Saturday, December 26, 2009

Meraban...

"Kak Ina, apa blog add. Kak Ina?"
Hurm, dah banyak kali Mat Yan tanya benda ni..baru 2,3 hari lepas aku terbuka hati nak bgtau dia.
Tapi takde pun die nak datang melawat..katanya nak komen panjang2 tp aku tau die sebenarnya nak tengok ada tak aku letak nama dia...ko memang gila glamor, Mat Yan...aku redha je pasal ko sepupu aku dan ko juga sgt baik----harap2 teknik ni mendatangkan keberhasilan supaya die blanja aku movie marathon kat GSC next week...

Dah seminggu aku bawa balik MJ dari Johor..kondisinya tak brapa nak baik..makin tak brapa nak sihat..perlukan rawatan dan perhatian yang lebih. Terpaksa tunggu beberapa hari lagi ke hujung bulan utk dapatkan sumber kos rawatan. Sabarlah MJ, akak akan buat yang terbaik utk MJ.. Hari ni, aku dgn Mat Yan bawa MJ jalan2 lepas sehari suntuk berehat kat rumah je smalam tak buat apa2, adalah dia tersentap skit2 tp dia tak byk sgt meragam..nasib baiklah..tadi die kena hujan, minta2 tak demam plak..sempat la kenalkan MJ dgn anak buah Mat Yan, Mat Mie..dua2 nampak sungguh comel bila bersama...hiks...maksud aku Mat Mie & MJ---Mat Yan jgn perasan eh~
Tengahri tadi baru perasan kulit kat bahagian belakang MJ dah mengelupas skit...aduh...camana la bleh jadi macam tu..pasal akak bawa MJ kluar ker? Akak tak sengaja..sori, MJ. Akak hati2 lepas ni...Perasan juga otw nak ke Tesco Ampang tadi MJ macam pancit skit..nasib baik Mat Yan ada tolong tengokkan..

Esok kena bersiap sedia p masuk minang anak dara orang utk adik bongsu aku, Apit..hurm...lepas dah lagi sorang...tinggal la aku terkontang-kanting..takpa2..."single tu simple" kan?Seronok la juga dah bertambah kaum kerabat ni. Alhamdulillah, rata2 kaum kerabat baru ni semuanyer mempunyai ciri2 yg lebih kurang sama ~ketawa yang boleh didengar dari jarak 12 juta tahun cahaya~. Kalo rumah korang takde kekuatan untuk menampung gegaran pada tahap 17 skala ritcher, kompem dinding rumah korang akan retak seribu sebab tak mampu nak menampung gelombang ketawa kitorang. Maka skarang korang boleh bayangkan macamana suasana hari raya ke, majlis2 ke atau apa saja event yang boleh menyebabkan pengumpulan saudara aku beramai2. Satu family je dah macam mewakili 30 kawasan kejiranan...kalo belas2?puluh2?tapi yang peliknya...nenek aku pendiam je...gelak pun skit....kadang2 gelak die tak berbunyi pun...aku rasa generasi beliau yang seterusnya telah mengalami mutasi yang sgt hebat...hik hik...

Yang penting aku sayang korang semua, walaupun kadang2 korang leh buatkan gegendang telinga and anak tekak aku hampir2 tersasar dari tmpat asal...

Hujan..
2-3 hari ni hujan...
Aku suka hujan
Tp lately ni, mendung sebelum and selepas hujan buat aku pun rasa mendung semacam juga.
Knapa ek? Sebab aku dalam fasa kecewa ke...?
(Orang kalo dah malas, ada je la alasan...kecewa la, apa la....dah kalo hujan pagi2 + time2 cuti ni macam ni...layan tido lagi best dari layan Avatar kat panggung...perghhhh!)

2 comments:

Masy said...

MJ?? maikel jeksen??

saaba said...

Mas Joko la, kak....