Friday, December 10, 2010

Ilmu graf - Kaedah memerut II

AMARAN KERAS : Posting yang dibuat suka-suka ini hanya ada kena-mengena dengan penulis. Jika anda makan cili dan terasa pedasnya, sila minum air banyak-banyak untuk menghilangkan rasa itu. Minum air 8 gelas sehari adalah baik untuk kesihatan dan selalu makan pedas akan mengganggu sistem dalam perut untuk beroperasi dengan baik malah boleh kena apendiks (maklumat lanjut GOOGLE sendiri)


Sesetengah daripada kita mendapati peristiwa sakit perut adalah masa yang ditunggu-tunggu kerana ianya mendatangkan kepuasan kepada pemilik sakit itu daripada segi mental dan fizikal di mana beliau akan memperolehi kesihatan yang berpanjangan SEKIRANYA proses penyahtinjaan yang dijalani adalah lancar dan berkesan.

Dalam episod kali ini, kita akan menyentuh soal yang sama. Kelancaran memerut tapi dari segi masa yang diluangkan untuk membersihkan perut kita daripada anasir-anasir yang sudah tidak diperlukan oleh sistem badan.

Mengambil faktor-faktor sekitar, iaitu kadar kesihatan perut serta intisari rancangan menarik yang disiarkan di televisyen khasnya semasa hari raya, adalah didapati bahawa terdapat sekelompok manusia yang telah mensia-siakan masa termenung di bilik air daripada menonton program-program yang kadang-kadang kita boleh perolehi ilmu bermanfaat.

Sila kita perhatikan graf di bawah:

Jika kita lihat graf di atas dengan mata kasar, dapat kita simpulkan bahawa semakin kurang lancar penyahtinjaan berlaku, maka semakin lama masa yang diluangkan untuk proses tersebut di tandas.

Malah graf ini juga menunjukkan tanda pangkah yang mungkin membawa maksud sembelit adalah tidak baik untuk kesihatan.

Itu saja.

List hadiah perkahwinan...aku :)

Pagi tadi di office masa tengah berjalan lenggang kangkung ke meja, Cik Melur buat roadblock. Dia tanya, "Adrian, nanti kawin ko nak adiah apa? Dapur ke periuk nasi?"

Aku jawab, "Peti ais"

hehe..

Atas nasihat dan pengalaman Cik Melur sebagai tetamu majlis perkahwinan yang gemar memberikan hadiah kepada pengantin dan rakan-rakannya (ramai pulak la yang jemput ko datang kenduri diorang lepas ni), beliau menyarankan aku untuk membuat list hadiah perkahwinan yang diingini untuk mengelakkan daripada mendapat hadiah yang serupa.

Berguna juga untuk kita-kita yang nak pi kenduri orang lain tapi tak tau nak bagi apa. Kadang-kadang benda yang kita pikir remeh tu la yang pengantin tu perlu sangat. Macam pembaris ke, travel sewing kit ke, aerial tv (untuk yang malas guna astro) ke, tempat letak garam, gula, rempah ratus, spanar, screwdriver..

Maka...teng teng teng...ada hajat nak pilih mana-mana?sangat dialu-alukan :

1. Dapur
2. Periuk Nasi
3. Peti ais (bottom freezer)
4. Mesin basuh (front loader) 15 tahun gerenti + touch screen
5. Buku masakan telur
6. Buku masakan yang mudah, cepat, pantas dan tuntas
7. Blender - dah kena chop dengan Cik Melur and Enchek Bidasari
8. Kipas angin
9. Bed sheet
10. Comforter yang comfort
11. Lampu tidur
12. Toaster
13. Set cawan kopitiam
14. Voucher membeli-belah di JJ tanpa had. muahahahah!
15. Bantal besar yang empuk untuk lepak-lepak tengok tv
16. Karpet besar yang gebu untuk lepak-lepak tengok tv
17. Bekalan beras selama setahun
18. Bekalan minyak masak selama setahun
19. Bekalan gula selama setahun
20. Lampu ruang tamu IKEA yang bergaya
21. Set periuk kuali pinggan mangkuk Vision/Pyrex
22. Rak kasut yang bertutup
23. Set senduk sudip bagai
24. Dome tent untuk 6 orang

Sesetengah barang di atas dihasut oleh nafsu tamak haloba.

Hadiah paling besar dan berkenan di hati:

Datang dengan ikhlas serta doakan kesejahteraan kami dan seisi keluarga...
Kehadiran setiap tetamu bawa besar rahmat pada pengantin dan seisi rumah :)

Ok, kalo nak bagi sampul berisi RM2,3 rats pun slamber je aku amik.


Eh, aku dah nak kawen eh?

Thursday, December 9, 2010

Ilmu graf - Kaedah memerut 1

Selalunya bila kita sakit perut (dalam konteks ni, kita itu adalah aku), kita selalunya akan mengabaikan kesakitan itu mungkin kerana pada masa yang sama ada urusan penting yang harus diselesaikan.

Kadang-kadang, jarak antara tempat untuk melempiaskan kesakitan perut adalah sangat jauh dengan tempat kejadian berlaku. Dengan meletakkan faktor kerajinan dan tahap kesakitan yang dialami, graf ke jamban adalah ditafsirkan seperti berikut:


Ibarat sudah terang lagi bersuluh, dapatlah kita tafsirkan dengan terus-terangnya bahawa semakin kurang kesakitan, maka semakin malas la kita ke jamban.

Itu saja ilmu yang saya ingin sampaikan dengan ikhlas daripada hati yang luhur ini.

Tenkiu.

Hati...sejuk...sejuk...

saya sangat marah.

saya kontrol.

saya sangat marah.

saya kontrol lagi.

saya rasa sudah tidak boleh kontrol lagi.

kamu sangat buduh.

Monday, December 6, 2010

KPI 2010

Borang appraisal dah keluar..

Apa lagi aku nak komen?

I aaammm AWESOOOOOOME! (agak2 camni leh dapat naik gaji tak? houyeahhh!)