Bz...bz...
Nyum2..hari ni ada opismate belanja makan kat Chawan. Makasih ya, Kak Rus.
Bercita-cita ke situ sejak keluar kat siri Jalan-jalan Cari Makan. Menariknya sebab ada dihidangkan ubi kayu rebus. Oh...peberet.
Tapi tadi order Asam Laksa. Hiks... Lazat. Dan kopi Batu Pahat..erm..cubaan untuk minta kurang manis adalah digalakkan di situ. Agak authentic rasanya...uuu...
Bz...bz...
Minggu ini sudah ke office baru. Owh..sangat indah tempat ini. Tapi banyak betul pahit yang harus ditelan. Memang harus ku layan Kopi Batu Pahat tu setiap hari.
Bz...bz...
Bz eh? Dah tu, apa aku buat ni?
Bz...bz...
Buat-buat tak bz boleh?
*Oh, ya..meja baru aku dalam 'akuarium' (bilik berkaca) @ 'bilik kuarantin' sebab hanya kami 3 orang saja (boss dan sorang lagi member sejawat) yang ada access keluar masuk secara bermaharajalela. Yang lain kena minta izin tuan-tuan tanah kedaung ni dulu...aku dengan riaknya menggelar diri kami, warga Ikan Duyung. Semestinya aku lah Ariel!
Friday, October 15, 2010
Thursday, September 30, 2010
Merah Purple warna kita
Cak! Kerinduan-rinduan aku pada blog ni. Aum2...
Menjadi seorang blogger memerlukan jati diri dan semangat yang tinggi. Selain sifat-sifat moral baik yang sangat dituntut oleh mereka yang sering teraniaya (motif?), seorang blogger itu juga harus bijak untuk mencari ruang masa yang sesuai dengan kehendak jiwa raga semasa hendak menghapdet blog beliau. Kejadian menghapdet juga memerlukan peralatan menaip dan screen yang berpatutan serta menarik mata untuk terus menatapnya pada jangka masa yang lama bagi menghasilkan cerita yang sensasi dan berkualiti tinggi.
Saya mendapati faktor-faktor di atas adalah agak sukar untuk diadaptasikan ke atas kehidupan saya buat masa ini. Pertamanya, teman baik saya si Cikebombom (laptop) telah lumpuh separuh badan. Haruslah dihantar ke tuan doktor pakarnya yang telah dilantik secara diam-diam tanpa pengetahuan doktor itu sendiri. Kak Ila, sila tunggu kedatangan kami. Ye, maafkan saya kerana jarang berjumpa akak..well, kawan yang baik ialah kawan yang muncul semasa dalam kesusahan. Ngeeee...
Keduanya, saya sedang berusaha menyibukkan diri untuk masa depan saya.. Owh Owh Owh. Ada cerita yang hendak dikongsikan bersama :) bukan sekarang ye, rakan2. Ada misi yang harus diselesaikan. Bakal berpindah ke Bangsar tidak lama lagi. Sila tingkatkan kesabaran anda :)
Muah, muah, muah!
*tengah merangka-rangka budget supaya boleh langsaikan PTPTN dengan berkesan. Hmmm..

Monday, July 12, 2010
Hati tertanya-tanya...
Tanya pada pokok, apa sebab goyang
Nanti jawab pokok, angin yang goncang
Tanya pada langit, apa sebab hujan
Nanti jawab langit, tanyalah awan
Awan nanti kata, aku kandung air
Sampai tempat sejuk, aku pun cair
(*)
Tengok dalam air, nampak bayang-bayang
Campak satu batu, bayang pun hilang
Ulang (*)
Beberapa tahun kemudian...
Tanya sama hati, apa asal sayang
Adakah tandanya, nampak dipandang
Kumbang rayu bunga, bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda, hubungan mesra
(**)
Tanya sama hati, pernahkah merindu
Ingat masa lena, apa mimpimu
Masa berjauhan, apa nan dikenang
Bila difahamkan, itulah sayang
P: aaaaaaaaaa (L: mmmmmmm)
Jikalau tidak, kerana sayang
Kuntuman kasih, tak mungkin kembang
Andainya jemu, mengganti rindu
Jambangan mesra, tentulah layu
Ulang (**)
Itulah sayang..
Tanya Sama Hati
-P. Ramlee
Filem : Anakku Sazali
Nyanyi dengan mood berbunga-bunga
Uhuk...uhuk...
Wednesday, June 30, 2010
Memuja lubang hidung Cik Melur
Semalam Cik Melur bertandang ke rumah seraya menjadi tetamu satu malam di ruang tamu. Bilik aku takde kipas, takut dia panas plak. Pagi tadi masing-masing bangun dalam kesejukan sebab hujan sepanjang malam.
Cik Melur - Sejuk nya..
Aku - A'a..sebab tu bilik aku tak pakai kipas
Cik Melur - Tu la (sambil sedut-sedut hingus)..aku tido sampai kipas angin masuk idung aku..
Aku - (senyap beberapa second).....hahahahahahaha!
Macam ni kot.....
Cik Melur - angin kipas laaa....!
Cik Melur - Sejuk nya..
Aku - A'a..sebab tu bilik aku tak pakai kipas
Cik Melur - Tu la (sambil sedut-sedut hingus)..aku tido sampai kipas angin masuk idung aku..
Aku - (senyap beberapa second).....hahahahahahaha!
Macam ni kot.....
Cik Melur - angin kipas laaa....!Monday, June 21, 2010
Saturday, May 29, 2010
Sifat ke-Makcik-an ku terserlah...
Hari ni betul-betul terasa seperti makcik muda yang sebenar bila mampu mendodoikan anak-anak buah, ADB & MAH, dengan jayanya.
Kalo macam ni, gimana la gayanya aku nak balik umah sewa...mesti aku rindu-rinduan pada bau bayi-bayi ini...
auw!
Sungguh penat...sungguh-sungguh penat menjaga bayi.
Aku merasakan kepenatan itu padahal baru suku hari berhempas-pulas (itupun ala-ala je).
Pinggang sakit, bahu macam nak terkehel.
Jadi rerakan, sila hargai mak ayah anda termasuk nenek dan datuk yang terlibat sama secara langsung dalam proses membesarkan dan memelihara anda sejak dari dalam peruuuut...
Jangan lupa pada makcik pakcik anda juga ye ;)
Saya sayang mama dan babah saya.
Saya sayang nenek-nenek dan datuk-datuk saya.
Saya sayang ehem-ehem saya juga...hiks
Muah, muah, muah!
*Pakai syampu baby Pureen semalam. Wangi dan segarnya sampai ke hari ni..selamat tinggal Sunsilk. Saya sudah berjumpa teman baru.. muahahahahah!
Wednesday, May 26, 2010
Seni itu indah...
...lagi-lagi bila ditambah dengan kasih sayang..ahaks!
Artist : Cik Abang Bunga Tulip Purple
Ini lukisan abang Ramli Sarip sempena Konsert Amal Tafsiran Budiman. Aku suka dengan teknik yang dia gunakan dalam lukisan ni...main-main berus macam tu pun boleh jadi.

Gambar ni masa aku tengah bersenang-lenang atas bot.
Hilang mabuk laut bila buat mulut macam ni...
Aku suka part-part lipatan kat baju/tudung dan part kena cahaya tu. Kulit gelap sikit..logik la pasal aku berjemur masa tu. Ngeh ngeh ngeh.

Gambar ni masa aku kat kenduri kakak dan adik perempuan aku.
Gediks...
1st dapat gambar ni aku terpikat dengan backgroundnya...smart dia buat gambar dedaunan tu. Sangat kena dengan citarasa aku. Ohh...
Ini....gambar pertama yang dibuat oleh 'cik abang Bunga Tulip Purple' menggunakan Sakura Koi Water Color dan dihadiahkan pada aku. Lepas tu baru aku dapat yang atas-atas ni. Gambar-gambar ni dia main kaler terus. Bestnya. Dengki pun ada sebab kalo aku yang buat, kena sketch dengan pensil dulu. Kalo sapa-sapa rasa nak tengok lagi hasil kerja tangannya, sila la ke sini.

Ohhhh.....seni itu memang indah...seindah kasih sayang kita kan, bang..
AUW!
*Komen-komen anda diharapkan untuk membaiki mutu dan keunggulan pada masa akan datang..ataupun boleh terus ke blog cik abang Bunga Tulip Purple...mekacih :)
Subscribe to:
Posts (Atom)