Thursday, September 27, 2012

Kuah Kacang ke Beras Jalil Hamid ni?

Aku selalu tersasul Beras Jalaludin Hassan dengan Beras Jalil Hamid.

Agaknya sebab dua-dua JH, dan Jalil Hamid lagi senang sebut.

Tiba-tiba cerita pasal beras pulak.

Sebenarnya nak taip resipi kuah kacang. Untuk rujukan masa depan aku. Kalau tak sebelum ni, setiap kali nak buat kuah kacang je kena call Babah dulu. Hahaha. Ye, ini resipi ayah saya yang ensem.

Terus ke cara membuat. Bahan-bahan boleh tengok dalam cara membuat ni. Macam puzzle la (tapi aku highlight). Cewah!

Pengukur : 1 cawan/mug yang elegan. Omak'ai.

Part 1
1. Rebus cili kering (anggaran 3/4 cawan) sampai lembut. Cuci lagi dengan air paip supaya tak pedas sangat sampai kuar api dalam mulut nanti.
2. Goreng kacang tanah (1 cawan) jangan sampai hangus. Toskan minyak dan biarkan sejuk. Tak perlu masukkan dalam peti ais.

Part 2
3. Kupas bawang merah 4 biji & bawang putih 1 ulas. Nak letak 8, 10, 30 biji pun boleh. Tapi redha je la dengan rasanya.
4. Petik 5-7 biji cili api.
5. Campak dalam blender bersama cili kering yang sudah dicuci tadi dan sedikit air. Reti guna blender tak? Haha.

Part 3
6. Panaskan minyak goreng kacang tadi. Ke dah buang? Ayo..tak tau...tak tau.. Minyak baru pun takpe.
7. Tumis Part 2 dengan gembiranya sampai naik minyak. Sambalnye, bukan tukang masak ye.
8. Campak belacan yang dah dibakar (anggaran besar 50sen lama), gula suka hati, garam suka hati.
9. Sambil tu pergi blend kacang yang dah sejuk tadi bersama satu cawan air asam jawa. Sebab bila aku letak separuh, blender tak nak jalan. Hahahaha!

Part 4
10. Aku suka masak sambal tadi tu sampai jadi merah darah (bagi feel Twilight sikit) baru aku masukkan kacang blend tadi.
11. Gaul sebati.
12. Pecah-pecahkan gula merah (3/4 cawan) dan campak dalam kuali. Gaul-gaul.
13. Ketuk sebatang dua serai dan seinci halia. Campak juga dalam kuali.

Part 5
14. Sementara tunggu kuah kacang tu naik minyak dan masak (dengan api kecil), sila minta suami anda belikan roti Gardenia sebab lupa nak rebus nasi impit.

Part 6
15. Makan.

Ok, Adrian. Selesai satu masalah bumi kau.

No comments: