Tuesday, March 27, 2012

Pulau Mahal

Hari ke-24 di Pulau Wilayah Persekutuan..
No comment..gitew!
Banyak comment ni...comment, complain...lebih kurang je bunyinya.
Makan mahal. (Amik kau...first-first je mesti bab makan kan) Tapi kalau pandai cari market yang jual bahan mentah murah, masak aja..laaagi aum! Aku suka pi Emporium Labuan kat Jalan Patau-Patau tu. Harga ok, tak ramai orang, parking senang, aircond lagik. Seafood pun murah.. Haruslah murah kan kalau dok kat pulau ni...ketam sekilo baru RM27. Gasaklah kau nak habiskan ketam-ketam tu sampai sengkak perut. Kalau rajin nanti korang pi la Anjung Ketam ke, Medan Ikan Bakar yang dekat Taman Burung tu ke.
Sewa umah mahal...itupun kalau kau tengok rumah banglo ke, semi-D yang boleh parking 5-6 bijik keta sekaligus ke, dekat dengan bandar ke. Tapi masa aku survey rumah sewa weekend lepas, ada rumah di kawasan kampung (Tanjung Aru) harga sekitar RM500 -RM600. Rumah yang dah kena sumpah jadi batu tau..bukan rumah papan lagi. Siap laman untuk bercucuk tanam. Ada air-cond lagi, bah.. Jiran-jiran pun best, sempoi. Salah satu tips nak cari umah sewa kat sini, rajin-rajin mulut tanya makcik/ pakcik kedai runcit/ kedai makan. Diorang memang pemberi maklumat terbaeeekkk...aku dah dapat satu umah. Nanti la cita. Hari ni cerita pasal komplen je.
Barang letrik mahal. Sebab tu aku beli lesung batu. Hehe. Menjadikan makanan yang aku masak lebih sedap dan En. Suami tak pernah tak tambah nasi. Aku ingat nak angkut blender kat Kolumpo tu bawak sini...tapi kalo dah macam ni gayanya, tak payahlah ;)
Cili mahal. Mula-mula tu bab ni memang tak boleh blah.. membebel-bebel juga sekejap. Tapi kan, pedas sebiji cili api dia tu boleh buat telinga aku pekak sekejap. Aku pun makan sikit-sikit je. Maka stok yang mahal tu bertahan macam stok yang murah dan tak pedas.
Tapi kan...
Dalam pada mahal tu, orang-orang di sini tidak lokek senyumannya (amik kau tatabahasa).
Peramah, ambil berat. Tak terasa tension sangat kat sini.
Eh..ada lagi yang mahal.
Bil telefon. Pasal aku selalu call mak dengan ayah aku. Ala...aku rasa lain macam ni. Sakit rumah ke?

Friday, March 9, 2012

Wilayah Persekutuan.....

Labuan.

Semalam. Hari ke-5.

Baru 5 hari ye, kawan-kawan...saya dan Enchek Suami ditransfer ke sini. Saya sudah kena migrain dari malam sebelumnya.
Sakitnya berdenyut-denyut tapi tahan sajalah. Nak cuti nanti kena cop mengada-ngada pulak budak Ampang ni.. Imej kena jaga. Ngeh ngeh ngeh.

Ntah pasal fikirkan macam mana nak start semula hidup kat pulau ni ke,
pasal takut umah kuarters besar sangat sampaikan setiap kali nak turun ke dapur kena berteman ke,
pasal kena cari rumah dan transport sendiri bulan depan ke,
pasal transport takde sampai nak pi shopping tak boleh ke,
pasal office kabin ni panas macam tengah bersauna walaupun ada aircond klasik ni ke..

Banyak pula pasalnya ni.

Nak kata home sick, gedik sangat pula. Enchek Suami ada kat sini pun nak sick-sick lagi.

Hari ini. Hari ke-6.

Semuanya baik-baik belaka. Berkat hari Jumaat agaknya.
Lagipun esok cuti dan Enchek Suami dah cakap nak bawa jalan-jalan pergi beli kasut.

Naik bot lagi tau..romantisss.. AUM!
Muahahahahaha!