Masih dalam minggu meronta-ronta, sawan-menyawan. Cuba juga menabahkan hati. Cubaan ni takdelah membanggakan tapi nampak juga efeknya sikit nak-nak bila Che Abang Bunga Tulip Purple sedia menadah telinga mendengar omelan dari mulutku yang kiut-miut ini. Ok, sudah-sudah dengan perasan sendiri.
Minggu sudah buat perancangan last minute dengan Che Abang Bunga Tulip Purple ke Kelantan. Syafiq, anak sulung maksu membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan gadis manis dari Ketereh.
Majlis bersandingnya hari Sabtu tapi memandangkan Che Abang Bunga Tulip Purple ada kursus Pekerja Terbilang pada hari Ahad dan beliau memerlukan rehat serta membuat persediaan yang cukup pada hari Sabtu, maka beliau membuat keputusan untuk menghadiri majlis pernikahan yang diadakan pada hari Jumaat sahaja. Sungguh terharu dengan persetujuan Che Abangku untuk ke majlis sepupuku yang comel-comel gebu itu. Aku mencintaiiiimu...ting tong :)
Panjang kan intro? Sebenarnya nak tekankan pasal ayat yang last tu je..ngeeeeeeeee :P
Berlaku sedikit pertengkaran manja untuk mencari jalan kebenaran ke hotel tempat keluarga pengantin lelaki menetap di Kota Bahru. Alih-alih kitorang terus ke masjid tempat pernikahan akan dijalankan. Kawan-kawan, pergaduhan dengan buah hati anda kerana perkara yang sia-sia adalah...sia-sia. Tapi perlu juga untuk menjadikan sesama pasangan lebih mesra gitu sebab akan ada sesi memujuk, perbincangan manja dan bermaaf-maafan di pagi raya. Bagi yang belum nak muhrim lagi, jangan lebeh-lebeh..nanti kang kontroversi plak macam cerita pasal budak sekolah dalam Harian Metro ritu. Tak tau? Malas nak crita. Tak ada faedahnya. Semak kotak blog I je *tiba2 emo
Syafiq memulakan pembinaan 'masjid' beliau bersama-sama pasangannya, Sumayyah pada 19 November 2010, 5.06 petang di Masjid Kadok.
Seusai majlis, kitorang ke rumah pengantin perempuan untuk makan nasik. Masakan kampung. Sedap sehingga menjilat pinggan. Kenyang perut, senang hati...terus gerak semula ke Kuala Lumpur.
Penat. Iya. Tapi demi abang tercinta ku ikutkan jua. (Cewah, nak juga mention kat situ. Hehe). Pesanan untuk mereka yang terpaksa mengembara dalam kepenatan dan pekat malam : Molek kiranya anda berteman dan berhenti bila fokus memandu berkurangan. Pastikan juga teman memandu anda itu cukup bertenaga untuk bersama anda mengharungi perjalanan tersebut. Takmo drive laju-laju terutamanya waktu hujan tau. Jika tidak, terimalah padahnya. Mak aih...dah macam ngeri pulak bunyinya.
Sampai je rumah masing-masing, kitorang pengsan sampai matahari naik. Bangun je dari tido, aku layan Siri Harry Potter dari 1 saaaaaaampai 6 sementara Che Chenta pergi menyelesaikan kerja-kerja beliau yang tergendala. Sangat tak romantik kan bila membiarkan kechentaan kita menghabiskan hari minggu keseorangan? Masalahnya cita Harry Potter tu best sebab hero dia chooooomeeeelllll sangat.
Eh...eh...Abang lagi comel..tapi...er...er...tapi....erm...aaa....kantoi
Bye.
2 comments:
rasanya motif entry ni nk puji abg sendiri je gayanya hahahahah
Tepat sekali, kak! 10 juta markah untuk Kak Masy. Heheheheeee...
Dia p training 3 hari ni. Jadi agak kerindu2an gamaknya... heeeeee :P
Post a Comment