Mula-mula aku datang Labuan ni, ramai kata kami boleh save duit. Celah mana?
Aku ni memang kuat mengadu....
~~~~~~
Semalam dah gaji, malam tadi terus makan KFC. Nak belanja sakan tapi sewa rumah dan kereta tak bayar lagi (pantun?). Baik selesaikan perkara penting dulu sebelum "menyesal kemudian tiada gunanya".
Ini bukan perkara pokok yang aku nak ceritakan. Jom kita bukak cerita sebenarnya!
Korang pernah hilang kat pasar malam?
Pernah?
Aku pun...
Flashback 23 tahun yang lepas (aku kira pakai kalkulator ni...) .
Ke zaman kanak-kanak ribena yang tak sekolah lagi.
Tengah sedap-sedap baring , _(",)___\ tiba-tiba Babah ajak pi pasar malam. Aku rasa Mama yang ajak sebab Babah selalunya tak layan sangat tempat ramai orang ni. Seisi rumah pun apa lagi, yippie! \(",)/ lari masuk kereta. Budak kecil, takkan nak hadap cermin mekap dengan bulu mata palsu apa bagai kan.
Kisahnya Babah dengan Mama nak beli barang dapur untuk minggu tu. Jejak je kaki ni kat pasar malam, rasa macam masuk Midveli. Syurga dunia membeli-belah. Pawana yang menerpa membawa aroma jagung bakar, nasi lemak, laksa utara, keropok lekor, char kueh tiaw, apam balik...ok, baik aku berhenti sebelum tujuan karangan ni menyimpang.
Sampai je gerai menjual barang-barang dapur, Babah dan Mama mula pilih-pilih barang sambil sembang dengan tauke gerai. Kitorang adik beradik ni sibuk jugak la, menyibuk 'susun semula' barang kat gerai tu. Tapi tauke kedai tu tak kisah (rasanya..) sebab kitorang memang selalu datang gerai dia je. Khusyuk la kami adik-beradik menyusun dan mengkaji barang. Masa tu la pertama kali aku dapat pegang dan tengok bawang besar dari dekat. Lama juga aku kat area bawang-bawang tu. Satu-satu aku tilik.
Bila dah boring, aku toleh tengok Mama dan Babah. Takut kena tinggal. Tapi aku tak nampak diorang. Adik-beradik aku pun tak ada. Aku dah termenung kat situ. Sah, aku kena tinggal! (Kecik-kecik dah pandai buat kesimpulan, cewah). Tak silap aku makcik gerai tu ada tanya aku ni kena tinggal ke tapi aku blah buat tak tau je kat dia. Aku try cari sendiri. Toleh kiri kanan. Aku susup kat celah orang ramai yang tinggi menggalah tu. Masa tu semua orang nampak macam giant. Aku mula rasa sesak nafas. Aroma yang sedap-sedap tadi dah hilang. Kejap lagi...
MAMAAAA...!!! BABAHHHHH...!!! Meraung menjerit aku kat tengah tu. Tapi tak kuat sangat la sebab aku malu. Nak patah balik kat kedai tadi tapi aku tak ingat kat mana. Tiba-tiba...
Langit yang mendung dan gelap tadi disinari dengan cahaya rembulan.
Adik, kenapa ni? Mak dengan ayah mana?
.......
.......
.......
Gila hensem abang ni.....(Monolog dalam hati - pergh!)
Abang (sepatutnya pakcik) tu hulur tangan dan entah macam mana aku berada dalam dakapannya.(Huuuumangaih...tengok..kecik-kecik dah gatal! Siot je).
Berdukung la aku ni cari Mama dengan Babah. Abang tu tanya macam-macam tapi aku senyap je. Malu la, bang. Hik hik hik.
Sampai satu simpang, aku nampak sebuah family yang sedang gundah-gulana. Family aku! Aku tak ingat siapa tegur siapa dulu tapi masa tu aku dah sengih-sengih gembira hulur tangan sambut tangan Babah. Air mata Mama menjejer lagi laju. Eksited jumpa aku. Baru sekejap dah rindu-rindu. Comel nye Mama i. Aku boleh buat rilek lagi tu. Cis.
Kakak dan abang aku ngekek-ngekek kat belakang gosip apa entah dua orang tu. Masa first nampak muka diorang tadi macam risau. Lepas tu ketawa pulak. Gila. Hahaha!
Puas la Babah ucap terima kasih kat abang tu. Masa ni aku dah ada kat Mama. Bila aku toleh semula, aku tengok abang tu dah tak ada. Babah terus ajak kitorang balik. Sampai dalam kereta, Mama tak habis sedih lagi. Yela...seram kot anak paling comel dalam keluarga hilang sekelip mata. Walaupun kejadian tu tak sampai setengah sejam, tapi dah nama anak kan. Comel pulak tu (tak habis-habis).
Aku pandang luar cermin. Cari abang tu kot-kot dia nampak, boleh bagi lambaian terima kasihsayang. Tapi tak nampak pun kelibat dia sampai la pasar malam tu hilang daripada pandangan mata aku yang ala-ala coklat ni.
Hm... Tak ada jodoh agaknya... (Eh, mumayiz lagi dah pikir jodoh apa kes?)
Tu la pengalaman hilang di pasar malam yang paling manis buat aku. Lepas tu kelat dah sebab kalau kitorang jauh sikit je dari Babah dan Mama, mesti kena marah.
Hari tu aku pernah sembang dengan kakak aku pasal peristiwa bersejarah ni. Dia kata dia ingat muka abang tu. Memang hensem. Seingat aku abang tu rambut panjang dan berikat... Macam Zamani Slam. Tapi kakak aku cakap tak. Lagi hensem. Memori aku dah bercampur-campur ni sebab tak pernah defrag. Ntahlah, yang penting dia hensem. Tajuk utama dia bergosip dengan abang aku masa tu ialah aku gatal. Kalau budak lain nanges-nanges cari mak ayah dia. Tapi aku siap senyum bangga lagi.
Hensem sangat la kot sampai aku lupa macam mana rupa paras dia. Hish!
Kopipes kat sini |
Rupa hensem jambu-jambu daripada Zamani Slam pun aku boleh lupa. Haissshhh!
Kepada Abang tersebut, jika anda membaca blog ini (tanam harapan tinggi-tinggi), saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana membantu saya suatu masa dahulu. Saya harap dan berdoa semoga ramai lagi insan berhati mulia (dan hensem) seperti anda di luar sana, yang membantu bila diperlukan dengan jujur dan amanah.
WALAUBAGAIMANA HENSEM SEKALIPUN BELIAU INI (terus Caps Lock), tidak dapat menandingi kehenseman fizikal dan rohani En. Suami ku. Lebih kurang je dengan kes pertolongan cemas macam cerita aku ni. Sampai jatuh cinta lah! Tapi itu bahagian kedua.... hiks!
Ok tak ayat cover line aku ni?
5 comments:
oo.. gitu ker perasaannyee...
Hmmm... abang rasa budak-budak perempuan yang abang pernah tolong dulu pun mesti ada yang macam tu kan... hehehe.. ya, dunia inikan seperti roda.
abang...ooo...ooo...kita balik bincang kat umah! oooo...oooo....
d-,-b ... hehe. kalo bini brother tu yang baca, mesti bini dia cakap " abang..ooo..ooo..kita balik bincang kat umah! oooo..oooo..."
mak ayah dok risau sebab ko masih mumaiyiz, bleh lak berangan nk ngorat abg (spatutnya pakcik) tu
Abang - cemburu tanda sayang...i loikeee! Muah!
Cik Melur - itula..masa kecik risau gatal sangat..dah besar risau kawin lambat..ni risau tak dapat cucu lagi plak..penuh dengan kerisauan kan? haha!
Post a Comment