Tuesday, April 24, 2012

Kita panggang! Kita panggang!

Entah kenapa sejak dua menjak ni aku malas no nak buat keja... (Tapi bukan dah bermenjak-menjak ke aku macam ni?)

Ok, itu bukan perkara yang aku nak ketengahkan. Jadi sila ketepikan.

Bulan 6 ni company tempat aku bekerja akan buat family day. Bila ada event-event je mesti ada AJK makanan kan? Setiap department akan menggalas tanggungjawab menyediakan juadah yang telah ditetapkan oleh pihak yang merasakan dirinya layak 

Statement ini ada unsur-unsur tak puas hatikan? ada lagiiii..

Department aku akan sediakan Chicken Wing dan Sausage panggang untuk 500 orang. Ala..apa sangat kerjanya. Ko beli ayam & sosej..marinate sehari je. Budget disediakan pulak tu. Bila tiba hari kejadian, duduk dalam khemah tu memanggang sampai lebam. Family kau bukan ramai mana pun, setakat laki bini berdua je tak payah la join orang lain bersuka ria dengan anak branak dia tepi pantai. 

Misi sangat la Family Day ni kan?
Hamik... Nampak? Nampak tak betapa tak puas nya hati aku? Tak nampak? Aku up lagi...

Lagipun department kau ada 5 orang. Department lain yang berlambak kakitangan tu banyak 'askar'. Mana nak buat kerja siap juadah lagi, mana nak jaga makanan lagi, mana nak hidangkan makanan lagi..nanti masa yang berkualiti dengan keluarga tu tak cukup. Jadi biarlah diorang buat sandwich dan goreng-goreng saja...

Wak lu!

Mula-mula camtu la aku pikir.

Nasib baik ada En. L (dari department sebelah) yang berpengalaman dalam hal memanggang ni. Kata-kata dia telah memberikan aku motivasi yang sangat tinggi.

"Bila orang tunggu(beratur) kau panggang, orang makan hasil panggang kau dan mereka suka...kau akan rasa gembira".

Siapa yang tak gembira bila orang lain suka dengan hasil tangan kita (walaupun yang akan marinate ayam dan sosej tu adalah En. L tadi)?

Baiklah..dengan semangat Usop Wilca, kami sedepartment akan terima cabaran ini. Malah kami telah tambahkan Kambing Panggang En. L dalam menu kami. Kita panggang! Kita panggang..!

Hamik kau lagi sekali!

2 comments:

moment said...

ko kt Labuan? akak sy pun kat Labuan.. dulu sy matrik kat Labuan.. merindinggg~

*chiken wings sabah mmg superb! dorg marinate + coca cola yo!

saaba said...

Aik..kakak akak kat Labuan jugak? Wah...Kakak akak keja kat mana? Ntah-ntah satu opis. Mesti akak ada datang sini kan? Wah..boleh la togethernessssss....

OOo...patutlah sedap...dia letak cocola sekali...giler ah..macam tu tak payah la order air lagi..ahaks!