Monday, July 30, 2012

Mujur kita berbuka puasa kat Anjung Ketam semalam, Abang.

Sebab gas dah habis rupanya.

Terima kasih, En. Suami. Belanja dinda makan sampai rasa nak muntah (tuuuu dia mentekedarah).

Kisahnya, sehari sebelum tu En. Suami ajak berbuka puasa kat kedai plak esok hari. Asyik makan kat rumah je, dinda nak juga dating dgn En. Suami di bulan puasa.

Petang esoknya, En. Suami pi booking meja kat tempat biasa, Anjung Ketam. Kami booking untuk pukul 7.30 malam. Plannya nak berbuka dengan kuih dan solat maghrib kat rumah dulu, jadi boleh lepak lama sikit kat kedai makan nanti. Takde terkejar-kejar waktu. Lagipun nak makan ketam tu kan kena guna skil dan konsentrasi yang tinggi. Ambil masa bagi amatur macam aku ni.

Masa berbuka kat rumah tu la tau gas dah abih. En. Suami nak masak air untuk bancuh kopi (aik, bukan sepatutnya bini dia ke yang kena sediakan?). Alih-alih api tu makin kecik...kecik...kecik...padam terus.

Mujur juga En. Suami buat plan buka puasa kat kedai malam semalam.. Alhamdulillahhh....besar hikmahnya ni.

On the way nak pi Anjung Ketam tu, kitorang bawa sekali tong gas. Nak beli baru kat kedai Bataras. Kedai ni macam mini market yang ada juga jual gas (RM26 untuk 14 kilo tong) dan tong air (RM21/tong + air). Tapi dah habis..ramai pula orang beli gas hari ni. Semua orang memasak kot. Cuba lagi kedai kat Kerupang sebelah Taman Sihat, pun habis.
*Untuk panduan orang lain yang tak tau kedai gas kat Labuan ni di mana. Aci tak?

Emmm..kita dating dua orang dengan tong gas kosong je la gamaknya ye, kanda.

Ni la dia menu kitorang semalam.



 Kailan Goreng Garlic untuk 2 orang makan (salah order, patutnya untuk seorang je. Haha!)
Sotong Celup Tepung (seekor - berat tak dikenalpasti)
Ketam Blackpepper (seekor - 200gram, siap minta kuah lebih)
Udang Bunga masak Tom Yam (5 ekor - 410gram)
Nasi Putih (RM5)
Kopi O Panas sorang satu
Ais Kosong sorang satu
Total : RM 69.00

Harga kira murah la kan? Kitorang tapau belen kailan separuh dengan ketam sebelah untuk sahur. Tak mampu nak habiskan. Order makanan gaya untuk 4 orang. Hamik kaooo...

Sepanjang jalan balik tu asyik lawan sendawa je la kami dua orang. Eksotiknya perangai.

Macam ni sebulan sekali boleh la. Kalau sebulan hari-hari, perut kembung poket kempis.

Friday, July 27, 2012

Trymasak untuk berbuka.

Aku banyak tengok resipi kat trymasak.my. Sebab ada video. Tak payah salin resipi.  Ibarat tengok cerita Harry Potter lepas tu secara otomatik kau boleh hafal cerita dia sampai habis. Gitu la gamaknya.
Aku ni pun dah hafal tone pembaca resipi tu.

"Berikut adalah cara-cara untuk memasak...."

Plan buka posa rini nak masak nasi lemak lauk ikan masin. Manyak siok!

Try tengok resipi sambal nasi lemak kat trymasak.my ni, sama je. Kalau mak dengan akak aku, diorang letak belacan. Lagi men soh seh soh seh la hidung aku kan pasal belacan tu dok berpesta ria dengan resdung. Yang penting, manyak siok!

Lepas tengok video cara-cara buat nasi lemak tu, aku terpandang video ni : Ketam masak lemak.

Aiyok...lagi siok!

Main campak-campak gitu je.

Lagi 4 jam nak berbuka ni...apsal la aku buka video ni sekarang..

Tuesday, July 24, 2012

Fila Sufia

“Maksudnya, 'cintakan hikmah'.”

“Ujian Allah itu bukan sekadar ujian pada apa yang kita lihat, bukan hanya pada harta, dan bukan hanya pada keluarga. Malah ujiannya yang sukar adalah ujian pada apa yang kita ada.....”

“Cintakan hikmah?” 

“Hikmah itu bukan sekadar kebaikan luaran yang kita peroleh, tetapi yang paling penting adalah kebaikan dalaman. Lalu pada ketika saya memberikan masa saya kepada orang yang memerlukan, saya sebenarnya sedang mencari hikmah. Bagaimana kamu mahu memperoleh hikmahnya ikhlas dan sabar, sekiranya kamu tidak pernah memberi?”


Aku terasa diketuk, dipukul dgn nama yg indah itu.

Aku tahu, Allah sedang berbicara dengan aku.
Allah sedang memanggil aku utk bermuhasabah.


Aku mahu gapai cinta Allah SWT!







Fila Sufia...

Monday, July 23, 2012

Posa jangan tak posa.

Dah masuk hari ketiga puasa pun.

Pertama kali puasa di seberang lautan..jauh dari keluarga. Sebelum ni jauh juga tapi takde la sejauh ni (ecece...h). Tapi aku memang rindu pun kat keluarga-keluarga (kata berganda hokey) nun di seberang.
Togetherness dengan family di bulan Ramadhan la extra best. Kan kan kan?

Takpe, dugaan bulan puasa ni memang banyak jadi masa ni la kita kena belajar bersabar..kan, abang?

Hm..rindunya...aum!

Berbalik pada motif aku menaip hari ni.

Kisahnya hari pertama aku berpuasa di Labuan.

Hari pertama kami bersahur koboi. Selalunya lauk koboi ni la yang kita kempunan sangat time tengah posa hatta time tak posa (baca:kelaparan terlampau) sekalipun.

Ikan kembung masin goreng dan telur masak kicap. Siok woo.. Makan sahur macam makan waktu berbuka siap tambah-tambah nasi.

Lepas tu sakit perut sebab ulam lauk dengan cili api. Hamek kau.

Adat bulan posa kat Malaysia ni mesti ada bazaar Ramadhan kan. Maka pada 1 Ramadhan 1433 H pukul 5 petang, dengan semangat berpuasa pada hari cuti termasuk cuti daripada memasak, kami memulakan perjalanan ke bazar yang berdekatan. Labuan ni kecil je jadi mana-mana bazar pun adalah berdekatan, ye kawan-kawan.

Hari sebelumnya memang kami dah plan nak ke bazar di Labuan Walk. Nampak ada banyak kemah, ada banyak orang. Wah..ini tentu banyak makanan. Tapi sayang seribu kali sayang, rupanya banyak juga makanan yang dah habis. Tiba-tiba aku rasa kecil hati. Hahahaha. Cepat pula, baru pukul 5 lebih. Hari pertama, peniaga-peniaga tak boleh budget berapa kuantiti makanan nak jual kot...aku memujuk hatiku yang semakin kecil ini. Ewah..

Kemudian En. Suami Terchenta (aum!) ajak ke bazar di tengah bandar. Kat sini tak besar macam kat Labuan Walk, pun ramai orang juga. Hati aku yang kecil, semakin kecil dan kecil dan kecil...

Hahahaha, gedik la kau ni Adrian.

Sebenarnya nak cari kuih, tapi kuih pun banyak yang habis. Lauk toksah kata la. Sudahnya En. Suami beli habis lauk daging rendang dengan daging kari untuk buat sahur. Beli habis...macam banyak je kan bunyinya? Tidak, sebenarnya itulah cedokan terakhir dari gerai makcik tu. RM2/sebungkus. Alhamdulillahhh ada lauk sedap. Rezeki, rezeki.

Eh..sahur ada lauk..berbuka nak makan apa ni? Dah pukul 6.14 petang..lagi 23 minit nak berbuka dah.

Sudahnya, kitorang tapau dua set snack plate kat KFC.

Hari kedua puasa, En. Suami masak sup kepala ikan, ikan goreng dan terung sambal. Masyuuukkkk!

Sahur pun makan lauk yang sama.

Lepas tu sakit perut sebab aku buat sambal kicap yang over pedas. Hamek kau lagi sekali.

Hari ni kita berbuka dengan lauk yang melly-melly aje pedasnya, ye abang?

Pesanan penaja : Untuk anda diluar sana, sila jaga pemakanan anda agar ibadat anda tidak terganggu lagi-lagi di bulan yang pernuh dengan berkat ini. Oh, yeah....

- Selamat berpuasa. Semoga Ramadhan kali ini lebih sempurnya... -

Tuesday, July 17, 2012

Kelas Menjahit 3

Maka siaplah baju saya setelah 5 hari (Sabtu-Ahad-Sabtu-Ahad-Sabtu) bertungkus-lumus.

Sopan dan berisi dalam masa yang sama. Namun aku redha...
Bersyukur dan bangga dengan diri sendiri kerana setelah melalui kepayahan dan jerih perih (over), aku berjaya menyiapkan sehelai baju kurung yang kainnya sama jenis dengan skirting meja menjahit kelas.

Hari terakhir ni kami diajar menjahit getah dan pengeras pada pinggang. Berapa kali jahit, berapa kali tetas, lepas tu jahit lagi. Akhirnya siap juga. Bergosok lagi taw!.

Selesai sesi menangkap gambar dengan baju kurung jahitan masing-masing, kami bersalam-salaman, bertukar nombor telefon dengan harapan boleh hantar tempah baju raya pada pelajar yang hebat-hebat sebab tak yakin dengan diri sendiri dan call suami masing-masing untuk ambil kitorang bawak balik (aku je yang call suami, yang lain balik sendiri..manja kan I? wek..).

Masa balik tu aku tak salin baju semula.

Masa tu la En. Suami ajak pergi isi air mineral kat vendor machine, pergi Ujana Kewangan untuk depositkan duit kat Maybank kemudian pergi makan KFC. Dengan kain berkilat ala-ala skirting meja tu pusing bandar, kau mampu? Aku bukan mampu, aku tak berdaya...

Walaubagaimanapun..

En. Suami, terima kasih kerana..
...mengizinkan adinda (huuumangaih) untuk menghadiri kursus ini,
...memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi,
...belikan gunting kain dan gunting kertas baru,
...menghantar dan mengambil adinda dari kelas,
...menghantar breakfast pada hari adinda tak sempat makan pagi,
...mengambil adinda untuk makan tengahari,
...tolong fotostatkan IC adinda untuk pendaftaran sebab adinda lupa padahal cikgu dah ingatkan banyak kali,
...meninggalkan sebentar aktiviti memancing untuk teman adinda pergi beli kain yang macam skirting tu (tu la..adinda dah kata adinda tak reti pilih)
...menadah telinga dengan komplen pasal jahitan adinda sendiri
...tolong jahit jelujur
...belikan kain semalam untuk adinda jahit baju kurung lain pulak. Cantik kain abang pilih :)

dan bangga dengan adinda sebab dah pandai jahit baju kurung sendiri. Siap order baju melayu dengan adinda lagi... Malu I taw, abang... AUM!

terima kasih untuk semua, abang..

Ailebiu.

Aum!

Mama juga, terima kasih sebab turut bagi semangat dan turut sama bengang dengan cikgu tu sebab salah ajar anakmu ini potong kain sampai tak cukup. Padahal kita berdua tau yang tak pandai itu adalah anakmu sendiri kerana Mama pernah ajar anakmu ini potong kain dulu.

Terima kasih, Mama. Sayang, Mama.

Babah juga, terima kasih sebab anakmu tau Babah sudah plan nak belikan mesin jahit baru untuk anakmu ini. Waaaahhhh..kalaula Babah baca ni, mesti dia tercengang-cengang.

Tapi sayang Babah juga.

Terima kasih Cikgu Ju, Cikgu Nor dan rakan-rakan sekelas atas tunjuk ajar kalian yang membantu saya meningkatkan keyakinan diri dalam bidang jahit-menjahit.

Eh, lupa. Terima kasih kompeni sebab beri peluang pada pekerjamu yang tak pernah pegang mesin jahit lama-lama sebelum ini.

Panjang pulak entry ni, siap ada penghargaan. Baru jahit baju kurung sehelai. Hahahahaha.

Memperkenalkan, Cikgu Nor yang ajar part menjahit kain.





Nampak skirting belakang beliau?
Abaikan.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, July 11, 2012

Kelas Menjahit 2

Minggu ni selamat dah kain aku disambung menjadi baju..selamatlah sebab sebelum pergi kelas aku dah selusur (jahit jelujur) kat tempat yang sepatutnya bagi mengelak kain tu daripada terlari-lari masa menjahit guna mesin.

Itupun bahagian kaki baju masih senget-senget. Sabar je lah, Kiah.

Masuk bab nak buat kain untuk baju kurung. Lepas buat pola untuk kain, aku kena pergi beli kain baru sebab kain yang disponsor hari tu tak cukup untuk dibuat kain baju kurung aku. Wah..saiz aku ni antarabangsa betul. Tak sama dengan saiz orang Asia gamaknya. Padahal selama ni muat je kalau guna kain 4.5 meter tu. Nampak sangat salah potong kain.

Elok je balik semula ke kelas, aku tengok kain aku tu sama je dengan kain skirting meja mesin jahit cuma warna kain aku lebih pekat. Arghhh...!

Tapi jahit kain lebih mudah daripada jahit baju. Zup zap zup zap, dah nampak bentuk kain. Minggu depan jahit getahnya plak.

Oh yeah, walaupun aku cakap jahit kain senang..tapi aku fail jahit zip. Apakan dayaku..

Cikgu cakap, kalo hari Sabtu ni semua orang siap jahit baju, hari Ahad tak perlu datang kelas lagi. Houyeaaah! Boleh pi dating dengan En. Suami. Muah!

Thursday, July 5, 2012

Kelas Menjahit

Yeeee.... aku sekarang sedang mengikuti kursus menjahit baju kurung.  

Kursus ini dijalankan dengan kerjasama company tempat aku bekerja dan Giatmara Labuan.

Sempat lagi buat iklan.

Tengok, siapa kata dok kat Labuan tak ada aktiviti? (Aku yang kata)

Kursus ni pun percuma. Kompeni ni rajin menyokong usaha-usaha murni kerajaan tempatan kat sini. Yang merasa kesenang-lenangan mestilah rakyat jelata kompeni kan sebab dah boleh buat untung lebih dengan mengambil tempahan baju kurung untuk hari raya.

Perasan.

Kelas menjahit ni dijalankan selama 6 hari, setiap hari Sabtu dan Ahad, dari pukul 8 pagi hingga 4 petang. Makanya, selama 3 minggu aku tak dapat sidai baju kat luar. Maklumlah, untuk wanita bekerjaya macam aku (uwek!) aktiviti membasuh dan mengemas yang berkualiti hanya boleh dilakukan pada hari minggu. 

Ngeee...sebenarnya housemate dah bagi idea bernas hantar baju pergi dobi. Siap berlipat lagi baju-baju aku tu...wahhh...

Minggu pertama, para peserta memanjakan diri dengan mesin jahit. Mula-mula jahit tanpa seurat benang (aum!) mengikut corak diatas kertas yang disediakan. Kemudian guna benang pula.

Masa ni, ramai yang menjahit ala-ala berlumba kat trek Sepang. Belum pandai kontrol kelajuan semasa menekan pedal (pedal?) mesin jahit.

Selepas itu, kami diajar untuk ambil ukuran badan. Masa ni semua orang dah mula eksited. Masing-masing dah ada stail tukang jahit profesional, semua sangkut tali tape (tailor's tape) kat leher. Stail kan? Mula-mula aku rasa tak layak je nak sarung tali tape tu. Tapi bila dah sarung, baru semangat menjahit tu datang. Itu rahsianya... Ooo...

Kemudian, kami diberikan kertas minyak yang selalu buat balut buku teks masa sekolah dulu. Kertas tu digunakan untuk buat pola mengikut ukuran baju yang telah diambil tadi.

Dengan menggunakan pola yang dah siap digunting tersebut, barulah boleh buat ukuran pada kain. Lepas gunting kain, kena buat overlock pula. Aku ingatkan apa overlock ni...rupanya jahit tepi. I hate overlock (gedik). Habis kain aku kena cantas sebab pada mesin overlock tu ada pisau yang akan potong lebihan kain. Dan mesin tersebut melebih-lebih pula potong kain aku. KOMPEM lepas ni aku akan hantar kain ke kedai je kalau nak jahit tepi.

Berakhir la kisah minggu pertama aku dengan mesin overlock yang buat aku tak senang tidur sepanjang malam.

Sebenarnya, kata cikgu menjahit, pada mulanya kumpulan sasaran untuk program ni diutamakan kepada ibu tunggal, keluarga berpendapatan rendah dan mereka yang termasuk dalam senarai di bawah :
(aku kopipes buta-buta dari link di bawah)
  • Golongan yang berdaftar dengan e-kasih (focus group) 
  • Ibu/Bapa tunggal
  • Orang Kurang Upaya (OKU) 
  • Pekerja Industri / Kilang 
  • Pesara 
  • Komuniti Setempat
  • Lain-lain yang bersesuaian
Tapi memandangkan tidak mendapat sambutan daripada kumpulan sasar tersebut, penyertaan pun dibuka kepada semua lapisan. Maka bertuahlah kami rakyat Labuan.

Dulu program ni ada dikenakan yuran, tapi sekarang peserta boleh tersenyum girang kerana caj tersebut telah dibatalkan dan ditaja sepenuhnya oleh gomen termasuk alat menjahit dan kain yang boleh dipakai semasa hari raya nanti..errrr...mesin jahit tak boleh bawa balik ek..

Siapa yang berminat untuk menyertai Program 1Malaysia ini, silakan click disini.

Ok, kita tunggu minggu kedua pula. Macam mana la agaknya keadaan kain aku yang dah dicantas tu bila dah dijahit menjadi baju kurung. Jangan jadi kain perca je sudahlah...

*Tak ada gambar sebab kusyuk menjahit...

** Sebelum ni pun memang tak ada gambar.

*** Hahahaha!