Thursday, April 19, 2012

Bila dah excited pi market.

En. Suami dan sayur-sayuran...

Kita tengok bulan depan macam mana.

Wednesday, April 18, 2012

Pernah tonton The Girl From Tomorrow?

Disebabkan kat opis ni takde keja (lah sangattt...), aku ada banyak masa untuk mengelamun.

Hari ni aku berangan nak jadi Alana. Sapa nak join, sila ikuti langkah-langkah berikut.

Sila klik gambar untuk penglihatan yang lebih jelas ye.




Alana yang ini minat sangat tengok Star Trek gamaknya?

Oh ye, dagu aku tidak seruncing itu.

Aku pun baru tau..

Setahun lebih selepas dia tau..

Mencapub tu apa.

Aktiviti hari ini ialah
- mengkatamkan blog ni,
- mencari alasan supaya HR hantar aku dengan En. Suami pi training Microsoft Project (ada lagi ke orang pakai ni?) kat KL bulan depan.
- buat-buat tak ada kerja depan boss. Biar dia rasa daripada aku buang masa kat opis, baik hantar pi training kat KL tu supaya lebih kompeten.
- berdoa dan trus berdoa supaya AirAsia selalu buat diskaun tiket sehingga RM0.00 sepanjang tahun.

Monday, April 16, 2012

Sayu, sayu di hujung hati.

Takde masa aku nak layan perasaan sayu, sayu ni...huuumangaih...tipunyerrrrr...
Bila nak gaji ni..aku nak beli tiket balik kampung..aduyaiiii

Labuan ni kecik je tapi kena pindah rumah berkali-kali.

Tajuk tu saja je nak mengadu domba.

Part 1 - Tiket & Rumah

Enchek Suami sedang tekun bekerja. Tangannya laju je mengclick-click mouse. Aku pun laju juga. Cari tiket promosi kapalterbang. Cita-cita nak balik kampung setiap bulan.

Tapi cita-cita dah bertukar jadi angan-angan... Bulan ni tak ada tiket murah.

Budget pun dah tersasar sebab bayar deposit rumah sewa baru. Minta-minta tuan rumah lama baik hati nak pulangkan deposit kitorang dulu (aminnnn).

Part 2 - Ketam & Siput Gonggong

Ini kisah Jumaat lepas.

Walaupun tak banyak aktiviti menarik kat pulau ni, tapi aku dan En. Suami nekad nak ambil half day. Motifnya nak habiskan cuti tahun lepas. Salah! Motifnya nak makan ketam masak black pepper dan siput gonggong masak stim halia di Anjung Ketam. Tak puas makan bulan lepas. Muahahahahahaha!

Petang Jumaat tu kitorang bersiap ala kadar (tapi aku berlilit dengan pashmina bagai) kemudian tuntas ke Anjung Ketam. Niatnya nak makan kat kedai No. 2. Alih-alih tersadai kat kedai No. 3.

Masa kitorang datang tahun lepas, Anjung Ketam ni ada 1 buah kedai je (Mungkin kedai lain tutup masa tu..) Sekarang dah ada 4 buah kedai. Setakat ni kitorang rasa kedai No. 2 tu yang paling superb sekali masakannya.

Harga dia ok lagi macam tahun lepas. Yelah, kedai dah renovate. Selesa dan selamat.

Kalau dulu, soyok dia separuh kedai tu je. Masa tengah makan tiba-tiba hujan, mau kau angkat meja tu cari tempat berteduh...dan sambung makan. Kini tidak lagi. Soyok dah panjang. Kau boleh makan puas-puas tak kira cuaca.

Dulu ketam sekilo baru RM27. Sekarang dah RM30.
Siput gonggong tu RM20/kilo.
Ikan kerapu (hidup) RM60/kilo.
Ikan kerapu (tak hidup) RM40/kilo.
(Udang & sotong pun ada, tapi aku lupa nak tanyakan harganya)

Yang lain-lain aku tak makan. Dah nama Anjung Ketam, aku makan ketam dan rakan-rakannya saja. Kalau nak makan sayur, cari kedai tom yam.

Kat kedai No. 3 ni, selepas kita order makanan mereka akan hidangkan tembikai dan kacang goreng. Sementara nak tunggu ketam siap masak, molek benar buat kudap-kudapan. Tapi kat sini air sejuk, air kosong dan air paip je yang free.. Kudap-kudapan tu kau kena bayar. RM12/set. (Kalau aku tau, aku suruh dia amik balik set kudap-kudapan tu..lagi bagus aku tambah ketam sekor dua).

Lepas makan, lepak seminit dua sebab nak habiskan tembikai dengan kacang goreng tu dan balik dengan kesimpulan : kedai No 2 tetap champion.

Di N.

Tuesday, April 3, 2012

Opis saya.

Ini meja saya...

Sebenarnya ada banyak lagi barang atas meja ini. Sangat bersepah maka aku sangat malas nak lukiskan supaya meja aku nampak sangat bersih di mata semua orang.

Aku insertkan shape yang comel dan berwarna-warni untuk menceriakan lagi lukisan ini, seolah-olah aku seorang yang sangat periang. Sebenarnya itu adalah makanan. Sudah lumrah seorang aku (dan majoriti wanita di luar sana), bila tangan dan mata bergerak, mulut mesti nak bekerja juga. Kalau tidak membebel, mengunyah la jawabnya.

Cawan di sebelah kiri PC tu, tempat letak bungkusan air. Air milo dalam cawan tu baru je dibelikan oleh En. Suami terchenta. Thank you, cayang mucuk-mucuk. Saja aku tak tuang air tu terus ke dalam cawan. Nanti kena basuh pula. Ngeee :P

Gadis manis dalam simbol love tu ialah isteri yang dicintai oleh suaminya. La la la.

Ini pula kedudukan opis saya...
Yang ada kepala bulat warna biru tu kedudukan office aku sekarang. Yang bentuk bintang tu kedudukan office aku akan datang. Nampak kantin kat mana? Sayang kan nak tinggalkan office sekarang ni?

Nampak kedudukan matahari yang memancar-mancar tu?

Kalau dah kaedahnya office kau dalam cabin besi, aircond plak taun sebelum masihi punya, bila matahari terik tengahari buta macam dalam sauna...ada harus kau pindah office baru?
Harusss.....

Itu sahaja..minggu ni aku banyak komplen. Mungkin minggu depan aku akan lebih optimistik.

Bersemangaaaattt.....nak balik kampung hari khamis!

Nak pindah KL semula.

Titik.