Thursday, January 12, 2012

Cakap senang la.

Aku ada abang.

Dia ni putih (atau cerah) orangnya nak dibandingkan dengan aku yang ibarat warna kulit buah lebam saja bila berdiri di sisinya.

Dia juga penyabar. Sangat penyabar sehingga aku merasakan dia bukan manusia biasa.

Tapi aku? Jauh panggang dari api (dan kulit aku masih kelihatan seperti hangus terbakar).

Aik, apa relevannya dengan tajuk di atas?

Begini kesinambungannya..

Ada pula kejadian ni berlaku semasa aku masih muda remaja, berdarah panas...malah ianya juga berlaku ketika cuaca panas. Entah apa tajuk perbalahan hari itu, yang aku ingat aku tak puas hati dengan keputusan yang dia ambil.

Maka, dengan bakat semulajadi yang aku ada, aku sound dia siap dengan cadangan-cadangan bernas tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah dia.

Dia sound aku balik, "Kau cakap senang la!"

Aku balas dengan pantas, "Pasal 'cakap' senang la aku cakap, kalo susah (bercakap) buat apa aku cakap?"

Lepas tu kulit dia tak putih lagi. Dah jadi merah pula.

Untung dia tak bertukar warna hijau...

Sumber
Aum!