Friday, March 9, 2012

Wilayah Persekutuan.....

Labuan.

Semalam. Hari ke-5.

Baru 5 hari ye, kawan-kawan...saya dan Enchek Suami ditransfer ke sini. Saya sudah kena migrain dari malam sebelumnya.
Sakitnya berdenyut-denyut tapi tahan sajalah. Nak cuti nanti kena cop mengada-ngada pulak budak Ampang ni.. Imej kena jaga. Ngeh ngeh ngeh.

Ntah pasal fikirkan macam mana nak start semula hidup kat pulau ni ke,
pasal takut umah kuarters besar sangat sampaikan setiap kali nak turun ke dapur kena berteman ke,
pasal kena cari rumah dan transport sendiri bulan depan ke,
pasal transport takde sampai nak pi shopping tak boleh ke,
pasal office kabin ni panas macam tengah bersauna walaupun ada aircond klasik ni ke..

Banyak pula pasalnya ni.

Nak kata home sick, gedik sangat pula. Enchek Suami ada kat sini pun nak sick-sick lagi.

Hari ini. Hari ke-6.

Semuanya baik-baik belaka. Berkat hari Jumaat agaknya.
Lagipun esok cuti dan Enchek Suami dah cakap nak bawa jalan-jalan pergi beli kasut.

Naik bot lagi tau..romantisss.. AUM!
Muahahahahaha!

4 comments:

ankeljonni said...

wah!! pulau?
apalagi... mandi laut ngan memancing ler... best tu...
huhuhuhu

saaba said...

tak kosa la nak mancing, uncle J.
sekarang ni tengah sibuk buat panggilan pulau ke semenanjung..

"Ayo, ayo, ayo...ayo kazambo..."

Masy said...

pulau mana???

saaba said...

Pulau Wilayah Persekutuan, Kak Masy.. Ngeee :P