Aku suka makan.
Aku sangat beruntung kerana mendapat suami yang sangat pandai masak.
Aku tak pandai masak tapi apa yang aku masak masih boleh dimakan. En. Suami kata masakan aku sedap jadi kita kena percaya kata-kata beliau. Ngeee :p
Semua orang suka makan.
Kerana jika kita tidak makan, kita boleh mati kelaparan.
Melainkan orang itu sangat terer atau alah terhadap makanan. Semoga mereka tabah menjalani kehidupan.
Aku nak hapdet pasal jemputan makan oleh department sebelah ni. Tapi disebabkan aku tak boleh access share folder mereka untuk ambik gambar makanan yang sedap hari tu, jadi aku pendamkan niat aku yang luhur ni jauh di sudut hati.
Tiba-tiba aku teringatkan Nasi Lemak Det kat Taman Seraya, Ampang. Tahun lepas aku tengok dah ada cawangan kat Dagang Avenue. (eh..ke?)
Tapi yang kat Taman Seraya tu tetap champion walaupun tepi jalan, tempat selalu penuh dan gelap sikit. Sebab dekat dengan rumah aku dan ada suasana ala-ala kedai kopi. Baru siok.
Lagipun dah biasa dengan kedai lama, feel dia lain sikit. Macam ada sentimental value. Cewah! Adrian poyo.
Nanti balik sekali ni aku tengok ada lagi ke tak.
Nasi Lemak Ayam Det + nasi dan sambal lebih, milo ais dengan burger kambing. Omaigod, kenot sten!
No comments:
Post a Comment