- Bila aku nak habiskan stok buku yang aku beli taun lepas? Kat rak tu bukan setakat buku je, stok habuk pun makin tebal.
- Baju ada banyak, tapi kenapa yang muat sikit je..aku dah gemuk ke?
- Bila aku nak pilih baju yang banyak tak muat tu untuk beri pada orang lain?
- Hah...bila nak antar botol2/ tin2/ kaca2/ suratkhabar dalam store tu kat tempat kitar semula?
- Apa sebab hidung and gusi aku senang sangat berdarah..bila nak pi klinik ni?
- Macamana cara-cara nak jual keta aku tanpa mendatangkan kerugian yang besar?
- Bila aku nak setelkan PTPTN aku?
- Betul ke aku kena pindah Labuan? Tapi En. Suami pun ikut pindah sama, jadi takde la ralat sangat.
- Bila aku nak jahit langsir untuk katil ni?
- Bila pokok cili dan limau kasturi tu nak tumbuh hasil?(aku rasa baja najis ayam RM2 tu tak kena la...)
- Bila orkid & lavender depan rumah nak berbunga lagi?
- Bila nak repair tempat parking orkid ni?
- Bila nak cuci tikar kat pagar tu?
- Bila nak balik keja ni....
Banyak pulak "bila"..kalo asyik "bila" je, bila nak selesai? Aduyai...
"Bila bila kiranya diri ku perlu..
Hari yang murung..
Terdengar nada yang riang...ria..." - Ikhlas Tapi Jauh, Zainal Abidin
Aku rasa list "bila" aku ni leh jadi azam bulanan untuk tahun 2012 ni. Aku nekad untuk kurangkan list ni paling-paling bulan 3. Semoga aku berjaya!
Hari tu baca diari En. Suami, dia kata aku cantik dan rajin. Aku bahagia... AUM!
Hmm...tapi aku rasa dia tau aku nak baca diari dia..ni baru betul Ikhlas tapi Jauh.
2 comments:
pindah Labuan?
A'a, kak...mungkin dalam bulan depan. InsyaAllah.. Tapi surat tak dapat lagi..
Post a Comment