Bangun tadi pagi, tekak rasa perit. Kepala berat nak angkat. Sindrom malas bangun pagi makin membuak-buak ni..
Hoh..demam plak ker? Panas semacam je ni.
Hidung berair...alahai, demam ke..
~~~~~~~~~~~~~~~~
Teringat kat Cikgu Jamil, cikgu bahasa aku masa sekolah menengah dulu.
Kecik-kecik cili api - Tapi takde la kecik sangat sebab dia tembam-tembam jugak orangnya.
Garangnya boleh tahan - Tapi aku rasa emo je lebih.
Aku tak tau apa masalah dia, kadang-kadang dia macam berdengki dengan pelajar-pelajar dia pun ada juga. Aku ingat lagi dia pernah gaduh dengan member kelas aku depan semuorang pasal budak tu tak nak tolong sapukan kawasan pintu belakang kelas dia. Dia dengan budak tu pun memang berdendam pasal budak tu pernah meng'query' kredibiliti dia buat pemarkahan untuk karangan bahasa yang dia bagi. Itu pun boleh jadi hal..
Setiap kali dia masuk kelas, aku akan tunggu saat-saat dia melibas remos rambut depan dia dengan tangan kanan macam dalam cerita hindustan tu..lepas tu aku sengih la sorang-sorang. Mula-mula aku ingat aku sorang-sorang, rupanya semua orang.
Baling buku keluar kelas?Standard..
Paling dibenci oleh kebanyakan anak murid?Sudah semestinya..
Paling disukai oleh segelintir anak murid?Sukar tapi memang tak mustahil..
Suka mengadu dengan pengetua? Of koz..yang ni aku pernah kena. Menambahkan lagi rasa kasih sayang aku padanya..;
Aku memang malas datang sekolah nak-nak kalau hari Isnin.. Kat rekod tu, dalam seminggu mesti ada la simbol telur ayam sebiji dua. Kalo boleh diusahakan jual telur-telur tu, kompem aku ni peniaga telur yang terulung. Semua orang tau penyakit aku ni, hatta mama and babah pun dah lali sangat. Dah dipanggil 2,3 kali kalo aku tak bangun pagi tu, jawabnya tak payah la usaha nak bangunkan. Sampai ke tengahari la bawaknya aku tido. Ntah macamana, kebetulan tahun tu Cikgu Jamil jadi cikgu kelas aku. Aku ingat dia sporting, tak pun dia tak amik port ke atau memang tak perasan kehadiran aku..
Tapi satu pagi tu,
Tengah aku syok meronda sekolah cari budak-budak yang tak nak berhimpun kat gazebo, aku bertembung dengan Cikgu Jamil kat lorong nak ke kantin. Dia hulur surat suh bagi kat ayah aku. Masa dia pass surat tu, aku ternampak yang dia buat senyum sinis..ke aku je yang perasan tak tau la.. Hati dah debar-debar, jiwa dah bergelora.. Apa hal lak ni? Pasal aku tak datang semalam ke? Takkan dia tak biasa? (Cewah...). Aku cari port kat hujung bangunan kelas, pelan-pelan aku buka surat tu..kompom! Camana aku nak bgtau babah ni..kena bawa dia jumpa pengetua pasal aku dituduh (padahal memang betul pun) ponteng kelas.
Aku rasa ni tak lain mesti pasal surat yang aku bagi kat dia awal-awal pagi tadi.
Sehari sebelum tu terbuka hati aku minta tolong mama buatkan surat tak datang sekolah. Boleh pulak mama letak reason aku 'tak bangun pagi'. Jujur betul...Agaknya mama dah kering idea kot nak cover aku. Yang tolong mak aku tuliskan surat tu ialah Kak Winee. Kebetulan tulisan kitorang pun lebih kurang. Aku pun malas nak pikir, hulur je la surat tu kat Cikgu Jamil. Tup-tup dia balas balik padahal seingat aku takde pun tertulis "pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas" kat surat mama tu.
Sempat juga aku menitiskan air mata masa nak tutup surat 'berdaulat' tu..abih la imej aku depan babah. Aku tau mama tak ada hal, kitorang satu kepala.
Esok pagi masa babah tengah siap-siap pi kerja, aku bagi surat tu tapi babah rilek je. Pagi tu juga, alang-alang babah tolong hantar aku kat skolah, dia jumpa pengetua sekali. Masuk je bilik, pengetua aku dah senyum-senyum. Dia kenal babah dah lama sebab babah pernah jadi Pengerusi PIBG kat sekolah lama dia dulu. Cikgu-cikgi kat sini je yang tak tau.
"Ni, cikgu. Anak saya tak ponteng. Dia memang tak dapat datang sekolah. Dia ada kat rumah hari tu".
Cikgu disiplin pengawas yang memang ada kat dalam bilik tu sama-sama dengan kitorang siap tunjukkan rekod and surat mama yang aku kira jadi penyebab kepada perjumpaan luar dugaan ni.
"En. Adi tengok ni, surat ni sama dengan tulisan dia"
"Eh, taklah. Surat ni saya yang tulis." - Masa ni aku dah bantai gelak dalam hati. Jambunya tulisan bapak aku..
"Takpelah, saya dah lambat nak pergi kerja ni, saya pergi dulu ye". Rilek je babah cakap masa cikgu disiplin tu suh aku panggil Cikgu Jamil sekali berbincang pasal kes aku ni.
Pengetua aku pun mencelah, "Takpe-takpe". Babah salam diorang lepas tu selamba je keluar. Sempoi kan ayah aku. I love my babah. And I love my mama too sebab buatkan benda ni jadi kenangan paling best zaman sekolah menengah aku. Pasal apa best?....
Lepas jumpa pengetua and lambai-lambai kat babah, aku balik kelas. Masa kelas BM, Cikgu Jamil masuk kelas.
"Adrian, ayah awak dah datang?" - Dia buat lagi senyum-senyum sinis tu.
"Dah"
"Bila?"
"Tadi pagi"
"Naper tak panggil saya?"
"Pengetua cakap tak payah"
"..."
Cikgu Jamil menghadap papan hitam. Senyap.
Aku tunduk menghadap buku, sengih-sengih.
Walaupun dia selalu berdengki dengan kitorang, aku tetap rasa dia cikgu paling best pasal dia tak hipokrit.
No comments:
Post a Comment