Saturday, February 6, 2010

ABC + Eskrim memang indah...

Pagi-pagi celik mata dah check suhu kat dahi, wokeh..demam dah kurang..yeay! Leh layan ABC Fradoo (dalam hati tertanya-tanya...tauke ABC ni salah sorang daripada Hobbits dalam citer Lord of The Ring tu kah?).
Hari ni dapat peluang jumpa member2 blogger, tu pun atas jemputan Jard. Lepas rindu juga la sama Kak Mas and Milla. Dapat juga kenal si hitam manis Saiful and kak Zonaku. Matyan and Apiz pun ikut sekali pasal diorang pun memang ada plan lain sekitar Shah Alam. (Sebenarnya aku tak tau Seksyen 2 ni kat mana, jadi kena minta khidmat pakcik2 ni la. Sambil menyelam, aku tenggelam - pasal aku tak reti berenang..ahaks~)
Wah...dapat makan ABC yang ada eskrim diatasnya serta bersalut coklat berkrim disukai ramai. Wait....aku kata ada eskrim? Memang ada tapi entah camana tragedi tarikan daya graviti yang aku kurang mengerti telah menggugurkan puncak eskrim ABC aku ke dataran meja..
Waduh, waduhhhh...
Sampai saat aku menaip ni tangan aku masih menggeletar mau eskrim itu..takleh nak adaptasikan 5sec rules pasal eskrim tu mencair dengan lemah gemalainya kat depan aku. Diorang suh aku makan bahagian atas eskrim yg tak tercemar lagi. Sampai dah habis makan nasi goreng ayam, aku masih lagi berpikir logik ke tak aku nak suap eskrim yang jatuh tu ke dalam mulut. Betul gak kata diorang, kalo jatuh atas meja kat umah memang aku dah amik dah, hiks~ tapi aku takut nanti aku mengalami proses penyahtinjaan tak sekata..jadi misi tersebut dibatalkan.
Dalam banyak2 diorang bersembang, tragedi tarikan graviti ni la yang paling aku ingat sekali. Boleh?
Takda rezki, takpa...takpa...ko tunggu eskrim..ko tunggu...
Kak Mas dah start jualan buku Lagej beliau dan rerakan lain. Aku sempat selak-selak buku tu tadi.. Cover menarik, persembahan pun simple sesedap mata memandang, isinya kompem tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan. Nanti mau sambar satu. (Agak-agak aku promote cenggini, leh dapat diskaunkah?muahahahaha!)
Doakan Milla and Saiful kejayaan tak terbilang untuk exam diorang nanti. Tapi pastikan korang jawab soalan. Jangan jadi macam aku, time exam bantai tido. Bila terbangun, mula la buat tulisan cancing kerawit terkocoh-kocoh nak menjawab. Nasib baik lulus. Rasanya pasal tu aku tak pernah dapat Anugerah Dekan. Ewah!
Kak Zonaku (saya tak tau nak panggil akak apa, hiks..), betul ke akak nak belanja satay Kajang? Hehehehehehehe!
Mekasih Jard pasal belanja kitorang ni hari. Semoga ko dimurahkan rezeki.. Turn aku nanti macam kita cakap tadi la...kita ke Time Square bagi pusing kepalaaa... Cukup bulan.
Oh, ya..kitorang tak makan ABC Hobbits. Kesilapan teknikal membawa kitorang ke ABC Pegaga. Pegaga ke Fradoo ke, aku tetap tak dapat makan eskrim tu..
Esok pagi-pagi aku nak pi beli eskrim kat kedai depan umah. Tak kira....

8 comments:

Jard The Great said...

ahahaha.. tak kira ek.. sila-sila......

tragedi tadi sungguh pahit kan? ahahahaha

saiful mohamed said...

hahahahhahahahahahahahha..
nak gelak mcm ko bole x??hahaha..
len kali next turn belanja ko la plak ye..terima kasih..

saaba said...

tau takpe, jard...tapi td aku dah p bli eskrim + yogurt kat Giant. Puas hati.muahahaahah!

saiful,marilah gelak beramai2..hahahahaha!insyaAllah takdak masalah..apa kata open table kat gerai ayah aku je (save budget..hahahahah)

Masy said...

tu la org kata colet sket wat ilang kempunan takmooo.. kerekk.. angkuh.. blagak.. riak.. takbur..

hahahahaahahahhaahhahahah

saaba said...

imej, kak...imej...heheheheheh!

Mr.Kurokey said...

kak ina, afiz dah bincang ngan tokey abc tu supaya lepas ni kak ina punya abc letak dalam baldi besar..senang, tumpah pon dalam baldi..sb skrg ni memng ramai org2 yg dah berumur ni tak pandai makan abc... la la la la la...

saaba said...

hahahahahaha..kuang asam hang, apizzz...bukan berumur la...matang sebelum waktunya...ecewahhh..boleh?

farwalis said...

caya cuka makan