Monday, March 3, 2014

Pergi Ipoh ada kenduri kawen.

Awok dengan En. Suami pergi ke Peghok (Perak) semalam.

Ada kenduri kawen. Tahniah pada pengantin dan pasangan.

Kami bermalam di MH Ipoh. Selesa. Tapi bau karpet lama.

Lepas kenduri, langsung berjalan.

Guna "Fun map of Perak" yang dipau dari kaunter hotel

Sedap juga Mee Udang Galah kat simpang Tanjung Tualang tu.

Harga satu pinggan ikut saiz udang. Kami dapat yang sepinggan RM15 sebab saiz udang untuk harga tu saja yang ada pada hari kejadian.

Sedap.

Tapi tak habis satu udang.

Melompat udang galah tu ke pinggan En. Suami.

Lepas ni kami berangan nak ke Pulau Pangkor pula.

Boleh snorkeling pakai kaki itik oren macam orang dalam peta kat bawah ni. 


Kecebur...kecebur..

Tuesday, December 3, 2013

Kerja

Bagaimana kita berharap pertolongan kerja yang terbaik dari rakan sekerja kita, begitulah respon yang client mahu untuk sebarang pemintaan mereka.

Jadi mari bekerja bersungguh-sungguh dan buat sehabis baik walaupun orang lihat kerja kita setakat iklan sampingan. Sekurang-kurangnya pekerjaan kita itu setimpal dengan gaji yang diterima.

Belajar untuk ikhlas.

Monday, November 25, 2013

Semoga tabah.

Baru belajar blogging guna mobile. Semoga tabah mengupdate.
Cao.

Wednesday, April 24, 2013

Gitu pun boleh?

Kalau dah lama tak update, sekali nak buat tu mesti kena taip panjang-panjang kan?

Mungkin tidak kali ini.

Update sekadar nak menampakkan blog ini masih aktif.

Gitu....

Thursday, January 3, 2013

Mari Lah Meniaga...

MLM...

Kisahnya aku ni nak kurus. Takdelah nak kurus. Setakat nak dapat berat dan bentuk badan ideal.

Niat dengan teori tu dah ada tapi bila sampai bab praktikal terus hilang dalam pawana yang menerpa. Benda-benda macam ni perlukan pemangkin.

Pada satu hari (macam cerita Sang Kancil kan?), aku pergi umah member aku. Dia guna korset DX  Elken apa entah namanya yang membentuk badan supaya nampak lebih bergaya di hadapan suami. Nampak juga kesannya sebab dia pun gunakan DX tu ikut cara yang betul. Aku berminat dan melanggan. Secara tak langsung aku jadi ahli untuk mendapatkan diskaun dan komisen (walaupun aku yang beli, aku tetap dapat komisen).

Selang beberapa hari, abang aku pula datang rumah dengan imej yang berbeza. Aku dah lama tak jumpa abang aku ni. Last aku jumpa sebulan sebelum tu, badan dia berisi. Stok berisi bapa-bapa ni. Tapi hari tu dia datang rumah dengan muka konfiden dan berseri. Bentuk badan dia dah serupa time dia umur 20an dulu. Dan of koz la berat dia pun berkurang kan? Aku tanya apa rahsia dia. Dia kata dia makan produk Herbalife dan masuk program Weight Loss Challenge (WLC). Dengan aturan pemakanan produk yang betul, dia berjaya kurangkan berat badan sehingga 15kg. Ok, ayat ni sangat IKLAN

Sebenarnya dia ada la eksesais juga. Nak menang RM1000 tempat pertama kena la usaha sikit. Ye, dia dapat tempat pertama.

*Bulan yang selepas tu, orang yang dapat tempat pertama hanya kurang 5kg je daripada berat asal. Cis.

Aku berminat dan aku minta En. Suami masuk WLC tu. Sekarang dah nampak perubahan sikit kat En. Suami. Dia pun dah kurang letih. Lemak-lemak dalam badan tu dah berkurang kot. Mana taknya..asik 'membuang' je.

En. Suami pun dah jadi ahli Herbalife. Motif sama dengan aku. Untuk dapat diskaun dan komisen. Hehehehe...

Sekarang aku dengan En.Suami ada lah promote sikit barang-barang ni. Tapi takde la serius sangat. Kitorang promote pada yang berminat. Risau juga kalau member-member beli sebab terpaksa, nanti guna produk endah tak endah je. Bila jadi macam tu, kesan kebaikan daripada produk tu tak nampak. Rugi. Dah la mahal. Aku pun pelanggan juga jadi aku tau apa perasaan pelanggan aku nanti. Cewah! Feeling orang bisnes.

Takpelah untung sikit daripada tak untung langsung kan?

Aku minta-minta upline kitorang tak marah la pasal kitorang jual ikut suka kitorang je. Kalau barang tu tak perlu, kitorang bagitau member-member kitorang jangan beli. Selalu kan diorang suka jual pakej. Memang la  diorang kata lagi save kalau beli pakej. Tapi dalam nak save-save tu pun kena tambah 2-3ratus juga. Senak perut.

Seronok juga melibatkan diri dalam benda-benda MLM menguruskan badan ni. Kalau kita nak buat atas kerelaan sendiri entah bila la kan? Lagi-lagi orang macam aku ni. Tapi bila beli benda-benda ni, otomatik kitorang rasa bersemangat nak turunkan berat badan. Yelah, ko dah beli beratus-ratus, lepas tu tak buat betul-betul...rugi aarrr...

Itu saja karangan Mari Lah Meniaga aku hari ini. Saja nak bagi blog ni update skit. Ngeee...

Hah, takleh kopipes tau ayat-ayat dalam post ni untuk marketkan produk korang. Aku tau aku ada ayat-ayat best kat atas tu. No No No. Sebab ayat-ayat ni daripada dalam hati aku. Kalau korang nak buat ayat best, buat daripada hati sendiri. Barulah orang terpikat dan rasa nak melanggan. Ceeeewah! Perasan betul aku ni.

Oh ye, selamat tahun baru. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Amik yang jernih, yang keruh bagi bersih :)

Wednesday, November 28, 2012

Demi masa katanya.

Vah vah vaaah..

Sejak balik Kolumpo, aku langsung tak nak adakan masa untuk update blog ni. Tapi memang disengajakan pun. Ngeh ngeh ngeh.

Bukan untuk blog je..untuk benda-benda lain juga. Sebab aku nak tebus balik masa bersama keluarga. Sembang isu semasa, sembang benda ngarut-ngarut. Hahaha! Adrian poyo.

Kadang-kadang rindu juga suasana kat Labuan. Kehidupan kat sana rilek je. Kalau balik kerja tak payah kejar masa nak lari daripada jem ibukota..cewah. Kalau nak beli barang dapur boleh singgah pasaraya on the way balik rumah. Kat supermarket tu dah packing ayam, ikan, ketam, daging cantik-cantik dalam polisterin. Seafood murah. Malam-malam kalau rasa nak pi ngeteh, start enjin, tak sampai 10 minit dah start minum neskepe tarik kat kedai. Kalau tiba-tiba mengidam cokelat....berlambaaaaak kedai boleh cari. Murah pulak tu. 

Kat sana rasa member macam ramai. Padahal kat Kolumpo lagi ramai. Mana taknya. Kalau kat Labuan, mana-mana pergi mesti jumpa muka yang kita kenal. Pergi supermarket, eh..member. Pergi pasar, eh..member. Pergi kedai makan, eh..member. Berhenti kat traffic light pun, eh..member.

Tapi walau-macam-mana meriah sekalipun kehidupan kat Labuan sana, aku bersyukur sangat dapat balik sini. Dekat dengan family dan anak-anak buah aku. Sihat depan mata, sakit depan mata.

Takdelah nak salahkan Labuan 'tak best' lagi padahal sebenarnya marah kena pindah jauh-jauh daripada family kan?

Lagipun save budget beli tiket flight pergi-balik, sewa rumah, sewa kenderaan dan ole-ole untuk semua orang setiap kali balik dari Labuan. Muahahahaha!

Jadi untuk sahabat-sahabat kesayanganku di sebarang dan di sini, kalau rasa-rasa aku tak jawab kol korang, aku jarang balas mesej..aku minta maaf banyak-banyak. Bagilah aku masa untuk melepaskan rindu dengan family aku. Agak-agak dah penat nanti, aku contact korang balik. Hahahahah! Adrian nakal. Wek!
(Orang kata...orang kata la...kalau kita buat sesuatu yang boleh menenangkan kita, dalam kes aku ni bergelak ketawa bersama keluarga la kan, senang nak mengandung. Kalau nak mengandung kan tak boleh stress-stress... Aik... Hahahahaha)

Betul la hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. Tapi ini bukan batu sembarangan. Kat Semenanjung ada banyak batu kapur tau. Ko ingat murah batu kapur buat lantai tu?

Thursday, November 8, 2012

Kadang-kadang nak juga melimpah ruahkan perasaan.

Rasanya dah lama sangat aku tak bergaul dengan masyarakat sekeliling sampai nak berkomunikasi pun aku kena pikirkan ayat yang sesuai. Selalunya bila jumpa orang baru, aku terkedu. Jadi untuk mengelakkan diri sendiri nampak sengal, aku diam dan senyum je.
 
Aku bukan aku lagi. Euw, gelinya ayat.
 
Kadang-kadang aku rasa orang tak faham pun apa aku cakap. Tapi nak buat macamana, aku sendiri pun tak paham. Hahaha!
 
Kadang-kadang aku rasa orang tengok aku ni macam berlagak, sombong dan kurang cerdik. Hello..aku ada degree tau. Pergh..ayat sangat berlagak, sombong dan kurang cerdik. Hahahah! Sebenarnya aku sedang mengehadkan diri aku daripada berkata sesuatu yang kurang cerdik tapi lagi menjadi-jadi pulak kekurangan aku tu. Haish... Kadang-kadang sedih juga bila orang cakap sesuatu yang menyerlahkan kebodohan aku. Tapi redha je la. Baik kurang cerdik daripada kurang ajar kan? (hah...kan aku dah kecik hati. Hahahaha!)
 
Untung aku ni, alhamdulillah aku dikurniakan (apa ek perkataan sesuai?) En. Suami yang penyabar. Sangat memahami. Walaupun bukan isi kandungan yang aku nak sampaikan tapi sekurang-kurangnya dia faham kelakuan aku. Oh..aku sangat cintakan dia (sila berdarah hidung).
 
Tu je. Aku nak bagitau En. Suami, aku cintakan dia. Maklumlah, orang bercinta lepas berkahwin ni feeling dia lain macam sikit. Sila tabah ye...
 
Selamat Hari Suami, abang cayang mucuk-mucuk!
 
*mana datang hari suami plak ni...