila dah dijahit menjadi baju kurung. Jangan jadi kain perca je sudahlah...

*Tak ada gambar sebab kusyuk menjahit...

** Sebelum ni pun memang tak ada gambar.

*** Hahahaha!

Monday, April 16, 2012

Labuan ni kecik je tapi kena pindah rumah berkali-kali.

Tajuk tu saja je nak mengadu domba.

Part 1 - Tiket & Rumah

Enchek Suami sedang tekun bekerja. Tangannya laju je mengclick-click mouse. Aku pun laju juga. Cari tiket promosi kapalterbang. Cita-cita nak balik kampung setiap bulan.

Tapi cita-cita dah bertukar jadi angan-angan... Bulan ni tak ada tiket murah.

Budget pun dah tersasar sebab bayar deposit rumah sewa baru. Minta-minta tuan rumah lama baik hati nak pulangkan deposit kitorang dulu (aminnnn).

Part 2 - Ketam & Siput Gonggong

Ini kisah Jumaat lepas.

Walaupun tak banyak aktiviti menarik kat pulau ni, tapi aku dan En. Suami nekad nak ambil half day. Motifnya nak habiskan cuti tahun lepas. Salah! Motifnya nak makan ketam masak black pepper dan siput gonggong masak stim halia di Anjung Ketam. Tak puas makan bulan lepas. Muahahahahahaha!

Petang Jumaat tu kitorang bersiap ala kadar (tapi aku berlilit dengan pashmina bagai) kemudian tuntas ke Anjung Ketam. Niatnya nak makan kat kedai No. 2. Alih-alih tersadai kat kedai No. 3.

Masa kitorang datang tahun lepas, Anjung Ketam ni ada 1 buah kedai je (Mungkin kedai lain tutup masa tu..) Sekarang dah ada 4 buah kedai. Setakat ni kitorang rasa kedai No. 2 tu yang paling superb sekali masakannya.

Harga dia ok lagi macam tahun lepas. Yelah, kedai dah renovate. Selesa dan selamat.

Kalau dulu, soyok dia separuh kedai tu je. Masa tengah makan tiba-tiba hujan, mau kau angkat meja tu cari tempat berteduh...dan sambung makan. Kini tidak lagi. Soyok dah panjang. Kau boleh makan puas-puas tak kira cuaca.

Dulu ketam sekilo baru RM27. Sekarang dah RM30.
Siput gonggong tu RM20/kilo.
Ikan kerapu (hidup) RM60/kilo.
Ikan kerapu (tak hidup) RM40/kilo.
(Udang & sotong pun ada, tapi aku lupa nak tanyakan harganya)

Yang lain-lain aku tak makan. Dah nama Anjung Ketam, aku makan ketam dan rakan-rakannya saja. Kalau nak makan sayur, cari kedai tom yam.

Kat kedai No. 3 ni, selepas kita order makanan mereka akan hidangkan tembikai dan kacang goreng. Sementara nak tunggu ketam siap masak, molek benar buat kudap-kudapan. Tapi kat sini air sejuk, air kosong dan air paip je yang free.. Kudap-kudapan tu kau kena bayar. RM12/set. (Kalau aku tau, aku suruh dia amik balik set kudap-kudapan tu..lagi bagus aku tambah ketam sekor dua).

Lepas makan, lepak seminit dua sebab nak habiskan tembikai dengan kacang goreng tu dan balik dengan kesimpulan : kedai No 2 tetap champion.

Di N.

Monday, November 22, 2010

Kembara chenta Ketereh.

Masih dalam minggu meronta-ronta, sawan-menyawan. Cuba juga menabahkan hati. Cubaan ni takdelah membanggakan tapi nampak juga efeknya sikit nak-nak bila Che Abang Bunga Tulip Purple sedia menadah telinga mendengar omelan dari mulutku yang kiut-miut ini. Ok, sudah-sudah dengan perasan sendiri.

Minggu sudah buat perancangan last minute dengan Che Abang Bunga Tulip Purple ke Kelantan. Syafiq, anak sulung maksu membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan gadis manis dari Ketereh.

Majlis bersandingnya hari Sabtu tapi memandangkan Che Abang Bunga Tulip Purple ada kursus Pekerja Terbilang pada hari Ahad dan beliau memerlukan rehat serta membuat persediaan yang cukup pada hari Sabtu, maka beliau membuat keputusan untuk menghadiri majlis pernikahan yang diadakan pada hari Jumaat sahaja. Sungguh terharu dengan persetujuan Che Abangku untuk ke majlis sepupuku yang comel-comel gebu itu. Aku mencintaiiiimu...ting tong :)

Panjang kan intro? Sebenarnya nak tekankan pasal ayat yang last tu je..ngeeeeeeeee :P

Berlaku sedikit pertengkaran manja untuk mencari jalan kebenaran ke hotel tempat keluarga pengantin lelaki menetap di Kota Bahru. Alih-alih kitorang terus ke masjid tempat pernikahan akan dijalankan. Kawan-kawan, pergaduhan dengan buah hati anda kerana perkara yang sia-sia adalah...sia-sia. Tapi perlu juga untuk menjadikan sesama pasangan lebih mesra gitu sebab akan ada sesi memujuk, perbincangan manja dan bermaaf-maafan di pagi raya. Bagi yang belum nak muhrim lagi, jangan lebeh-lebeh..nanti kang kontroversi plak macam cerita pasal budak sekolah dalam Harian Metro ritu. Tak tau? Malas nak crita. Tak ada faedahnya. Semak kotak blog I je *tiba2 emo

Syafiq memulakan pembinaan 'masjid' beliau bersama-sama pasangannya, Sumayyah pada 19 November 2010, 5.06 petang di Masjid Kadok.

Seusai majlis, kitorang ke rumah pengantin perempuan untuk makan nasik. Masakan kampung. Sedap sehingga menjilat pinggan. Kenyang perut, senang hati...terus gerak semula ke Kuala Lumpur.

Penat. Iya. Tapi demi abang tercinta ku ikutkan jua. (Cewah, nak juga mention kat situ. Hehe). Pesanan untuk mereka yang terpaksa mengembara dalam kepenatan dan pekat malam : Molek kiranya anda berteman dan berhenti bila fokus memandu berkurangan. Pastikan juga teman memandu anda itu cukup bertenaga untuk bersama anda mengharungi perjalanan tersebut. Takmo drive laju-laju terutamanya waktu hujan tau. Jika tidak, terimalah padahnya. Mak aih...dah macam ngeri pulak bunyinya.

Sampai je rumah masing-masing, kitorang pengsan sampai matahari naik. Bangun je dari tido, aku layan Siri Harry Potter dari 1 saaaaaaampai 6 sementara Che Chenta pergi menyelesaikan kerja-kerja beliau yang tergendala. Sangat tak romantik kan bila membiarkan kechentaan kita menghabiskan hari minggu keseorangan? Masalahnya cita Harry Potter tu best sebab hero dia chooooomeeeelllll sangat.


Eh...eh...Abang lagi comel..tapi...er...er...tapi....erm...aaa....kantoi


Bye.

Wednesday, April 28, 2010

Aku terdampar di Pulau Tioman

Lalu menjadi tempat abu rokok...


Ikuti cerita lanjut mengenai Kembara 3 hari 2 malam Adrian ke Pulau Tioman selepas ini..
(Ingat Dr. Fazley je boleh buat cerita 3 hari 2 malam? Aku pun boleh, cuma takde gitar je lah..)

Saturday, April 17, 2010

Meh le ke Melaka!

"Yan, ko nak ikut aku pi Melaka tak?"
Nak! (tak sempat pikir)

Ada apa?
"Treasure-hunt"
Nak! (tak sempat pikir)

"Ko pernah masuk treasure-hunt?"
Tak. (tak payah pikir)

"Er...takpelah, sok kita gerak pukul 6 pagi tau"
Ok. (tak sempat pikir)

Perbualan 'tak sempat pikir' antara aku n Ipie..

~~~

Aku pernah la join program cari harta karun yg walk hunt tu..berlari-lari anak ke sana sini, merentas lorong dan dinding..tapi kali ni 1st time aku join yg merentas negeri. Sangat..sangattt..seronokkk.. :)

Lanjutan daripada perbualan petang Jumaat di atas, pagi Sabtu, 3 April 2010..pukul 6.15 pagi aku dah terpacak depan umah Ipie tunggu Cae dan kakaknya amik kitorang untuk ke tapak kejadian.

Tujuan : Program Treasure Hunt 2010 "Meh le ke Melaka" oleh Tradewinds Corp. Bhd (tempat keja Ipie)

Nampak aku tak?

Hala tuju
: Avillion Legacy, Melaka
Jumlah penyertaan : ~30 bijik kereta
Flag-off : Taman Tasik Permaisuri @ 7.45am by En. Farez Hassan (cute ;p)
Nama dan Ahli kumpulan : KAMIKAZE & Ipie/Sam/Kak Mai/Aku
Breakfast : Teh O suam, nasi lemak & air mineral
Makanan santai dalam kereta : Karipap, kuih keria, gula-gula kaler purple..ngeeee ;P

Atas : Nampak aku lagi tak? (Hint : tangan yang tunjuk peace--hint ke ni?)
Bawah : KAMIKAZE (dari kiri - Ipie / Wanita Cantik / Kak Mai / Sam)

Kereta dipandu oleh Sam dengan berhati-hati dan menjadikan Ipie sebagai navigator yang berwibawa sementara aku dan Kak Mai menyelesaikan klu-klu yang diberikan..(er..aku banyak BACA soalan je..ngeeee). Untung aku join group ni sebab aku sorang je 1st timer dan yg lain dah ada 3x pengalaman..Ipie banyak tolong ajar aku main game ni.

Kitorang mula beraktiviti dengan hatiku penuh berdebar-debar sebab tak sabar nak sampai Melaka dan menikmati makanan pedas-pedas kat sana. Kitorang banyak habiskan masa kat Linggi mencari jawapan yang betul-betul depan mata, tengah panas..siap lepak kat stesen bus pasal dah tak larat nak berjalan. Walaupun tulips tak berapa nak jitu, tapi dengan semangat kepasukanan yang tinggi (aku tido dari Rembau ke Melaka) kitorang dapat tamatkan permainan dan tiba di lokasi yang ditetapkan ngam-ngaaaam waktu - 3.30pm.

Dapat juga aku merasa jalan kampung atau dalam erti kata modennya, jalan dalam ke Melaka. Menyaksikan suasana kampung yang mendamaikan sambil dipanah sang mentari..pergh..layan.

Lepas check-in kat hotel, kami geng 8 budak itam (dengan group Cae) bergegas ke kedai mamak berhampiran untuk mengisi perut yang bergendang-gendut tali kecapi.

Atas : Mee Goreng Bakar Lidah
Bawah : Aku dalam cubaan menahan pedas sambil buat muka tak ada hal tapi akak sebelah aku lagi selamba.


Lunch (pukul 4 masih dikira lunch ke?) : Mee Goreng Pak Itam + Limau Ais
Komen : Bapakkk pedasss...

Lepas rehat-rehat kat bilik, aku & Ipie ronda-ronda sekitar hotel and sempat sambar kasut cantik kat The Store untuk dinner malam tu.


Tema Dinner : Warisan Melaka
Tema aku : Warisan Jawa

Malu lah..aummmm

Dinner : Rendang Ayam, lauk Kambing, Sayur + Cendawan Goreng, Kek2, Kuih2 dan air oren yang bergelen-gelen.

Time aku nak makan ni, time tu la Ipie nak amikkan gambar Kak Mai, siap suh aku ke tepi lagi..keji taw..

Sambil makan, kami dihidangkan dengan slide show sepanjang pertandingan siang tadi dan cabutan bertuah (setiap saat telinga aku menantikan nama aku naik sambil memastikan mulut penuh berisi makanan..multi-tasking tak?). Tapi makanan dah abis, nama aku tak juga naik-naik..takpalah..nak buat camana...*sayu

Tiba masanya untuk penyampaian hadiah..jeng!jeng!jeng!

Kamikaze dapat tempat ke-3! Houyeahhhh!

Houyeahhh!

Dan akhirnya,

Aku dapat cabutan bertuah ke Pelangi Beach Resort, Langkawi selama 2 hari 1 malam...kemudian buat sistem barter dengan Cae, Mutiara Johor Baru selama 3 hari 2 malam..Yiha!
Saja buat last minit, suspen I tau... :P

Taddaaaa!

Malam tu kami sambut kemenangan dengan ber-bowling kat Mahkota Parade. Macam biasa, aku mesti dapat last..cuba korang ajak aku main tutup tin ke, congkak ke, balik selipar ke, polis sentri ke...kompem aku kalah juga! Tapi tak kisah lah pasal Treasure Hunt, team aku dapat no 3. Hahahahaha!

Sesi bergambar dengan Sampul Kemenangan

Makan lewat malam : Roti canai banjir & Nes Tarik

Esoknya, lepas breakfast-tak-hengat kat hotel, kitorang check-out dan pusing bandar Melaka..posing-posing...sempat singgah makan cendol pulut, ngeeee ;p

Kesimpulan : Aktiviti dihujung minggu ditaja sepenuhnya oleh Tradewinds Corp. Bhd. (yuran pendaftaran, shopping dan round bandar Melaka adalah hasil duit tempat ketiga - sorang dapat RM200). Sangat seronok dan rasa nak buat lagi, lagi, lagi...ada company sapa-sapa nak buat Treasure Hunt tak? Meh aku nak masuk...(berlagak)

Bersama rengrakan baru dari Tradewinds

Nantikan "Meh le ke Melaka!" siri 2..tak nak tunggu? Takpe..aku nak tunggu pasal ni blog aku...kan?

Sunday, December 20, 2009

Mood kenduri kawin & berhujung minggu

Dah lama dapat tempahan untuk jadi pengapit untuk kenduri Fadzlin & Ayub kat Tg. Karang..debaran bertambah bila makin mendekat hari...makin berdebar2 bila tiba hari...

Aku bukan pernah jadi pengapit...

Jenuh aku tanya kat falin, kat abg andam, kat adik sepupu aku...apa nak buat kalo jadi pengapit ni...? Rupa2nya aku keja kipas2 n pastikan make-up pengantin tak tompok2...lap2 tangan pengantin skit lpas kena tepung tawar, iring pengantin naik tun pelamin..dan sengih2 dengan pengapit lelaki pasal dua2 orang pun blur hari tu. Yang paling best dapat makan kat meja beradab..aku makan mcm orang takde adab pun ada..tp ada aku peduli?makanan sedap2 macam tu...dapat la rasa ikan siakap tiga rasa, daging masak kicap yang lembut, kerabu betik, ice-cream tapai, udang cucuk...erm..lazat...kalo malu, berlapar la aku..kan?

Falin macam princess...aku pun nak jadi princess juga...kena cari calon cepat la ni..hehehe...tahniah untuk Falin & Ayub..double tahniah pasal hari yang sama diorang bersanding, adik Falin bersalin kat Hospital Sg. Buloh, anak menakan perempuan...Falin menangis masa dapat berita tu...erk...blur aku sekejap..aku pass tisu lpas tu aku sambung makan..hehehehe..

Nnt bila Falin dah pass kat aku gambar masa aku jadi pengapit die, aku tempek kat sini...leh la korang tengok betapa ayunya aku dengan kebaya kaler gold..ngeh3...(bukan nak suh tgk pengantin ek..ngeh3)

Tahniah korang... :)

Sebenarnya aku sampai kat Tanjung Karang ni malam sebelum kenduri lagi. Aku bermalam kat umah atok cousin bau2 bacang aku, Mat Yan. Baik budaknya..kalo ko tua dari aku, memang aku dah ngorat dah...cewah---amik ati..hehehe... Nasib baikla dia ada kampung kat situ. Kalo tak, memang tipis la harapan aku nak smpai T.K.
Kampung dia...memang awesome..tu la 1st time aku tido umah kampung yang tak payah pakai kipas ke aircond ke...cejuk je...cecejuk mata memandang...seronok aku tido...nyenyak macam dalam citer Sleeping Beauty..sebelum tido tu sempat la mandi dulu...humangaih...sejuk benor...!
Sejuknyer terasa smpai ke pagi!

Bangun sok pagi tu, aku sempat la sengih2 dengan Atok Mat Yan...hajat di hati nak bersenang lenang sebelum mandi tapi alih2 Cik Lin dah tanya, "Nak mandi ke?Kalo nak mandi p masuk bilik air belakang...tengah free takde orang mandi"..er...takkan la aku nak ckp "Tak Nak"...orang kata kalo dok umah orang ni..nak2 baru 1st time, kena la beradab skit...aku sengih2 dengan Cik Lin plak sambil melangkah ke bilik air...ayoyo...sejuk semalam tak hilang lagi, tambah plak dengan sejuk pagi ni...pergh...nasib tak mandi kat bilik air luar..Atok kata lagi sejuk pasal air takung hujan..huh...kalo aku dok situ la, aku rasa aku mandi selang sehari...

Lpas mandi, aku sembang2 dgn Cik Lin n bergurau senda dgn anak bongsu die yg baru setahun...tp memandangkan budak kecik tu tgh dalam proses penyahtinjaan, aku amik keputusan untuk melawat keliling umah...mula2 tengok kolam ikan yg kecik btul2 kat blakang umah...comel2 je ikannya..ntah ikan apa..hehehe...nak tanya, malu...lpas tu p kandang kambing plak..humangaih...baru je aku nak interprem, semua kambing dan jenguk kepala tgk aku..agak seram la mula2 tu..tp sronok plak tengok Mat Yan sembang2 dgn kambing2 tu..aku rasa Mat Yan ni memang ada darah kambing kot...semuanya bertanduk, berwarna putih coklat n duduk kat umah 2 tingkat...kat tingkat bawah diorang tahan najis2 kambing yg macam gula2 tu untuk buat baja..comel je..

Otw nak masuk umah, terpana la sekejap mata aku tgk traktor kecik kaler merah kat dalam garaj tepi umah...
Hurm...menarik nyer..

Lpas breakfast, aku ajak Mat Yan, Ijoy n Ijat jalan2 pusing kampung..(Ijoy n Ijat ni adik sepupu Mat Yan...dak2 kecik sekolah lagi..anak2 Cik Lin jugak) Mat Yan ajak naik traktor...wah, peluang! Ijat tolong startkan enjin n Ijoy tunjuk skil2 nak bawa...mula2 Mat Yan bawa dulu pasal traktor tu leh bawa sorang je dengan sorang berdiri kat blakang...lpas tu aku plak...heheheheheh..sronoknya bawa traktor...aku rasa macam petani terbilang! aku ingat nak bawa pusing keliling kampung, tapi sebab peratus aku masuk ke longkang tu sangat la tinggi, maka niat tu terpaksa la dibatalkan..setakat buat u-turn kat dpan umah je la...Lpas turn aku, turn Mat Yan lagi...Ijat n Ijoy ajar Mat Yan buat 'wheelie'..syoknya...tunggu la aku dah hebat skit, aku nak buat 'wikang' plak..

Lpas bersuka ria dgn traktor comel merah tu, kitorang start enjin moto pusing keliling kampung n sawah bendang plak...mak aih damainya...aku sedut2 udara kat kampung tu smpai kembung paru2 aku..nampak bangau..tali air...orang tgh bersihkan laman..org tgh siang ikan..org tgh main bola...org tgh lepak2 kat kdai kopi...org tgh bersihkan petak sawah dia (aku rasa la)..org tgh round2 dgn moto mcm kitorang...sungguh2 aku rasa macam aku pun orang kampung juga...comel sungguh keadaan aku masa tu...lupa jap hal2 lain...matahari dah terbit tapi tak terasa panasnya..kawasan tu berangin je...

Dah pukul 9.40 pagi..kena balik siap2 p kenduri Falin. Kat umah, Cik Lin tgh siapkan makan tengahari...erm...nyum3...mesti sedap...tp aku dah kena p kenduri...sempat la dengar Cik Lin pesan kat Ijat p bli minyak kat kedai jap...hiks...

Minggu ni mungkin plan nak ke kampung Mat Yan lagi...pancing ikan kat tali air plak...tadi Mat Yan dah pesan, kali ni jangan lupa bawa kamera tau ;P