Friday, October 12, 2012

Pengulas memulas.

Tadi macam banyak sangat benda aku nak pung-pang-pung-pang dalam ni. Alih-alih aku boleh termenung sekejap. Termenung kosong je la. Termenung memikiorkan apa la yang aku beria sangat nak taip tadi. Lupa dah. Aduyai.

Aku tengok dalam simpanan aku ada banyak juga draft yang tak dipublish lagi. Yang cuti-cuti pi Tioman tahun 2010 pun ada. Ni kes tunggu nak upload gambar la ni.. Haha. Tengok la bila rajin. Haha! (Entah apa la yang kelakar sangat).

Hah..aku ingat dah..aku nak bagitau..aku ni pernah pasang cita-cita nak jadi pengulas buku. Boleh?

Boleh kan? Dapat baca buku free kan?

Nak dengan tak nak je.

Jauh disudut hati ni aku tau aku akan jadi pengulas buku yang bagus tapi sangat kejam.

Jadi cita-cita tu dah jadi angan-angan je.

Ye, alasan. Aku tau.

Oklah. Perut aku tadi bunyik-bunyik je. Sekarang dah pedih pula. Memulas kelaparan tahap gaban. Gudbai.

*Orang lapar menaip..merapu lebih je selagi tak dapat makanan.

Tuesday, October 9, 2012

Mengakui kebosanan itu membosankan

Bosan ni selalu terjadi pada aku bila aku sedang bermain dengan perasaan.

Humangaih. Kena betul cuaca sejuk pagi ni dengan ayat puitis di atas.

Tapi biasanya time-time macam ni lah,

Kerja

Aku yang Rajin: Aku nak siapkan kerja ni semua hari ni. Esok takde la kelam kabut dunia kejar dateline. Aku kena lebih kompeten demi masa depan gemilang. Secara tak langsung, aku akan lebih konfiden untuk minta naik gaji.
Aku yang Malas: Kerja ni sampai bila-bila pun takkan siap. Asal buka mata je, kerja. Esok pun boleh, banyak masa lagi. Nanti bila dah start bizi langsung takde masa nak rilek. Pi bancuh kopi dulu la.

Aku: Arghhh..mana satu ni...bosanlah!

Masak

Aku yang Rajin: Hari ni aku nak masak Ayam Vogue the Vas. Lagipun En. Suami suka makan kat rumah. Balik kerja terus kuarkan ayam daripada peti ais, tanak nasi, rebus cili kering, kupas bawang2an, halia, lengkuas, basuh tu basuh ni..Mithalinye aku.
Aku yang Malas: Petang ni makan kat luar je la. Nak masak kang kena tunggu ayam hilang kebekuan la, tanak nasi la, rebus cili kering la, kupas bawang2an, halia, lengkuas, basuh tu basuh ni..leceh. Aku dah lapar ni. Malam kang agak lapar lagi, masak meggi je. Hilang mithali aku.

Aku: Arghhh..mana satu ni...bosanlah!

Kemas rumah

Aku yang Rajin: Aku ingat nak kemas rumah la. Lantai dah berpasir. Perabot dah berhabuk. Baju bertimbun tak basuh lagi. Lantai dapur pun dah melekit. Tak boleh, tak boleh. Ini gaya hidup tak sihat. Kesian En. Suami dapat isteri tak berapa nak mithali.
Aku yang Malas: Banyak pulak benda nak buat. Siang tadi dah penat kerja. Esok je lah ek? Esok kan cuti. Tapi esok lepas masak dengan setelkan baju-baju, penat pulak nak ngemas rumah. Ingat nak rehat lama sikit. Cuti katanya. Kesian En. Suami dapat isteri tak berapa nak mithali.

Aku: Arghhh..mana satu ni...bosanlah!

Shopping

Aku yang Rajin: Yeay, sat lagi nak pi shopping. Banyak benda nak beli ni. Yeay, yeay, yeay!
Aku yang Malas: Panaslah. Keluar rumah pada hari tak panas boleh tak? / Dah malam ni. Kejap lagi kedai dah nak tutup, dah terkejar-kejar beli barang. Tak siok lah.

Aku: Arghhh..mana satu ni...bosanlah!

Bercuti

Aku yang Rajin: Hujung minggu nak ajak En. Suami jalan-jalan ke Kundasang la. Sementara berdua je ni, baik honeymoon selalu. Menguatkan ukhwah suami isteri katanya...Ngeee!
Aku yang Malas: Nak ajak En. Suami berjalan hujung minggu tapi mesti ramai orang. Lemaslah. Tak lari Gunung Kinabalu dikejar. Lain kali pun boleh pergi. Duk rumah pun boleh menguatkan ukhwah suami isteri, kan? Ngeeeeeeee!

Aku: Arghhh..mana satu ni...bosanlah! Eh, takdelah bosan sangat. Hari minggu kan ada cerita hindustan. Muahahahahahahh!

Dan listnya berterusan..

Begitulah gejolak perasaan yang boleh mendatangkan kebosanan pada diriku, insan yang lemah.

Muahahahahaha!

Friday, October 5, 2012

Menguap sampai lupa tutup mulut tak baik taw.

Tiba-tiba datang mood nak buat Spaghetti Alfredo (click untuk resipi) petang ni.

Smoga berjaya.

Hahahaha!

Hari ni dah dekat 10 kali (sebenarnya lebih, tapi nak cover line kan..) aku menguap.

Dia punya mengantuk tu...huuuuuumangaih..kenot stand.

Kesimpulannya, orang ngantuk..kita sorong je bantal.

Kalau suh buat kerja tengah mamai-mamai ni memang melingkup je la jawapnya.

Ok, bai.


Wednesday, October 3, 2012

Kalau lapar, makan.

Aku suka makan.

Aku sangat beruntung kerana mendapat suami yang sangat pandai masak.

Aku tak pandai masak tapi apa yang aku masak masih boleh dimakan. En. Suami kata masakan aku sedap jadi kita kena percaya kata-kata beliau. Ngeee :p

Semua orang suka makan.

Kerana jika kita tidak makan, kita boleh mati kelaparan.

Melainkan orang itu sangat terer atau alah terhadap makanan. Semoga mereka tabah menjalani kehidupan.

Aku nak hapdet pasal jemputan makan oleh department sebelah ni. Tapi disebabkan aku tak boleh access share folder mereka untuk ambik gambar makanan yang sedap hari tu, jadi aku pendamkan niat aku yang luhur ni jauh di sudut hati.

Tiba-tiba aku teringatkan Nasi Lemak Det kat Taman Seraya, Ampang. Tahun lepas aku tengok dah ada cawangan kat Dagang Avenue. (eh..ke?)

Tapi yang kat Taman Seraya tu tetap champion walaupun tepi jalan, tempat selalu penuh dan gelap sikit. Sebab dekat dengan rumah aku dan ada suasana ala-ala kedai kopi. Baru siok.

Lagipun dah biasa dengan kedai lama, feel dia lain sikit. Macam ada sentimental value. Cewah! Adrian poyo.

Nanti balik sekali ni aku tengok ada lagi ke tak.

Nasi Lemak Ayam Det + nasi dan sambal lebih, milo ais dengan burger kambing. Omaigod, kenot sten!