Rasanya dah lama sangat aku tak bergaul dengan masyarakat sekeliling sampai nak berkomunikasi pun aku kena pikirkan ayat yang sesuai. Selalunya bila jumpa orang baru, aku terkedu. Jadi untuk mengelakkan diri sendiri nampak sengal, aku diam dan senyum je.
Aku bukan aku lagi. Euw, gelinya ayat.
Kadang-kadang aku rasa orang tak faham pun apa aku cakap. Tapi nak buat macamana, aku sendiri pun tak paham. Hahaha!
Kadang-kadang aku rasa orang tengok aku ni macam berlagak, sombong dan kurang cerdik. Hello..aku ada degree tau. Pergh..ayat sangat berlagak, sombong dan kurang cerdik. Hahahah! Sebenarnya aku sedang mengehadkan diri aku daripada berkata sesuatu yang kurang cerdik tapi lagi menjadi-jadi pulak kekurangan aku tu. Haish... Kadang-kadang sedih juga bila orang cakap sesuatu yang menyerlahkan kebodohan aku. Tapi redha je la. Baik kurang cerdik daripada kurang ajar kan? (hah...kan aku dah kecik hati. Hahahaha!)
Untung aku ni, alhamdulillah aku dikurniakan (apa ek perkataan sesuai?) En. Suami yang penyabar. Sangat memahami. Walaupun bukan isi kandungan yang aku nak sampaikan tapi sekurang-kurangnya dia faham kelakuan aku. Oh..aku sangat cintakan dia (sila berdarah hidung).
Tu je. Aku nak bagitau En. Suami, aku cintakan dia. Maklumlah, orang bercinta lepas berkahwin ni feeling dia lain macam sikit. Sila tabah ye...
Selamat Hari Suami, abang cayang mucuk-mucuk!
*mana datang hari suami plak ni...
No comments:
Post a Comment