Sedangkan lidah, lagi tergigit
Sudah tergigit, ulser pula..
Oiii...sakit ni.
Makan tak lalu, tidur tak lena dibuatnya. Mandi je bersih.. (yekeeee?)
Ini makan tak lalu, boleh kurus la mak macam ni. Tapi lewat malam tadi terbedal nasi lemak juga. Makan sambil nangis-nangis kau.. Udah perut ni lapo bebenor.. Kang tak makan, elok sakit ulser je dapat sakit gastrik plak.
Member ada pesan pi klinik ambil ubat. Lotion katanya. Dah la tak sakit, tak kena bayar pulak tu sebab klinik panel kan. Tapi malas la nak berklinik apa bagai kalau sakit biasa-biasa ni. Kang tunggu lama-lama tapi bila dapat jumpa doktor, dia cakap sikit, conteng sikit, pastu suh ambil ubat tak sampai 2 minit mee segera. Buang masa je. Masak mee segera lagi lama tau.
Dulu aku ada pakai Bonjela. Tapi nak pakai tu ada SOP. Aku kena berdiri atas katil, calit bonjela tu kat ulser kemudian lompat-lompat atas katil untuk hilangkan kepedihan. Entah macam mana boleh jadi macam tu pulak. Hairan saya. Mungkin aktiviti melompat itu sangat gembira. Sekarang ni tak dapek la. Kome yang 74 kilo (kantoi) nak lompat-lompat atas katil lembik tu? Dah la katil tu ihsan tuan rumah sewa. Karang kot merudum katil tu ke lantai, mau naik sewa umah ke tahap bumbung.
Sebelum memanjakan diri dengan Bonjela, aku gunakan mentega sebagai rawatan untuk ulser ni. Malangnya, tak sempat Planta tu nak bertindak ia sudah selamat berkubur dalam perut. Sempat lagi ambil roti dengan gula untuk dijamah bersama Planta yang enak tersebut. Fail!
Sekarang ni aku ikut cakap kak Isney je.
"Ad, tiap kali rasa sakit pergi berus gigi. Nanti kurang sakitnya sebab ubat gigi tu akan matikan kuman pada ulser tu"
Lebih kurang macam tu la dialognya...dalam 7 tahun lepas.
Lebih kurang macam tu la dialognya...dalam 7 tahun lepas.
Itupun aku tak pasti entah dia ke siapa yang bagitau petua ni. Tapi setiap kali aku memberus gigi untuk ulser aku, aku akan ingatkan dia. Hmm..mungkin dia.
Kalau pakai 'kamera canggih' macam ini, parut jerawat pun boleh nampak (Canggih kan perli diri sendiri?)
Ubat gigi pun boleh hilangkan parut jerawat kan? Orang kata..orang kata la...aku tak ingat siapa (memang memory dia ni size kecik la), sapu ubat gigi tersebut pada parut jerawat sebelum tido. Dapatkan tidur yang cukup supaya ubat tersebut dapat bertindak dengan jujur, cekap dan amanah. Termaktub kepada corak tidur yang sopan ye.
E'eh..tadi bukan cerita pasal ulser ke?
Aku posing dengan Kak Isney (pengantin itu ye, rakan-rakan) yang telah selamat diijabkabulkan tahun lepas |
Ubat gigi pun boleh hilangkan parut jerawat kan? Orang kata..orang kata la...aku tak ingat siapa (memang memory dia ni size kecik la), sapu ubat gigi tersebut pada parut jerawat sebelum tido. Dapatkan tidur yang cukup supaya ubat tersebut dapat bertindak dengan jujur, cekap dan amanah. Termaktub kepada corak tidur yang sopan ye.
E'eh..tadi bukan cerita pasal ulser ke?
No comments:
Post a Comment