Thursday, January 12, 2012

Cakap senang la.

Aku ada abang.

Dia ni putih (atau cerah) orangnya nak dibandingkan dengan aku yang ibarat warna kulit buah lebam saja bila berdiri di sisinya.

Dia juga penyabar. Sangat penyabar sehingga aku merasakan dia bukan manusia biasa.

Tapi aku? Jauh panggang dari api (dan kulit aku masih kelihatan seperti hangus terbakar).

Aik, apa relevannya dengan tajuk di atas?

Begini kesinambungannya..

Ada pula kejadian ni berlaku semasa aku masih muda remaja, berdarah panas...malah ianya juga berlaku ketika cuaca panas. Entah apa tajuk perbalahan hari itu, yang aku ingat aku tak puas hati dengan keputusan yang dia ambil.

Maka, dengan bakat semulajadi yang aku ada, aku sound dia siap dengan cadangan-cadangan bernas tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah dia.

Dia sound aku balik, "Kau cakap senang la!"

Aku balas dengan pantas, "Pasal 'cakap' senang la aku cakap, kalo susah (bercakap) buat apa aku cakap?"

Lepas tu kulit dia tak putih lagi. Dah jadi merah pula.

Untung dia tak bertukar warna hijau...

Sumber
Aum!

Wednesday, January 11, 2012

Gayanya macam nak bercuti.

Macam tu lah kira-kiranya.

Lepas hampir terbuntang mata selongkar blog En. PenyuBiru, aku terpengaruh untuk bercuti-cuti Malaysia sempena meraikan birthday aku yang akan datang.

Wah..birthday girl (girl?) buat perancangan sendiri.

Dalam kepala macam dah tau ke mana nak dituju. Tapi bila dah mula meng-google hotel & resort yang ada kat Malaysia ni, macam tamak haloba pulak nak pergi semua tempat. Fikir punya fikir, dua tempat ni je dalam sasaran.

1) Cameron Highland - kemungkinan besar nak menginap kat Century Pines Resort sebab terpengaruh dengan ini dan ini. (Main ini, ini je..hehe)

2) Cherating - Hajat hati nak menginap di Tanjung Inn, tapi Legend Resort Cherating pun best juga nampak gayanya.

3) PD - kat sini atau sini? (Seronok plak ber-sini, sini je)

Aik...aku kata dua, tapi kenapa ada tiga?

Tamak ni, tamak..cuti nyer belum tentu dapat lagi sebab sekarang ni musim tender macam musim durian. Kesian pulak nak tinggal kan boss aku dengan kawan aku kat Labuan tu. Kalo aku cuti kang, sapa nak tolong diorang taip-taip, susun file apa bagai. Dah la aku bawa En. Suami sekali. Ini la takberapapekdahnya suami isteri keja satu office, satu department pulak tu. Adumak aih...

Tapi...ala..nak la cuti-cuti masa besday taun ni. Balik-balik tiap tahun makan tomyam, boring la pulak.Link

Tuesday, January 10, 2012

Lagi-lagi baca diari orang

Aku rasa aku dah tau mana datang tabiat baru aku baca diari orang lain (dalam kes aku ni, En. Suami lah orangnya).

Ini semua siri Diari Mat Despatch punya pasal. Terima kasih, En. Idlan Rayyan kerana menceriakan hidup saya dengan rahsia-rahsia peribadi anda (hm..bunyinya agak kurang enak ye?)

Siri ke-4 Diari Mat Despatch : Edisi Patah Hati dah ada di pasaran. Dah beli pun. Tadi.

Minta-minta misteri siapa Tuan Pangkah terjawab kali ni. Aku pulak naik geram nak tau siapa dia..

Nama pun Tuan Pangkah...ini mesti rajin turun mengundi.

Nampak gaya kena la juga kumpul koleksi Bakhruddin Bekri yang lain terutamanya Detektif Bertudung Hitam. Mungkin kita boleh belajar cara-cara merungkai misteri Tuan Pangkah ni daripada Cik Az-Zahra binti Idhwan dan sahabat handainya?

E'eh...macam ayat BMS pulak..Bahasa Melayu Sederhana (ada?)

Monday, January 9, 2012

B.i.l.a.t.a.n.d.a.t.a.n.y.a.

Banyak betul benda aku tengah pikir ni..
  • Bila aku nak habiskan stok buku yang aku beli taun lepas? Kat rak tu bukan setakat buku je, stok habuk pun makin tebal.
  • Baju ada banyak, tapi kenapa yang muat sikit je..aku dah gemuk ke?
  • Bila aku nak pilih baju yang banyak tak muat tu untuk beri pada orang lain?
  • Hah...bila nak antar botol2/ tin2/ kaca2/ suratkhabar dalam store tu kat tempat kitar semula?
  • Apa sebab hidung and gusi aku senang sangat berdarah..bila nak pi klinik ni?
  • Macamana cara-cara nak jual keta aku tanpa mendatangkan kerugian yang besar?
  • Bila aku nak setelkan PTPTN aku?
  • Betul ke aku kena pindah Labuan? Tapi En. Suami pun ikut pindah sama, jadi takde la ralat sangat.
  • Bila aku nak jahit langsir untuk katil ni?
  • Bila pokok cili dan limau kasturi tu nak tumbuh hasil?(aku rasa baja najis ayam RM2 tu tak kena la...)
  • Bila orkid & lavender depan rumah nak berbunga lagi?
  • Bila nak repair tempat parking orkid ni?
  • Bila nak cuci tikar kat pagar tu?
  • Bila nak balik keja ni....
Banyak pulak "bila"..kalo asyik "bila" je, bila nak selesai? Aduyai...

"Bila bila kiranya diri ku perlu..
Hari yang murung..
Terdengar nada yang riang...ria..." - Ikhlas Tapi Jauh, Zainal Abidin

Aku rasa list "bila" aku ni leh jadi azam bulanan untuk tahun 2012 ni. Aku nekad untuk kurangkan list ni paling-paling bulan 3. Semoga aku berjaya!

Hari tu baca diari En. Suami, dia kata aku cantik dan rajin. Aku bahagia... AUM!

Hmm...tapi aku rasa dia tau aku nak baca diari dia..ni baru betul Ikhlas tapi Jauh.

Thursday, December 22, 2011

Diari Hatimu

Semangat tengah berapi-api nak menaip dengan laju ni. Al-maklumlah..dah tukar template. Harap-harap Cik Melur cemburu la dengan backgroundnya ye. Muahahahahahha!

Dah lebih 10 bulan jadi hak milik kekal Abg Tulip Purple. Segalanya indah-indah belaka.
Sahabat-sahabat yang masih bujang di luar sana, perkara baik tak elok ditangguh-tangguh.
Jangan risau bab-bab modal ni..rezekinya ada, InsyaAllah ( Aduyai, ayat berkaunseling)

Baru-baru ni Abang Tulip Purple tulis diari. Dalam diari. Ala-ala Dear Diary gitu. Patutlah blog dia dah lama terbengkalai. Buat aku susah nak korek apa isi hati dia (Omak'ai).

Tapi aku dah baca diari dia lepas dia menulis tu.

Teringat pula masa zaman kanak-kanak ribena dulu, tulis diari dalam organizer yang babah / mama bagi (selalunya pau kakak punya je). Terus membara perasaan untuk menulis juga. Aku pun start menulis diari dah.

Aku tumpang diari Abang Tulip Purple.

Semoga dia redha.

"Benar dikau kucinta
Setiap detik kupuja
Kau sering perhatiku
Sambil belai rambutmu
Tak ingin aku lupa
Kenangan yang tercipta
Berikan aku diari, kutulis setiap hari" - Diari Seorang Lelaki, Pretty Ugly

Lebih tepat lagi "Beriku diarimu, kutulis setiap hari...auw!"

Agak-agak bulan puasa tahun depan ada keluar cerita Diari Ramadhan Rafique lagi tak?

Thursday, June 9, 2011

Pn Isteri mencintai En. Suami

Tajuk je dah terang lagi bersuluh.

Dengan bergayanya, aku berjaya menamatkan zaman bujang En. Bunga Tulip Purple sekaligus menaikkan pangkat beliau yang membawa gelaran En. Suami.

Memandangkan En. Suami dah buat catatan maya dengan pantas dan tuntasnya, jadi saya mempersilakan anda yang sedang melayangkan anak mata ke setiap perkataan dalam post ini untuk ke sini. Beliau sangat comel. Terima kasih, En. Suami. Muah2!

Ada lakaran kata-kata indah untuk En. Suami yang bakal dilahirkan daripada hati tulus suci murni ni...(suci? aum!), tapi nanti boleh? Rasa malas pulak nak tekan-tekan papan kekunci ni. Bunyi ketik-ketik papan ni tak boleh menandingi perasan rindu untuk ajak En. Suami makan tengahari. Perut sudah kosong, mau minta di isi.

Oh ya, I pakai baju ala-ala zaman biduanita Saloma. Ngeee.... Hasil kreativiti Pak Ndak aku yang nak tengok anak-anak / anak-anak buah dia bersanding dengan fesyen terbaru. I like. Cayang Pak Ndak. Hehe.. Aku akan letakkan gambar tu nanti, mana tau ada yang berkenan, leh menyewa dengan aku sebelum aku bagi kat Pak Ndak aku nun di Kedah sana untuk disewakan pada orang-orang Utara. Cewah, sempat lagi meniaga ni.

Sementara tunggu update aku pasal baju tu, kita pi makan dulu. Aku rasa nak kurus dah tahan lapar pasal nak menaip hingga ke titik di hujung ayat ini.