Part 1 - Tiket & Rumah
Enchek Suami sedang tekun bekerja. Tangannya laju je mengclick-click mouse. Aku pun laju juga. Cari tiket promosi kapalterbang. Cita-cita nak balik kampung setiap bulan.
Tapi cita-cita dah bertukar jadi angan-angan... Bulan ni tak ada tiket murah.
Budget pun dah tersasar sebab bayar deposit rumah sewa baru. Minta-minta tuan rumah lama baik hati nak pulangkan deposit kitorang dulu (aminnnn).
Part 2 - Ketam & Siput Gonggong
Ini kisah Jumaat lepas.
Walaupun tak banyak aktiviti menarik kat pulau ni, tapi aku dan En. Suami nekad nak ambil half day. Motifnya nak habiskan cuti tahun lepas. Salah! Motifnya nak makan ketam masak black pepper dan siput gonggong masak stim halia di Anjung Ketam. Tak puas makan bulan lepas. Muahahahahahaha!
Petang Jumaat tu kitorang bersiap ala kadar (tapi aku berlilit dengan pashmina bagai) kemudian tuntas ke Anjung Ketam. Niatnya nak makan kat kedai No. 2. Alih-alih tersadai kat kedai No. 3.
Masa kitorang datang tahun lepas, Anjung Ketam ni ada 1 buah kedai je (Mungkin kedai lain tutup masa tu..) Sekarang dah ada 4 buah kedai. Setakat ni kitorang rasa kedai No. 2 tu yang paling superb sekali masakannya.
Harga dia ok lagi macam tahun lepas. Yelah, kedai dah renovate. Selesa dan selamat.
Kalau dulu, soyok dia separuh kedai tu je. Masa tengah makan tiba-tiba hujan, mau kau angkat meja tu cari tempat berteduh...dan sambung makan. Kini tidak lagi. Soyok dah panjang. Kau boleh makan puas-puas tak kira cuaca.
Dulu ketam sekilo baru RM27. Sekarang dah RM30.
Siput gonggong tu RM20/kilo.
Ikan kerapu (hidup) RM60/kilo.
Ikan kerapu (tak hidup) RM40/kilo.
(Udang & sotong pun ada, tapi aku lupa nak tanyakan harganya)
Yang lain-lain aku tak makan. Dah nama Anjung Ketam, aku makan ketam dan rakan-rakannya saja. Kalau nak makan sayur, cari kedai tom yam.
Kat kedai No. 3 ni, selepas kita order makanan mereka akan hidangkan tembikai dan kacang goreng. Sementara nak tunggu ketam siap masak, molek benar buat kudap-kudapan. Tapi kat sini air sejuk, air kosong dan air paip je yang free.. Kudap-kudapan tu kau kena bayar. RM12/set. (Kalau aku tau, aku suruh dia amik balik set kudap-kudapan tu..lagi bagus aku tambah ketam sekor dua).
Lepas makan, lepak seminit dua sebab nak habiskan tembikai dengan kacang goreng tu dan balik dengan kesimpulan : kedai No 2 tetap champion.
Di N.

No comments:
Post a Comment