Thursday, February 2, 2012

Cinta Kompeni Ku

Cik Melur bagi idea ubah lagu sebagai terapi hal pemindahan aku ke Labuan..aku rasa lega sikit.

Terima kasih, Cik Melur juga Najwa Latiff dan kakaknya (rasa eksklusif sungguh)

Aku try upload video, tapi kena blocked la pula..ngeeee :P

~~~

Kita temuduga hanya dalam masa lima minit

Kau hantar pesan dan suruh aku kerja denganmu

Oooo… Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu transfer aku

Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu

Oooo… dah terkenakah aku..

Bagaimana harus terima

Ku rasa gementar dan tak bahagia

Perlukah aku beri peluang pertama

Walaupun elaun pindah semua tak ada

Banyak persoalan yang berada di minda

Kalau nak pindah kena cari rumah sewa

Otak kata tak nak hati pula kata ya

Nak pindah, tak nak pindah, aku mula gila

Banyak soalan banyak juga jawapannya

Kata hati dan rasa tak dibiar saja

Setiap yang berlaku ada kebaikannya

Harus pejam mata dan jangan buat kerja

Pabila HR email arah-arah ini itu

Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…

Ini kerja CEO-ku

Dan pabila kau bagi notis hanya satu minggu

Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…

Itulah kata-katamu, dalam surat transfer ku..

Bagaimana harus terima

Ku rasa gementar dan tak bahagia

Perlukah aku beri peluang pertama

Walaupun elaun pindah semua tak ada

Banyak persoalan yang berada di minda

Kalo nak pindah kena cari rumah sewa

Otak kata tak nak hati pula kata ya

Nak pindah, tak nak pindah, aku mula gila

Banyak soalan banyak juga jawapannya

Kata hati dan rasa tak dibiar saja

Setiap yang berlaku ada kebaikannya

Harus pejam mata dan jangan buat kerja

Pabila kau bagi notis hanya satu minggu

Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…

Itulah kata-katamu, dalam surat transfer ku..


Pindah

Bergejolak pulak perasaan bila dapat surat kena transfer ke Labuan minggu depan..