Terkilan ke aku ni?
~~~~~~~~~~~~~~~
Manusia ni ada bermacam-macam jenis. Tapi selalunya kita simpulkan kepada dua je.
Baik dan jahat.
Dengar kata dengan siapa kita berkawan tu la yang mencerminkan siapa kita. Kalo berkawan dengan orang baik, kita pun jadi baik. Kalo kita berkawan dengan orang tak berapa baik, kita pun jadi jahat. Ada juga perkara kebaikan dan kejahatan dalam diri seseorang tu dikaitkan dengan keturunan. Macam memang sangatlah tak kenanya sebab aku rasa yang menjadikan siapa kita, tertakluk pada kita sendiri untuk membezakan dan memilih apa yang terbaik. Memang patutlah kita berhenti salahkan orang lain padahal yang buat pilihan tu kita kan? Akal dan hati ada...apa gunanya? Sedekah kat orang lain? Memang murni niat bersedekah tu, tapi logik la skit...
Dalam berkawan, kebanyakan kita ni dari kecil dah diajar supaya buat pilihan terbagus (asik guna perkataan 'terbaik' je) tapi selalunya matlamat nak mencapai kebaikan tu tak seiring dengan cara. Betul niat tu supaya kita terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang kita kira salah sekiranya kita mendekati atau bercampur gaul dengan mereka yang kita anggap 'sesat'. Tapi macamana kita nak bezakan kalau kita tak berkenal-kenalan dengan yang salah dan betul ni? Okey, boleh baca buku...tengok drama kat tv..tengok kesimpulan yang jadi kat orang-orang sekeliling kita..tapi kan lebih baik kalo kita belajar dan ambil iktibar secara langsung (tiba-tiba tringat perkataan direct selling, apakah?) melalui sumber tu sendiri daripada kita sebarkan cerita-cerita yang diambil dari angin yang belum tentu kesahihannya..?
Setiap benda ada sebab-musabab. Siasat dulu sebelum kita chop orang tu baik atau jahat. Jangan melatah bila kita dilenting balik setelah kita cuba menasihati cara orang lain yang tak kena pada mata kita. Aci 'bubuh' je, silap-silap kita pula yang dikatakan cuba tunjuk baik. Mungkin tak dia terdesak, kita tak tau. Mungkin tak die perlukan perhatian, kita tak tau. Mungkin tak dia tak tau ada cara lain tapi sebab tak ada siapa yang boleh tunjukkan jalan, kita tak tau. Mungkin-mungkin-mungkin? Perlunya kawan yang baik ke jahat ke..perlu-perlu belaka. Sebab apa? Pada aku pengalaman diorang tu sangat bermakna untuk kita-kita yang lain ni amik pengajaran.
Kalau kita dapat berkawan dengan orang yang baik, alhamdulillah..banyak benda kita boleh belajar daripada diorang untuk baiki diri kita.
Kalau kawan kita tu tak berapa nak baik, jangan la jauhkan diri. Bukan manusia ke dia tu? Manusia ni tak lari daripada buat silap. Kita yang sedar ni cuba tolong sedarkan. Tapi gunalah cara berhemah. Tengok la keadaan dan orang yang kita nak bantu tu. Jangan pulak pi sua muka dia kat ekzos motor yang tengah panas sebab dia tak nak dengar cakap (tapi aku suka scene ni dalam cerita Adnan Sempit, gila evil..hahaha). Ustazah masa sekolah aku pesan, untung-untung dia nak dengar cakap kita, kan dua-dua dapat pahala tu..?
Tapi bila orang dah buat baik dengan kita, jangan la pulak kita amik kesempatan atas kebaikan dia..plis, plis, plisss..kamu jangan nakal~
Yang "jahat" AKAN buat perkara yang baik.
Yang baik tak semestinya boleh lari dari terbuat benda tak berapa nak baik..minta dijauhkan..
Manusia kan..tak sempurna..kita yang ada ni kena la saling melengkapi.
Selalu kita senang-senang hati jatuhkan hukuman kat orang lain, dan selalunya orang yg dijatuhkan hukuman tu akan menghukum kita semula. Dah satu hal plak main vice versa gini..bila nak habis?
Kalau ada yang menghukum kita, biarlah..asalkan kita tau apa yang kita buat itu betul, apa ada hal...later-later the truth will reveal..
Layankan aja..
~~~~~~~~~~~~
"Aku nak pi hisap dadah la, jom?"
"Malas la..aku nak pi makan ABC Fradoo. Lagi asyikkkk~"
"NAK IKUT!!"
~~~~~~~~~~~~
*Entry ditulis dalam nada kecewa, aci?
6 comments:
betul tuh.. jgn melarikan diri apabila berkawan dgn org jahat... berbijak2 dan berhikmah dalam berkawan... hhehehehhehehe....
stuju2.marilah berkawan dgn saya walaupun saya nakal2 manja githoooo....
jadi, ajaklah rakan anda ke kedai makan berdekatan. hehehe
hahahaah...dia ni takde lain, makannnn je...
err... semua kawan aku tak ada yg baik2
haha
yang comel macam aku ada? (sempat lagi)
Post a Comment