Sisi gelap aku sedang berusaha keras menghasut aku untuk terus melakukan aktiviti-aktiviti yang membawa onar.
Jiwa aku tengah memberontak ni. Matlamat berkerja dah tak seiring dengan cara pekerjaan tersebut dijalankan bila sistem berkerja telah diganggu-gugat secara tiba-tibanya. Pulak tu kita tak diberi persediaan yang mencukupi untuk menghadapi saat-saat getir ini.
Perkataan-perkataan yang bertatabahasa 'tinggi' bagai dihujung-hujung lidah sahaja.
Kesopanan dan kesusilaan yang semulajadi nipis semakin tipis. Kecantikan tetap mantain tetapi kerutan di bahagian mata dan dahi sudah mula menonjolkan diri.
Jelingan Mata Tajam semakin dikuasai. Tone menjawab dengan malas dan sinisnya juga sangat ketara.
Tenanglah hati...bawa-bawa berdamai. Tingkatkanlah kesabaran. Cuba sebaik mungkin. Jangan nakal-nakal. Fikir masa depan...
........
ok, tak cukup sabar.
GRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR! *muka dah jadi pink
No comments:
Post a Comment