Cak! Kerinduan-rinduan aku pada blog ni. Aum2...
Menjadi seorang blogger memerlukan jati diri dan semangat yang tinggi. Selain sifat-sifat moral baik yang sangat dituntut oleh mereka yang sering teraniaya (motif?), seorang blogger itu juga harus bijak untuk mencari ruang masa yang sesuai dengan kehendak jiwa raga semasa hendak menghapdet blog beliau. Kejadian menghapdet juga memerlukan peralatan menaip dan screen yang berpatutan serta menarik mata untuk terus menatapnya pada jangka masa yang lama bagi menghasilkan cerita yang sensasi dan berkualiti tinggi.
Saya mendapati faktor-faktor di atas adalah agak sukar untuk diadaptasikan ke atas kehidupan saya buat masa ini. Pertamanya, teman baik saya si Cikebombom (laptop) telah lumpuh separuh badan. Haruslah dihantar ke tuan doktor pakarnya yang telah dilantik secara diam-diam tanpa pengetahuan doktor itu sendiri. Kak Ila, sila tunggu kedatangan kami. Ye, maafkan saya kerana jarang berjumpa akak..well, kawan yang baik ialah kawan yang muncul semasa dalam kesusahan. Ngeeee...
Keduanya, saya sedang berusaha menyibukkan diri untuk masa depan saya.. Owh Owh Owh. Ada cerita yang hendak dikongsikan bersama :) bukan sekarang ye, rakan2. Ada misi yang harus diselesaikan. Bakal berpindah ke Bangsar tidak lama lagi. Sila tingkatkan kesabaran anda :)
Muah, muah, muah!
*tengah merangka-rangka budget supaya boleh langsaikan PTPTN dengan berkesan. Hmmm..
1 comment:
muah muah muah kat abg je tau...
Post a Comment