Thursday, September 27, 2012

Kuah Kacang ke Beras Jalil Hamid ni?

Aku selalu tersasul Beras Jalaludin Hassan dengan Beras Jalil Hamid.

Agaknya sebab dua-dua JH, dan Jalil Hamid lagi senang sebut.

Tiba-tiba cerita pasal beras pulak.

Sebenarnya nak taip resipi kuah kacang. Untuk rujukan masa depan aku. Kalau tak sebelum ni, setiap kali nak buat kuah kacang je kena call Babah dulu. Hahaha. Ye, ini resipi ayah saya yang ensem.

Terus ke cara membuat. Bahan-bahan boleh tengok dalam cara membuat ni. Macam puzzle la (tapi aku highlight). Cewah!

Pengukur : 1 cawan/mug yang elegan. Omak'ai.

Part 1
1. Rebus cili kering (anggaran 3/4 cawan) sampai lembut. Cuci lagi dengan air paip supaya tak pedas sangat sampai kuar api dalam mulut nanti.
2. Goreng kacang tanah (1 cawan) jangan sampai hangus. Toskan minyak dan biarkan sejuk. Tak perlu masukkan dalam peti ais.

Part 2
3. Kupas bawang merah 4 biji & bawang putih 1 ulas. Nak letak 8, 10, 30 biji pun boleh. Tapi redha je la dengan rasanya.
4. Petik 5-7 biji cili api.
5. Campak dalam blender bersama cili kering yang sudah dicuci tadi dan sedikit air. Reti guna blender tak? Haha.

Part 3
6. Panaskan minyak goreng kacang tadi. Ke dah buang? Ayo..tak tau...tak tau.. Minyak baru pun takpe.
7. Tumis Part 2 dengan gembiranya sampai naik minyak. Sambalnye, bukan tukang masak ye.
8. Campak belacan yang dah dibakar (anggaran besar 50sen lama), gula suka hati, garam suka hati.
9. Sambil tu pergi blend kacang yang dah sejuk tadi bersama satu cawan air asam jawa. Sebab bila aku letak separuh, blender tak nak jalan. Hahahaha!

Part 4
10. Aku suka masak sambal tadi tu sampai jadi merah darah (bagi feel Twilight sikit) baru aku masukkan kacang blend tadi.
11. Gaul sebati.
12. Pecah-pecahkan gula merah (3/4 cawan) dan campak dalam kuali. Gaul-gaul.
13. Ketuk sebatang dua serai dan seinci halia. Campak juga dalam kuali.

Part 5
14. Sementara tunggu kuah kacang tu naik minyak dan masak (dengan api kecil), sila minta suami anda belikan roti Gardenia sebab lupa nak rebus nasi impit.

Part 6
15. Makan.

Ok, Adrian. Selesai satu masalah bumi kau.

Wednesday, September 26, 2012

Tajuknya malas beli kabinet ke?

Seminggu ni melayan rasa malas yang amat hebat.

Seminggu je? Adrian..sila jujur.

Ok, ok..lebih dari seminggu. Tapi aku malas nak kira berapa yang lebih tu. Jadi anggap je la dah lama kemalasan ni berlaku.

Rajin pula kau update blog, Adrian?

Ini lain..hehehe.

*Dialog antara hati dan perasaan. Boleh cenggitu?

Aku ni tengah gundah-gulana, antara hendak atau tidak beli kabinet kecil untuk isi barang yang makin bertambah kat bilik sewa tu.

Kalau tak dibeli, bersepah barang-barangnya. Pening pulak kepala.

Kalau dibeli, leceh pulak nak bawa balik Semenanjung nanti. Nape tak jual je?

Sebab aku tak suka jual semula barang yang aku beli. Nak cari benda yang kita suka tu punya la susah payah, tiba-tiba nak jual. Nanti nak guna semula, kena cari lagi sekali. Dua tiga kali kerja kan?

Lagi satu, rasanya tak lama lagi entah-entah kitorang dah pindah Semenanjung semula.

Ke beli je design yang aku tak suka. So nanti senang la aku nak lepaskan kat orang. Tapi..aku pula pening tengok benda yang aku tak suka depan mata.

Acaner?

Thursday, September 20, 2012

Rempit Gangnam Style (nak jugaaaak...)

Rabu, 19 September 2012, bertunggangkan Honda Ex5 Class 1 warna oren logo blogspot, maka termaktublah sejarah aku dan En. Suami sebagai pasangan rempit di Labuan.

Sungguh romantis...

Motor ni En. Suami beli sehari sebelum tu, Selasa 18 September 2012.

Mesti En. Suami kesian kat isteri dia ni kan..

Jalan kaki tengah panas..tengah hujan..tengah mendung.

Kena debu...asap kereta...asap bakar sampah.

Kan, abang kan?

Sekarang panjang semula langkah kita ye, bang. Hujung minggu ni kita pi shopping ek? ek? ek?

I lebiu taw...

Terima kasih, abang... Mmmuuuuah!

Wednesday, September 19, 2012

RM0.50/sudu

Kat kantin opis ni dah letak RM0.50 pada satu sudu sambal belacan??

Apaaaa??

Bukan ke kantin ialah tempat pekerja membelanjakan wang seminima mungkin untuk makan secara suka hati?

Dan aku pula suka cedok sehingga hampir 5 sudu...(sudu dia cetek je taw). Maknanya aku kena tambah RM2.50 untuk sambal belacan sahaja..

Nasib baiklah sambal belacan kau sedap...jadi aku akan terima seadanya dan tidak komen lebih-lebih. (Abih yang kau taip panjang-panjang kat atas tu apa?)

Friday, September 14, 2012

Tajuknya yang-panjang-itu, part last.

Sambungan..

Maknanya esok tu aku kena ambil flight pagi, 7.15am untuk balik semula ke Labuan.

Kalau tanya aku, memang tak mampu la..

Tau tak penat? Kalau dapat tiket direct takpe. Ini kena lalu darat, laut, udara. Tapi memandangkan boss tak tau, maafkan je la.

SABTU
Aku and En. Suami terbangun dah pukul 8.00am . Jadi sah-sahla terlepas flight pagi kan? Sikit rasa gembira (eleh, dah agak pun akan bangun lambat). Alang-alang dah lambat tu, kitorang balik Ahad je la. Muahahahah!

Sepanjang hari tu sibuk tolong mak aku bungkuskan bekal untuk besan baru balik Kedah, buat kerja rumah, main dengan anak-anak buah, lepak depan TV.. petang tu baru aku teringat nak booking tiket balik Labuan. Sebelum tu lagi dah ingat, tapi tak ada hati nak buat terus lupa.

Check tiket AirAsia untuk dua orang ke Labuan untuk Ahad 7.30am pagi, RM1320. Omak'ai. Nak buek camno...beli je la. Tapi masa nak buat online payment, tersangkut. Apaaaa....

Telefon Call Centre (+600858888 - dah ada nombor lain kan?), diorang kata website ada masalah sikit. Dia suruh pi kaunter. Aku tau kaunter AirAsia kat LCCT tu je. Jauh nye. Aku tanya kat KLSentral ada tak, dia kata ada. Alhamdulillah, dekat sikit.

Aku yang cerdik umpama bidadari ni ajak la En. Suami pi KLSentral lepas Isyak. Pukul 9.30pm kitorang keluar. Aku ajak kakak, abang ipar dengan anak-anak buah aku sekali. Jalan ramai-ramai baru best.

Sampai KLSentral pukul 10.00pm. Orang kat kaunter pertanyaan tu sibuk melayan seorang pakcik ni, aku pun buat keputusan cari sendiri kaunter tiket AirAsia tu. Tak jumpa. Bila dah jumpa, dah tutup pulak. Apaaaa..

Alih-alih, pergi kaunter jualan MAS. Tanya tiket ke Labuan esok pagi dah habis. Apaaaa...

Tapi ke KK ada lah. Alhamdulillah. Murah sikit dari AirAsia - RM1014 untuk 2 orang.

Nampak gaya kena lalu jalan jauh lagi.

AHAD
Pagi esok pukul 5.00am dah kuar rumah minta tolong Apit (adik) dan Senah (isteri) tolong hantarkan ke KLSentral. Kitorang ambil  ERL KLIA express (RM35) yang "just 28 minutes away" tu.

Dah check-in, solat Subuh pastu main bendalah yang macam eskalator tapi flat je tu. Apa ntah. En. Suami siap berlakon jadi Superman. Aku kat sebelah dia berdiri macam patung je. Redha dalam malu.

Udara
Balik kali ni siok gila sebab dapat kapal best. Siap dengan,

  • Personal 9-inch LCD widescreen video monitor.
  • Thinner and lighter seat providing better personal space.
  • Access to PED AC power supply.

  • Ok, ayat tu aku kopipes kat sini. Jakun la sekejap. Sanggup lawan ngantuk melayankan cerita Jepun, Girls for Keeps, tapi tak sempat tengok habis. Hahahahaha! Kena cari DVD ni.

    Seat dia kaler purple, houyeah!

    Darat
    Sampai KK pukul 10.00am, ambil teksi (RM30) ke stesen bus yang pergi Menumbok. Aku tak tau apa nama stesen bas tu tapi dia dekat taman depan Bank Negara tu. Tiket bas ekspress pukul 11.00am dah habis. Yang kemudiannya pukul 12.30pm. Congak masa, lambat pulak nak sampai Labuan sebab kitorang nak masuk office petang tu. Jadi kitorang naik teksi sapu (Unser), RM30/seorang. Tapi kena tunggu cukup 6-7 orang penumpang baru jalan. Kalau tak kau kena bayar harga satu trip tu RM210. Lepas setengah jam (11.30am), cukup la 6 orang penumpang. Perjalanan dari KK ke Menumbok ambil masa 2jam.

    Laut
    Kat Menumbok, kitorang beli tiket bot RM15/seorang dan sampai Labuan pukul 2.00pm. (Kalau naik feri sampai pukul 4.00pm). Lepas makan tengahari kitorang ambil bas nombor 2 (RM1.50/seorang) ke depan kompeni yang terbilang ni. Alhamdulillah...

    Sampai office, aku migrain.

    Terbaek...

    Sekian, rekod jadual waktu dan tambang perjalanan tergempar aku bulan ini.

    Jumlah perbelanjaan tergembar untuk dua orang ialah RM2299.50.

    Oh ye, macam mana aku mampu beli tiket secara walk-in? Sebab bonus raya yang kompeni bagi hari tu ada lagi. Alhamdulillahhhhhh....

    Bonus
    Kesimpulannya, aku kena pastikan ada simpanan RM2500 setiap bulan untuk kes-kes emergency nak/kena balik KL. Kau mampu? Aku tak mampu.....kena tunggu bonus juga. Haha!

    Pst..masa nak balik Labuan semula, Babah ada hulur dana sikit. Muahahahahah! Terima kasih, Babah.

    ALHAMDULILLAH..

    Thursday, September 13, 2012

    Tajuknya perbelanjaan pengangkutan secara tiba-tiba dari Labuan ke Kuala Lumpur.

    Panjang ceritanya.

    Nak taip malas, tapi tak taip kang lupa plak isi kandungan cerita nak sampaikan kat anak cucu nanti..

    Jadi, saya taip la ye.

    Kenduri kahwin
    Alkisahnya, family aku buat kenduri kawin adik aku cum open house cum sambutan ulangtahun kelahiran anak buah aku Jumaat lepas. Itupun last minute baru ayah aku ingat nak bagitahu. Omak'ai!

    Mulanya aku dengan En. Suami fikir tak dapat la balik Kolumpo untuk menghadirkan diri ke majlis tu memandangkan kitorang tengah sibuk nak kejar dateline hantar tender kat client hari Isnin. (Ayat macam kompeni ni kitorang punya je. Wek!) Aku dah cuba minta cuti 1 hari kat boss, tapi dia tak boleh bagi sebab takut tak sempat siapkan kerja (walaupun kitorang overtime hari-hari).

    Bergundah gulana la aku ni sambil siapkan kerja. Jeles la juga tak dapat join sebab sedara mara semua berkumpul tapi aku tak ada di tempat kejadian untuk gelak ketawa bersama. Oh... Mak dengan ayah mertua aku pun pergi juga. Lagi la aku jeles. Dua-dua family aku kumpul bersama. Oh...oh...

    JUMAAT
    Nak dijadikan cerita, tiba-tiba pagi Jumaat tu client bagi perkabaran dateline diunjurkan ke hari Khamis depannya. Apaaaa?

    Nak dijadikan cerita lagi, boss pulak tanya, "Adrian, sempat ke kau pergi kenduri adik kau?" seolah-olah bagi greenlight untuk aku balik. Apaaaa?

    Apaaaa lagi, aku off PC.. En. Suami siapkan kerja dia sikit... sejam lepas tu, 12.30tghari, kitorang dah ada kat kaunter MAS nak beli tiket balik KL.

    INTERMISSION! (macam cerita Hindustan)

    Tiket takde! Tiket transit pun takde...

    Apaaaa...

    Bila pergi kaunter AirAsia, diorang kata ada tiket dari Kota Kinabalu (KK) pukul 3.45pm dan 5.10pm.

    Laut
    Disebabkan MasWing ke KK pun dah abis, yang pukul 12.00 tadi pun kompem la terlepas kan, dengan pantas kitorang amik teksi (RM12.50) ke Terminal Feri Labuan. Nasib baik sempat ambil tiket pukul 1.00 petang (RM38/person business class). Feri ke Labuan ni ada dua waktu je yakni 8.00am & 1.00pm dan ambil masa 3 hingga 4jam untuk sampai Labuan.

    Udara
    Sampai Jesselton Point pukul 4.00pm, kami ambil teksi (RM30) ke Terminal 2 (AirAsia). Sampai kaunter, tak sempat beli tiket 5.10pm. Jadi kami ambil tiket 6.30pm (RM958/2 orang). Sementara tunggu, kami bedal KFC snack plate. Baru terasa lapar lepas suku hari marathon dari Labuan.

    Darat
    Sampai LCCT, kami ambil Aerobus (RM8). Sempat lagi shopping baju AirAsia (RM45). Takkan nak pi kenduri pakai tshirt busuk marathon kan. Naik bas terus ke KL Sentral dan cecah rumah pukul 11.00malam.

    Alhamdulillah..
    Ramai lagi sedara mara yang ada. Sempat jumpa & bersalam. Tapi tak sempat jumpa mak dan ayah mertua aku. Mak & Abah kena bertolak balik Kota Tinggi awal sebab esok paginya Abah ada program...hmmm. Takpelah, raya haji kita jumpa ek.. :)

    Nasib baik ada makanan. Pengantin pun belum salin baju. Band Ghazal Sri Kencana pun masih menyanyi. Jemputan pun ada 3-4 meja lagi.

    Alhamdulillah, merasa juga ada kat kenduri ni.

    Oh, ye..boss aku pesan kena ada kat opis esok petang. Kau mampu?