Saturday, May 29, 2010

Sifat ke-Makcik-an ku terserlah...

Hari ni betul-betul terasa seperti makcik muda yang sebenar bila mampu mendodoikan anak-anak buah, ADB & MAH, dengan jayanya.

Kalo macam ni, gimana la gayanya aku nak balik umah sewa...mesti aku rindu-rinduan pada bau bayi-bayi ini...

auw!

Sungguh penat...sungguh-sungguh penat menjaga bayi.
Aku merasakan kepenatan itu padahal baru suku hari berhempas-pulas (itupun ala-ala je).
Pinggang sakit, bahu macam nak terkehel.

Jadi rerakan, sila hargai mak ayah anda termasuk nenek dan datuk yang terlibat sama secara langsung dalam proses membesarkan dan memelihara anda sejak dari dalam peruuuut...
Jangan lupa pada makcik pakcik anda juga ye ;)

Saya sayang mama dan babah saya.

Saya sayang nenek-nenek dan datuk-datuk saya.

Saya sayang ehem-ehem saya juga...hiks

Muah, muah, muah!

*Pakai syampu baby Pureen semalam. Wangi dan segarnya sampai ke hari ni..selamat tinggal Sunsilk. Saya sudah berjumpa teman baru.. muahahahahah!

Wednesday, May 26, 2010

Seni itu indah...

...lagi-lagi bila ditambah dengan kasih sayang..ahaks!

Artist : Cik Abang Bunga Tulip Purple

Ini lukisan abang Ramli Sarip sempena Konsert Amal Tafsiran Budiman. Aku suka dengan teknik yang dia gunakan dalam lukisan ni...main-main berus macam tu pun boleh jadi.



Gambar ni masa aku tengah bersenang-lenang atas bot.
Hilang mabuk laut bila buat mulut macam ni...
Aku suka part-part lipatan kat baju/tudung dan part kena cahaya tu. Kulit gelap sikit..logik la pasal aku berjemur masa tu. Ngeh ngeh ngeh.



Gambar ni masa aku kat kenduri kakak dan adik perempuan aku.
Gediks...
1st dapat gambar ni aku terpikat dengan backgroundnya...smart dia buat gambar dedaunan tu. Sangat kena dengan citarasa aku. Ohh...
Sila beri perhatian pada tajuk di bahagian kanan gambar..ohhh...

Ini....gambar pertama yang dibuat oleh 'cik abang Bunga Tulip Purple' menggunakan Sakura Koi Water Color dan dihadiahkan pada aku. Lepas tu baru aku dapat yang atas-atas ni. Gambar-gambar ni dia main kaler terus. Bestnya. Dengki pun ada sebab kalo aku yang buat, kena sketch dengan pensil dulu. Kalo sapa-sapa rasa nak tengok lagi hasil kerja tangannya, sila la ke sini.


Ohhhh.....seni itu memang indah...seindah kasih sayang kita kan, bang..
AUW!

*Komen-komen anda diharapkan untuk membaiki mutu dan keunggulan pada masa akan datang..ataupun boleh terus ke blog cik abang Bunga Tulip Purple...mekacih :)

Thursday, May 20, 2010

Kembangnyer hati (ke hidung?) seorang perawan ;)

Pagi ni opis lengang sikit.
Hurmmm..suasana camni baru syok nak buat kerja.

Aku mula cari pose selesa atas kerusi untuk memelihara mood yang baik sebab hari ni aku kena menghadap monitor lama-lama..dateline esok nak kena kejar.
Ok, dah jumpa.

Gantung headfon kat tengkuk. Kalau sarung kat telinga nanti, takut tak dengar bila boss panggil. Lagu pertama dipasang pagi ni - Kembang Perawan daripada Gita Gutawa. Oh..mood bertambah baik. Hati bunga-bunga terasakan akulah si perawan yang mulai jatuh cinta (semula) tu ;p
Rindu plak kat 'cik abang Tulip Purple'. Pagi ni tak nampak dia lagi.

Tak semena-mena bagaikan menyahut seruan hati, dia muncul kat sebelah meja aku. Dan dengan lembut dia menyanyi...

"Hey si gadis yang manis.." (Lagu Gadis Ayu - Black Dog Bone). Aku terkejut.

Dia senyum. Comelnya.

Aku sengih-sengih kerang busuk.

Dia senyum lagi. Comelnya.

Lepas tu dia pergi. Aku masih dengan sengih kerang busuk.

Cik Melur kat meja depan ni dah start menyampah kat aku. Haha.


Aduhhhhh....bunga-bunga tulip purple makin segar menguntum niiiii....
Terasa seolah-olah berada di puncak Gunung Kinabalu..


Tuesday, May 11, 2010

Di-tag oleh Kak Masy..huhu..

Baru balik dari Sabah...oh, penat sekali tapi sangat-sangat-sangat gumbira dan senang hati. Bukan dengan apa yang ada di sana, tapi apa yang di sini. Nantilah cerita, hati masih bunga-bunga sampai tak boleh susun ayat. Hanya mau ketawa-sengih-senyum sendiri-ketawa lagi. Hiks :p
Dapat pesanan penaja dari Kak Masy supaya ke blog kotakhujan.blogspot.com, aku di-tag dengan cara yang sungguh halus..ahaks..suka suka suka..

Akibatnya, terpaksalah berusaha keras memikirkan 10 perkara yang mengembirakan aku, diulangi 10 saja padahal aku ada lebih dari tu...

Kak Masy, hamik ni..

1. Bila Mama & Babah senang hati. Masa ni aku boleh minta macam-macam..sure dapat. Ngeh..ngeh..ngeh..

2. Bila Remy (anak buah) sengih-sengih tengok aku.

3. Bila Yang-Chuk panggil nama aku kuat-kuat dari jauh.

4. Bila dapat menatap lukisan/sketch yang kena dengan mata (terutamanya daripada cik abang yang simpan Tulip Purple aku tu..eheh).

5. Bila dapat siapkan 1 lukisan.

6. Bila dapat habiskan 1 buku yang best.

7. Bila dapat sms or call daripada cik abang yang simpan Tulip Purple aku tu.

8. Bila nampak cik abang yang simpan Tulip Purple aku tu kat opis.

9. Bila dapat buat korang jeles (baca:nyampah) sebab aku asyik sebut 'cik abang yang simpan Tulip Purple aku tu' kat dalam list ni..hahahahaha!

10. Bila kena tag dengan Kak Masy melalui cara yang sungguh unik. Buat aku gelak besar sorang-sorang. Kreatip taw.

Baca-baca ni, ingat korang boleh terlepas? Meh lah hempas-pulas bersama...la la la:

1. ZackNsem
2. Kencana Kasturi (Mapen)
3. PecINTa wANita (Syukri)
4. shin chi
6. Cik Reen
7. sawitsan
8. Millalara
9. Cik Melur
10. Matyan (ko buat blog cepat sebelum aku tendang ko laju2)

Kena amik cuti..

Sesak nafas...
Hahahahahah!



*sila bertabah dengan entry-entry berunsur 'awang-awangan' dalam masa terdekat ni..
sedang melalui fasa awal, jadi harap maklum ye ;p


gediks lebih skit..eheh...

Tulip Purple dah kena petik

Taman larangan dalam hati ni dah dimasuki orang..dengan izin ;)

Dah mula dengar lagu-lagu chenta..

Lagu Ramlah Ram - Diam Diam Jatuh Cinta pun boleh buat aku senyum jugak...aduyaiiii...

Monday, May 3, 2010

Nasib kelaparan bersama


"Lu punya nasib, lu punya makan. Dia punya nasib, dia punya makan... Apa salah lu orang makan sama-sama?"

lapar....