Apa nak buat ni..boss takde, nak update blog..la la la~
Sementara tengah cari idea (ok...sekarang aku ingat kenapa dulu aku malas betul nak buat blog..CARI IDEA), tangan pegang pensil lepas tu melayang-layang ke atas meja..
Mula-mula nak buat garisan je, alih-alih jadi rambut..kesudahannya jadi la muka budak ini..
Muka aku la..kononnya..masa sekolah rendah dulu..ahaks~ (Ambil pakai camera fon je, jadi kualitinya agak 'memberangsangkan', maaf ya ;p)
Perasan tak rambut pacak2 kat atas tu?
Al-kisahnya masa aku sekolah rendah dulu, pi sekolah masih buat rambut ikat ekor kuda. Kadang buat tocang belit-belit tiga tu. Kadang-kadang ikat tepi.. Ikut mood. Tapi selalunya buat ekor kuda la..senang..zup zap zup zap..siap!
Setiap kali aku ikat rambut, aku akan tarik rambut kemas-kemas supaya tak ada anasir-anasir rambut yang terjojol keluar daripada rangkaian. Tapi setiap kali, rambut kat bahagian tengah-belakang-atas (camana nak cakap ek...), korang tengok la gambar tu..kat situ la.. Rambut kat situ mesti nak lari dari tempo..aku dah pakai minyak rambut pun, die tetap nak membojol. Tak nak mengikut arahan..mungkin kerana pusar rambut kat atas ni yang buat design dia jadi lain macam skit, entah. Tak nampak pulak keadaan kat atas kepala ni..
Nak dijadikan cerita, disebabkan terlalu lama memendam rasa aku buat keputusan untuk mengambil gunting dan mencantas rambut dibahagian tersebut.. Budak kecik kan, buat ikut suka je, janji puas hati..
Hasilnya, rambut kat situ terus terpacak.. Cover dengan bergelen minyak rambut pun, masih terpacak. Ambil masa juga untuk pulih seperti biasa sampai cikgu and kengkawan sekelas kepelikan, kenapa Adrian ada 'antena'...?
Tapi nasib baik aku comel...apa ada hal...
Sekarang dah pakai tudung, lagi senang cerita. Takpayah pikir panjang..semakin comel dan semakin manis..la la la~
2 comments:
adrian antena
haha
cisss....
hahahaha
Post a Comment