Showing posts with label Teluk Ramunia. Show all posts
Showing posts with label Teluk Ramunia. Show all posts

Friday, March 26, 2010

Cari Jalan Makan-makan

Tempat kejadian : Pasir Gudang-Kota Tinggi-Teluk Ramunia, Johor

Tarikh kejadian : 12 - 15 March 2010

Ahli : Aku, Kak Rose, Fariza (Warni tak dapat join sebab ada hal lain...takpa, lain kali ek)

Tujuan kejadian : Amik roadtax, pergi kenduri kahwin Nana and Manimaran, melawat Azie dan Lina yang dah boleh meniarap, melawat beberapa kawan Kak Rose, membuktikan keburukan lantak (Jalan-jalan Cari Makan), melepaskan rindu dendam pada Teluk Ramunia dan kampung-kampung sekitarnya..

Tujuan tak terduga : Jumpa bekas-bekas senior yang rupanya ada tali persaudaraan dengan salah seorang ahli yang terlibat dalam ekspedisi kali ini, salah tempat untuk amik roadtax, hampir-hampir kena saman depan traffic light simpang Plentong sebab memandai tambah lagi satu lane, jumpa kedai baru (baru dalam list kedai makan best aku) kat Bandar Penawar

Tujuan tak tercapai : tak dapat pi kenduri Manimaran sebab terlupa nak bawak kad jemputan kawin dia..camana nak pi kalo tak ada map @ alamat, tak dapat juga makan roti canai kat Kg. Sepang dan mandi laut.

Tempat tinggal : 'Ditaja' sepenuhnya oleh tuan-tuan rumah - Kak Kien and Kak Ema.
Terima kasih, kakak-kakak..muah!muah!muah! Anda berdua adalah tuan rumah yang sangat baik...terharu tau... :)

Pengajaran : Belajar untuk baca dan ingat alamat dengan betul, misalnya - Kota Tinggi, Johor dan Jalan Kota Tinggi, Johor adalah sangat berlainan dengan sejam lebih jarak perjalanan.

Bermula kisah pada Jumaat 12 Mac 2010 bila kami terpaksa amik half day sebab nak gerak awal, takut sampai Pasir Gudang lambat..malam tu kami ada janji diner dengan Wan Kesuma, kawan Kak Rose.

Esoknya bermulalah ekspedisi menambahkan diameter perut...pagi-pagi dah gerak ke rumah Kak As.


Kiri ke kanan : Daging Dal, Ayam Masak Merah, Nasi Jagung, Sayur Campur, Karipap, Makaroni Goreng

Menu pagi kat rumah Kak As : Makaroni Goreng, Mister Potato & Teh O

Sejam lepas tu singgah pulak rumah Ibu Kak As..

Menu masih pagi sikit lagi ke tengahari bawak ke petang : Karipap, 2 pinggan Nasi Jagung, 2 ketul Ayam Masak Merah, Sayur-sayuran & air tak ingat :p

Dari Pasir Gudang, kitorang gerak ke Kota Tinggi. Disebabkan gangguan teknikal, niat ASAL amik roadtax dah jadi niat secondhand. Kitorang singgah umah Niena Gabriel plak makan Nugget Ayam & Teh O Panas.

Kiri ke kanan : Rangka Ayam, Nasi Ayam, Kak Sofie order Kuehtiau Sup, Kak Rose order Handset (Kuehtiau Sup juga ;p)

Menu : Rangka Ayam Kampung, Nasi Goreng Ayam & Neskepe Ais

Menu Lewat Malam : Rangka Ayam Kampung lagi & Neskepe Panas

Old-skool... *kagum

Lingkaran ubat nyamuk Fumakilla Q - ubat untuk menyembuhkan nyamuk yang berlingkar di dalam rumah anda

Kiri ke kanan : Nasi Minyak, Cupcake (dessert), parking depan umah kosong ala-ala cerita Jeritan Kuntilanak, pasangan Pengantin dan tetamu yang gitu-gitu belaka, bersantai kat Tg. Kapal lepas kenduri untuk redakan kekenyangan (sempat aku tatah nama kat pokok depan aku tu, korang pi la tengok nanti)

Balik dari kenduri tu sempat la pusing-pusing kampung sampai ke Jeti Tg. Pengelih.
Suasana kampung dengan angin laut sepoi-sepoi budi bahasa..memang feelinglah!

Menu : Nasi Minyak lauk Nenas, Ayam Masak Merah, Daging Kurma, Cupcake & Air Sirap. Kampung style-memang layan makan menghadap laut.

Menu balik dari kenduri : Nasi Putih, Ikan Kembung Masak Asam Pedas, Telur Masin, Timun, Budu & Air Masak

Pemandangan depan rumah pengantin.
Macam ni punya view, hari-hari aku nak datang kenduri kat umah Nana
*kulit muka tebal 8 ekar


Kiri ke kanan : Ketam batu (agaknya), orang pakat naik bot nak tengok fireflies, kat atas titi menuju ke restoran terapung, Belangkas yang dah jadi sejarah kat dinding, Kuehtiau Goreng, Nasi Goreng Ikan Masin - ni la kedai baru aku cakap tadi

Menu : Nasi Goreng Ikan Masin & Limau Suam

Ini bukan seafood, ini sedang seek-food

Balik daripada Restoran Terapung Fireflies ni, sempat lagi singgah umah Pak Ya amik lauk Sotong Sambal dengan Ikan Tiga Rasa sambil layan cerita King Kong 3. Anak bongsu Mama ensem. Saja letak statement ni...minta-minta ada orang berkaitan perasan..ehem-ehem, Kak Rose!

Menu pagi : Nasi Goreng 2 Pinggan, Telur Mata, Sambal Sotong dan Ikan Tiga Rasa (yang dipanaskan balik pasal tak sempat nak makan malam semalam), Sambal Nasi Lemak, kuih-muih & Neskepe

Sempat sambar purse cantik berharga RM5 kat kedai Jeng Jeng Jeng...........

Wednesday, December 23, 2009

Tinggal Kenangan...

Tempat kejadian : Teluk Ramunia, Johor

Tarikh kejadian : 15 - 18 December 2009

Tujuan kejadian : Melawat Azie n Baby Lina, memindah barang2, pindah opis, kemas barang2, lepas rindu kat kampung halaman orang lain/rerakan dan penduduk kampung kat sini/makanan2 dan orang2 yang eksotik kat sini, mandi pantai, mandi air yang sejuk, tido dalam kuarters yang ada bau kayu-kayan, rindu lepak menghadap pantai..rindu2an...

Tujuan tak terduga : terserempak dengan Optimus-Bee, tergoda dengan kesopanan Abg A (bukan nama sebenar)--terdetik perasaan tergoda je tak seserius mana...tapi kalo serius pun apa salahnya..hahahahaha!, bawa balik Mas Joko..hiks...

Tujuan tak tercapai : berhenti kat R&R beramai2 (sebab Kak Rose TER-bawa keta direct selama 5 jam dari KL tanpa henti...nasib la dapat gak benti makan kat Bandar Penawar yg jaraknya dlm setengah jam lagi dari Tempat Kejadian--Kak Rose sgt nakal tau..), makan roti canai kat Kg. Sepang n mandi laut.

Bermulanya kejadian di awal pagi Rabu, 16 December 2009...
Breakfast kat Sg. Musoh... Aktiviti yg sentiasa dinanti2kan satu masa dulu setiap kali bangun pagi..

"..cerita kedai kopi...cerita kedai kopi..tiada saksi tiada hakim, cerita sensasi di kedai kopi"

ni la menu sarap yang aku selalu blasah kat sini...sambalnya kena minta extra sepiring...lazat...

mereka juga sedang menikmati kelazatan bersarap di sini..mee hoon soto..

sambil menikmati pemandangan pantai di sebalik kereta ini...

Masuk je opis..terus mengah tengok kotak n fail yang bertimbun2 nak kena kemaskan..aduh...nasib la Shukri dah tolong kemaskan skit sebelum dia benti dulu...tp aku kena buka kebanyakan kotak and ikatan fail utk dibuang separuh..ampun, ya pak...lagi bikin mess di sini...

hamik ko...kemas2..

sambil dibantu oleh Syaiful...tangan n mulut kami berjalan serentak..lama tak jumpa...

Bertungkus-lumus separuh hari...perut lapa balik...call Kak Rose tanya nak makan katne...

Asam Pedas Mak Bulat...

Kedai tepi signboard..gambar makanan tak smpat nak amik pasal terlalu lapar...

Lepas makan, balik opis n sambung misi...

Petang tu...jalan2!

tempat orang memancing (n 'memancing'..hehehe)..sebelah kiri gambar tu leh nampak sayup2 kawasan Teluk Ramunia Yard..kalo malam lagi cantik dengan lampu-lampannya..belah kanan tu, ntah, pulau apa...kekal misteri pada aku..

masa ni teman Kak Rose hantar kain kat rumah kawan dia kat Punggai...sempat curi2 snap gambar umah jiran sebelah..bersih kampung ni..

lepas tu p merenung masa depan kat puncak bukit kat kuarters...

dan berposing...

club house ni tempat pertama aku bermalam masa mula2 datang sini..sempat la aku merasa...
lepas tu diorang dah renovate jadi Istana Singgah Dato' Chairman...

Diikuti kejadian awal pagi 17 December 2009..

Senang hati sangat, cuaca yang selalu buat aku teruja bangun pagi kat sini...hujan....

hujan kat sini buat aku rasa sihat dan segar...tapi tak berani nak keluar main hujan pasal kat depan kuarters ni ada pak guard lelaki..segan ah..

Aktiviti pagi smpai tengahari sama macam semalam..bezanya bertambah keras bekerja pasal sok dah nak balik, barang masih bertimbun2 tak siap kemas lagi..tp sempat la ziarah Azie n Lina..mak buyung dah jadi ikan duyung balik lpas bersalinkan anak duyung...sangat kiutttt...buat aku terasa nak beranak juga..ada sapa2 nak kawin dengan aku?hehehehehehe...

Petang tu...disebabkan masa tengahari tak smpat nak makan...Kak Rose bawa aku n Fariza mentekedarah kat kedai Pattani, Sg. Rengit..

Medan Ikan Bakar kat depan ni ada jual nasi ayam and ABC jagung yang best...

Nasi Goreng Cendawan yang tak berapa nak cendawan + set keropok RM2 yg "krup2" apabila dikunyah...(rangup)

amik gambar dulu pasal dalam proses cari mood untuk makan 'cendawan tak berapa cendawan'...last2 makan separuh je..separuh lagi, tapau bawak balik.
Lepas makan, balik, mandi, solat...sebelah malamnya masuk opis lagi...keja banyak tak siap...baru setel 2/3...

masa ni dah masuk fasa bungkus ala kadar je...dah malas nak pilih2 n fikir2..dah malam..nak balikkkk!

hasil dari kerahan Mandur yang garang...(dalam citer Upin & Ipin, orang nama Kak Rose memang garang...)....

...maka siaplah keja....

...lepas tu, MAIN!
Balik dari opis, singgah makan kat kedai tomyam...dah tak larat nak pegang sebarang kamera pasal penat gila..ingat lapa n tido je...
Tapi bila dah balik bilik, mandi...sempat la plak...
layan Tiga Abdul....sambil makan nasi yang bungkus petang tadi..hehehehehe...
Ni plak hasil tangkapan sepanjang berada kat TR, Yard....godaan yang dibawa oleh Kak Asiah, kakak dari PMT Dept.


7 ekor budak UNGU...yg lagi 5 dah hadiahkan kat Lina n orang2 lain yang byk tolong aku...

Sok dah balik....hurm...

Jumpa lagi Teluk Ramunia dan segala isi kandungannya..aku rindu kaliannnnn!

Er...aku rasa aku kena datang lagi...nak jenguk Abg A...hahahahahah!