Wednesday, February 10, 2010

Makan dengan penuh emosi..

Seulas, seulas limau ni masuk dalam mulut. Sedar-sedar habis sebiji. Kat kaunter receptionist ada lagi berbiji-biji..karang la amik.

Kenyang makan ikan keli sambal tadi tak habis lagi dah layan limau..menyahtinja la aku jap lagi ni...
~~~~~~~~~~~~~~~~

Berat badan aku dah bertambah lagi 3kg..

Waduh, waduh..dalam seminggu sudah begini hebat. Aku ingat lagi masa belajar dulu aku tak menaruh sebarang perasaan berhati-hati bila perut terasa nak makan (perut yang terasa, bukan lidah...). Semuanya aku bedal, janji halal dan mengasyikkan (bunyi lain macam je).

Dulu lain, sekarang lain...

Dulu nak pi mana-mana, jalan kaki. Pi dan balik sekolah jalan kaki. Kena naik turun bukit. Pi dan balik kelas jalan kaki. Nak pusing satu kampus tu dah macam buat le tour de' langkawi. Bersuka-suki dengan rerakan pun jalan kaki. Naik turun bas, kejar bas, kejar orang, kejar masa, berjalan tak ada hala, berjalan sampai sesat barat. Pendek kata masa dulu-dulu tu badan aku akan bergerak aktif jadi aktiviti mencerna makanan berjalan dengan lancar. Kecuali bila tiba time malas aku nak bergerak tu, ada la mangsa-mangsa yang aku minta tolong tumpangkan. Setiap tenaga dan lemak yang diperolehi daripada makanan yang dimakan digunakan sewenang-wenangnya oleh tubuh badanku yang ramping malah diperlukan berkali-kali ganda.

Sekarang nak pi mana-mana pun ada kemudahan. Pagi nak pi keja, aku minta tolong ayah aku hantarkan ke stesen LRT. Dari stesen nak ke opis, berjalan juga tapi tak sampai 7 minit dengan gaya berjalan yang sungguh santai dan tak perlu berusaha keras. Sampai je opis, duduk je memanjang hinggakan bahagian abdomen ke betis aku mengembang. Nak jalan-jalan pusing keliling opis ni pun dah naik muak, besar mana sangat la opis ni. Pemandangan best-best pun tak ada. Nak ajak member main lompat getah kang dah kira langgar etika pulak. Balik pun serupa dengan gaya aku datang tadi. Nak pergi mana-mana, naik keta tumpang keta. Kedai makan pulak senang sangat nak jumpa. Time perut start mengerang, tak sampai 5 minit (kalau lif tak sibuk) dah duduk kat meja kedai makan. Banyak pulak kedainya..Tepi opis? Depan opis? Belakang opis? Ada belaka. Banyak jugak jenis makanannya..Western? Eastern? Northern? Southern? Ada belaka. Keperluan makanan masih berganda-ganda malah lebih lagi. Berganda-berganda-berganda tapi tak semua digunakan sebaik mungkin.

Bukan tak bersyukur dengan kemudahan-kemudahan ni, tapi bila dah selesa sangat mula la buat-buat lupa diri. Bila terdetik rasa nak insaf, semangat pun berkobar-kobar untuk mentransformasi diri menjadi insan yang lebih cemerlang, gemilang, sihat serta bersederhana..kiranya boleh la geng dengan budak-budak Autobots tu..alih-alih Optimus Prime kecewa sebab aku terpengaruh dengan hasutan dan fahaman Megatron bahawa orang tamak selalu senang..tapi kesudahan orang-orang tamak ini sangatlah merugikan. Tengok la aku skang..tengok..tengok.. Sekarang aku faham perasaan Mila terhadap objek berlapis. Sebelum ni faham juga tapi tak berapa sangat sebab berat aku tak terpengaruh secara drastiknya macam sekarang. Bentuk dan berat badan dah sinonim. Malah sangat seia dan sekata. Apakah..
Apa sebab, apa kerana? Konpius juga. Tapi lepas aku buat kaji selidik dengan diri sendiri, mungkin ada kaitan dengan mainan emosi.. Ow'oh, Emosi..main kasar ye..
Mungkin betul. Bila sedih, aku makan. Bila tension, aku makan. Bila bosan, aku makan. Pendek kata, kalau wujud je perasaan atau situasi awan mendung ni..jawapan aku = MAKAN. Panjang kata, kalau cuaca cerah sepanjang masa maka aku akan menikmati setiap saat menghiburkan hati sampai tak perasaan pada sang perut yang memerlukan perhatian dan kasih sayang juga.
Awan mendung masih belum mau beri ruang pada matahari untuk menyinarkan hari-hari aku..sampai kapan, enche...sampai kapan...aku mau kurus ni...jangan perlakukan aku sebegini rupa..auw..

Sumber gambar : Rafhtello (awak, kita pakai satu ek...sopan tak?hehehe)

Kena beli banyak baju yang boleh bermain dengan ilusi. Program kuruskan badan? Kurangkan berat? Er..tu macam menyeksa badan.. Mau menikmati semua seadanya..ahaks~

*Pagi tadi termimpikan Optimus Bee. Gaya-gaya macam team dia kena 'panaskan badan' padang bola. Kiranya buat game pembukaan padang untuk TM Liga Super. Macam orang selalu buat pertunjukkan pembukaan gelanggang kalau ada perlawanan ke. Masa tu terkebil-kebil juga sebab aku rasa bukan game ni dah lama start ke? Kenapa baru nak buat pembukaan? Nak lawan bola pun kena ada upacara pembukaan macam ni ke? Kronik betul mimpi aku ni...

9 comments:

Cik Melur said...

begitu eksotik perkataan menyahtinja itu

adk sdra org sewel said...

sya da mnjual prduk krus bdan...
hnya RM450 shja..
brmnat hbngi sy..

saaba said...

Cik Melur - hasil menyahtinja tu lagi eksotik..hahahahah!

Adik sdara yg sewel - takmo, nnt aku jadi sewel mcm hang.

Anonymous said...

bg ler lemak ko banyak2 kat aku

saaba said...

betul kau nak?dengan segera aku pindahkan.esok ko berlemak..zeng..zeng..zeng..

.millalara. said...

ya. perasaan bilamana objek berlapis memberi ugutan untuk memperlihatkan dirinya kepada umum adalah sungguh tidak indah sama sekali okeh!

haaaa.. tapi, bukankah itu petanda kegumbiraan? ;p

saaba said...

hahahahaha..setuju2...lambang prosperity..ahaks..

Masy said...

lawa org blkg tu, klu kawenkan dgn fahrin mesti sepadan dan secocok. uisshhhh kagum...

saaba said...

mana?mana?tak nampak pun orang lawa selain yg baju belang2 tu..hahahahha!