Friday, December 10, 2010

Ilmu graf - Kaedah memerut II

AMARAN KERAS : Posting yang dibuat suka-suka ini hanya ada kena-mengena dengan penulis. Jika anda makan cili dan terasa pedasnya, sila minum air banyak-banyak untuk menghilangkan rasa itu. Minum air 8 gelas sehari adalah baik untuk kesihatan dan selalu makan pedas akan mengganggu sistem dalam perut untuk beroperasi dengan baik malah boleh kena apendiks (maklumat lanjut GOOGLE sendiri)


Sesetengah daripada kita mendapati peristiwa sakit perut adalah masa yang ditunggu-tunggu kerana ianya mendatangkan kepuasan kepada pemilik sakit itu daripada segi mental dan fizikal di mana beliau akan memperolehi kesihatan yang berpanjangan SEKIRANYA proses penyahtinjaan yang dijalani adalah lancar dan berkesan.

Dalam episod kali ini, kita akan menyentuh soal yang sama. Kelancaran memerut tapi dari segi masa yang diluangkan untuk membersihkan perut kita daripada anasir-anasir yang sudah tidak diperlukan oleh sistem badan.

Mengambil faktor-faktor sekitar, iaitu kadar kesihatan perut serta intisari rancangan menarik yang disiarkan di televisyen khasnya semasa hari raya, adalah didapati bahawa terdapat sekelompok manusia yang telah mensia-siakan masa termenung di bilik air daripada menonton program-program yang kadang-kadang kita boleh perolehi ilmu bermanfaat.

Sila kita perhatikan graf di bawah:

Jika kita lihat graf di atas dengan mata kasar, dapat kita simpulkan bahawa semakin kurang lancar penyahtinjaan berlaku, maka semakin lama masa yang diluangkan untuk proses tersebut di tandas.

Malah graf ini juga menunjukkan tanda pangkah yang mungkin membawa maksud sembelit adalah tidak baik untuk kesihatan.

Itu saja.

No comments: