Postingan ini dibuat sempena memperingati kerusi di opis lamaku...
Kerusi Biru itu.
19-4-2010, 2:22pm
Kerusi di office ni ada banyak kegunaannya terutamanya yang berwarna biru dan boleh berputar 360darjah.
Selain untuk duduk, ia juga boleh bertindak sebagai alat penghibur membentuk sebuah "Marry Go Round".
Dalam keadaan terpaksa, kerusi juga boleh dijadikan kubu untuk berlindung dari bos. Anda hanya perlu menyeludup ke bawah meja dan tarik kerusi rapat-rapat ke arah anda. Lebih berkesan jika dinding partition dan karpet berwana biru malah lebih baik jika pada masa tersebut anda mengenakan pakaian berwarna biru juga supaya lebih blend dengan kerusi dan suasana.
Jika keadaan terlampau genting, sambungkan dua biji kerusi ini secara bertentangan dan letakkan sebiji bantal dia salah satu sudut..membentuk sebuah katil yang boleh bergoyang-goyang. Pastikan kedudukan kerusi anda disekat oleh objek tetap supaya kerusi-kerusi ini tidak meregang semasa anda sedang diulit mimpi.
Untuk menghiburkan hati, goyangkan kerusi tersebut kuat-kuat semasa rakan sejawatan anda sedang asyik dan tekun membuat kerja. Pasti akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari beliau misalnya jelingan 'manja', getaran suara bak halilintar atau 'sentuhan asmara' kulit tangan beliau ke kulit pipi anda..jadi dapatlah anda berteman dan tidak bergurau seorang diri.
Anda merasakan otot kaki lenguh-lenguh sehinggakan pergerakan dengan jarak semeja adalah sangat mustahil bagi anda? Jangan khuatir. Dengan menggunakan kuasa punggung dan tumit kaki, hayunkan kerusi anda kemana sahaja destinasi yang diingini. Semudah one, two, three...bukan?

10-11-2010, 1:18pm
Opis baru.
Dah ada kerusi oren :)
No comments:
Post a Comment