Sunday, February 28, 2010

Episod dua jiwa satu hati..

Ingat hari tu aku cerita pasal entry yang menghilang tanpa khabar berita? Agaknya blog aku terima kejutan sangat besar dengan benda aku nak cerita tu agak kebaboom (bagi aku).. Oleh kerana tak mahu menyerah kalah, aku buat juga (tapi takut entry ni terpadam lagi jadi aku buat pendek je la.)

Sebenarnya aku nak cakap pasal...

KAHWIN.. huhu~

Di office dan rumah, kad-kad kahwin mula bertebaran
Di wall FB, banyak kali kena tag kat kad-kad kahwin
Di blog-blog, pun banyak yang buat entry pasal kahwin..kawie yang muncul lepas lama menghilangkan diri pun tiba-tiba buat entry pasal kahwin..

Aku suka kenduri kahwin.

Suasana penuh tradisi, beli hadiah, makan free, berkumpul dan jumpa kawan-kawan, pakai cantik-cantik untuk ambil gambar (mesti!), dapat bunga telur (bunga telur sekarang ni pun dah pelbagai. Untung-untung boleh dapat mug, buku, sapu tangan..)

Kat sini aku bagitau Prosedur Jemputan Kenduri Kahwin Adrian (PJKKA) :

Dapat jemputan
  1. Cari/kumpul member untuk pergi sekali, selalunya aku akan berpakat dengan Ipie kalau kenduri melibatkan kawan-kawan sekolah
  2. Beli hadiah (kalo dengan Ipie, kitorang akan keluar awal untuk pergi shopping hadiah pada hari kejadian)
Sampai tapak kejadian
  1. Jumpa pengantin/ibubapa@saudara pengantin/kawan-kawan yang berkenaan
  2. Serbu meja buffet dan ambil semua lauk sampai penuh pinggan
  3. Makan dan minum sampai kembung perut
  4. Tunggu dan lihat pengantin bersanding
  5. Snap-snap gambar
  6. Lepak dan bergelak ketawa dengan rerakan sambil dengar orang karaoke(kalau ada)
  7. Balik (kalo pi kenduri sedara-mara atau jiran tetangga biasanya dibekalkan dengan lauk-pauk kenduri ;p)
Sampai rumah
  1. Bercerita pasal kenduri dan...
  2. Tido kekenyangan...ahaks~
Langkah-langkah di atas boleh diskip pada mana-mana bahagian. Takdak masalah dan tekanan ;)

Aku ada jemputan kenduri daripada member office, Manimaran, pertengahan March ni.. Seingat aku, aku belum pernah lihat sendiri perkahwinan masyarakat India dengan mata aku yang coklat dan masak ranum ni. Sebelum ni aku tengok dalam drama-drama atau filem Hindi. Mesti best ni. Selalu aku pakai kebaya je tapi kali ni boleh la aku peragakan baju punjabi dan gugusan gelang yang kawan aku belikan dari India 2 tahun lepas..yeay!

Dengan partner in crime, Ipie

1st time jadi pengapit

Pada kengkawan yang akan melangsungkan perkahwinan, aku doakan semuanya berjalan lancar dan kebahagian kalian berkekalan hingga ke hujung nyawa membawa ke syurga.

Auw!


Kahwin...

Aku?




Satu hari nanti...??

;)

Tuesday, February 23, 2010

Berdebar Jantungkuuu...

Nak tengok aku memulakan sesuatu yang dahsyat?

Tunggu....

(Aku pun suspen gak ni...ntah berjaya ke tak..wish me luck, okey?)

Urgh...

Aku ada buat entry panjang..lepas tu bila nak copy masuk sini...hilang. Jangan tanya macam mana...aku fed up aaar....

Sunday, February 21, 2010

Murtabak Maggie Kebas-kebas


Cubaan permata memasak Murtabak Maggie, resipi ihsan dari Kak Minnie Ila :

pecah telur ayam 2 biji... letak garam skit,
rebus maggi tu.. tapis
campur maggi tu dalam telur
letak minyak skit dalam kuali.. pastu ko goreng
jadi murtabak maggi
minyak ataupun butter
letak skit je
jgn kasi melekat
letak cili api skit.. potong halus2 letak dalam telur
hancurkan bawang
jgn potong besar
letak serbuk lada skit dalam telur tu
kasi ummppphhh

Hasil masakan aku :

Tak sedap...lidah aku kebas-kebas..aku tak mengikut arahan ke, teknik masakan aku yang tak kena?

Saturday, February 20, 2010

Awek cantik di sebalik pagar rumah

Elok je aku beralih nak masuk ke dalam rumah lepas cium Yang-Chuk kat pipi dan lambai-lambai kat dia, ada satu kereta besar berhenti kat depan rumah. Mujur aja adik aku tak bertolak lagi hantar Yang-Chuk balik umah mak dia so keta dia jadi penghalang antara aku dan kereta besar yang baru berhenti tu..

Driver tu turunkan tingkap.."Cong ceng cong ceng......"

Owh, yang drive ni aunty Cina rupanya.. Aduh, aunty ni cakap Kantonis plak dengan aku...

"Er..aunty sorry, saya..."

"Cong ceng cong ceng..."

"Aduh...aunty...saya.."

"Cong ceng cong ceng"....
saya tak fahamlah, aunty..adoi...

Lepas tu dia gerakkan kereta dan parking betul sebelah keta adik aku kemudian turun daripada keretanya..

"Leng loi aaa, cong ceng cong ceng.." aiseh, dia panggil aku leng loi!(yang ni aku faham pulak) Berbunga-bunga jiwa raga aku ni.. "Owh, you Melayu ke? Boleh tolong saya ke, saya silap masuk jalan. Saya nak bla bla bla....." Aku dah tak berapa dengar perkataan lain lepas dia sebut leng loi tu..hahahaha!

Ler..sesat rupanya..lepas adik aku tunjuk jalan kat dia, kitorang saling mengucap selamat dan masing-masing bergerak ke destinasi yang dituju. Aku terlampau bahagia ada orang mengiktiraf kecantikan aku sampai tak terkata apa.. Nasib baik adik aku ada kat situ untuk layan aunty tu. Hehe..

Yela-yela...aunty tu nak ambil hati je, tapi ingat senang ke nak dengar orang panggil kita leng loi sesuka hati?

Aku pelik la naper aunty ni ingat aku awek Cina padahal warna kulit aku agak malap..sambil tersengih-sengih, aku cepat-cepat tutup pintu sebab malam-malam tak elok biar pintu terbuka nanti nyamuk masuk.

Friday, February 19, 2010

Agensikah?

aci? hahahahahahaha..


sumber berserta izin ( dengan bersusah-payah malah terpaksa korbankan sekeping tiket wayang + tak boleh ikut Abang Man berjalan ke Singapura..ohh ) :
http://aimandisini.blogspot.com

8.10am potong 10.30am

Huarrrgghhhhh......

Ini kalau dapat menguap sesuka hati sambil buka mulut dengan amat dahsyat seronok juga, tapi nanti kena pelangkung dengan babah aku pulak..

Pagi ni bangun seawal jam 3.40 pagi sebab nak temankan babah hantar mama dan kawannya ke LCCT. Dari situ babah terus hantar aku ke stesen LRT untuk aku pergi kerja pulak..
Hasilnya..


Aku tiba di office pukul 8.10 pagi. 1st time dalam tahun 2010 aku sampai office seawal ni.. Rasa bangga meluap-luap dalam dada sebab aku kan dah kena chop pekerja yang berjaya lewat sehinggakan annual leave aku dipotong beberapa hari.. Tapi hari ni aku berjaya pecah rekod sendiri... Kalau hari-hari macam ni kan bagus..

Hari-hari.....?

Bangun awal.....?

Erm...nanti aku fikirkan...