Wednesday, January 27, 2010
Tuesday, January 26, 2010
Sila...
Kepada 'kamu', terserah..
Jangan kau ganggu hidupku lagi
Sudah jelas kini yang kau mau
Kau sakiti hati ini 'tuk kesekian kali
Memang ku cinta namun tak begini
Dimana arti sebuah kesetiaan
Bila hanya dalam ketekatan
Ku coba untuk bertahan
Namun aku tak sanggup
Sungguh tak mampu sayangku
Terserah kali ini
Sungguh aku tak kan peduli
Ku tak sanggup lagi
Jalani cinta denganmu
Biarkan ku sendiri
Tanpa bayang-bayangmu lagi
Ku tak sanggup lagi
Mulai kini semua terserah
- Glen
Sila cuba bersungguh-sungguh menghilangkan diri, ye..
Monday, January 25, 2010
Dinding Bercakap?
Waktu tu adik aku, Apit, berada dalam tingkatan 4.
"Kak Ina, aku nak tengok citer Talking Wall" - Apit
"Hah, citer apa?" - Aku
"Ala...yang The Rock berlakon tu...." - Apit, berkata dengan bersungguh-sungguh sambil menghadap television.
Bila masa plak The Rock berlakon siri bercakap dengan dinding ni?
Aku terpinga-pinga la sekejap. Memandangkan masa tu aku jenis tak amik kisah sangat dengan cerita baru kat panggung, aku buat tak tau je la.
Tiba-tiba aku ternampak iklan ni kat dalam suratkhabar yang berada dalam tangan,
Hah..peluang..apa lagi...jadi bahan la...
Aku announce satu umah. "Ma, Apit ajak tengok citer Dinding Bercakap!"
Bergegar ketawa satu rumah lepas diorang tau rupanya yang Apit maksudkan tu cerita Walking Tall ni.
Sampai sekarang hidup die tak tenteram.
*Apit dengan muka minta ihsan tertanya-tanya, kenapa Kak Ina buat aku macam ni...
---> Aku kan kakak....
Tempias Gempa di Tingkat 22
Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 skala Richter telah berlaku di sekitar Batu Niah pada pukul 7.47 pagi 25 Januari 2010. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 3.6 Utara longitud 113.8 Timur, 90km dari Barat Daya Miri, Sarawak. - http://www.met.gov.my/
This is a revision of the earthquake information issued at 1.49 pm.
A moderate earthquake has occurred with these revised parameters:
Time of Occurrence : 1.38 pm on 24 Jan 2010
Coordinates : 9.1 South 128.4 East
Location : Timor Sea,458km Northwest of Darwin,Australia. 1881km Southeast of Tawau, Sabah.
Magnitude : 5.4 on Richter scale
"Adrian, ko rasa tak bergegar?" - Idu, budak seopis yang duduk kat meja sebelah aku, memanculkan kepalanya disebalik partition yang memisahkan kami.
Aku terdiam dari aktiviti mengupdate blog. "Eh...ada la...". Senyap.
Lama gak gegaran ni, selalu tak sampai satu minit pun. Masing-masing dah ada gaya-gaya ke arah panik.
"Korang ada rasa gegar tak?" - Kak Fu dari Procurement Dept. datang menjengah dengan muka blur-blur. "Ada", serentak aku dan Idu menjawab.
En. Syafiq, yang kebetulan sedang menyambut farewell party di dalam Dining Room dengan Account/Finance Dept. serta beberapa kerat budak-budak opis yang lain, interframe dan minta kitorang dan saki-baki yang ada dalam opis turun ke lobi dengan barang masing-masing sambil dia sendiri berlalu mengambil begnya dari dalam bilik. Mujur tak ramai yang ada dalam opis sebab kebetulan kejadian ni berlaku waktu lunch hour jadi takde la kelam kabut sangat berebut lif kat depan.
Kami bergegas turun dan berkumpul di hadapan lobi.
Masing-masing berada dalam keadaan keliru dan ketakutan.
Kami menunggu beramai-ramai sehingga keadaan reda.
Hampir sejam kami menunggu dengan penuh debaran dan dalam keadaan pening-pening lalat. Badan aku juga sempat disinggah oleh serangga berkaki 8 (labah-labah) berwarna hitam. Mungkin beliau cuba mencari perlindungan disebalik aku. "Turun kamu, ngengada ek.." - cubaan bersandiwara dengan sang labah-labah untuk meredakan perasaan yang bercampur-baur.
Setelah pasti keadaan telah selamat, dengan penuh konfidennya kami menapak semula ke dalam bangunan, menaiki lif ke tingkat 22. Maklumat yang dibawa oleh kak Animah dari Plant Dept. menyatakan berlaku gempa di kawasan Miri.
Owh, patutlah...
*Aku masih berdebar dan pening-pening lalat
Dah terang pun tak nampak..?
Brup brup brup..perut dah berbunyi minta di isi..
Owh dah tengahari..
Waktu rehat 15 minit je lagi..
Sabar ye, perut..
~~~~~~~~
Mana die ni..? Punggah barang, punggah3..aku memunggah dengan bersungguh-sungguh..
Dalam laci takde, kat atas meja takde, mustahil la bawah meja...hurm...mana niii...?
"Adrian, ko buat apa dalam bilik bos gelap-gelap ni?" - Sukri, teman sepejabat aku menjenguk ke dalam bilik bos dengan penuh syak wasangka. "Cik kak, ko dengar tak ni?"
"Aku tengah masak Char Kueh Tiaw...ko tengok aku tengah buat apa?" - aku
"Kot ye pun ko nak cari apa-apa, bukak la lampu.." - Sukri meraba-raba tangan ke dinding dan memetik suis lampu. Plak!
"Hah, ko tengok...dalam gelap takde, dah terang pun tak nampak juga...abih camana." - aku
"Ko cari apa?" - Sukri
"Bos" - aku
*Nota kaki yang panjang :
Bos aku jarang-jarang ada kat opis, kol pun kadang-kadang susah nak jawab..dalam meeting kot.
Aku kadang-kadang terima arahan pun dari telepon je.
Bila orang tanya aku mana dia, aku tak tau apa nak jawab. Bila aku cakap tak tau, aku boleh rasa orang yang tanya tu tak puas hati.
Memang la dalam department aku ni tinggal aku dengan die je tapi aku bukan secretary dia. Pengasuh pun lagi la bukan.
Dia datang dan pergi sesuka hati (Kau datang dan pergi sesuka hatimu..ohh, kejamnya dikau...teganya dikau..padaku - Diana Nasution), dah nama pun bos. Takkan aku nak tahan dia kat opis plak.
"En.Den, jangan nak pi mana-mana..kang nanti orang cari susah". Kompom aku kena benti time-time tu juga.
Owh...inikah namanya dugaan tak bertepi?
Saturday, January 23, 2010
Masih ada yang sayang...
Mah termenung sambil melentokkan kepala ke bahu Abang, tatkala...
"Bang, ada baby bang!" - Mah
"Hah, Mah mengandung?" - Abang
"Apa abang mengarut ni..Mah tengah 'bulan mengambang', nak mengandung celah mana plak...tu hah..ada baby tepi longkang tu.." - Mah
"Eh, jom-jom kita pi tengok!" - Abang bertindak pantas memarkirkan basikal ke tempat kejadian.
"Ish.. Mana mak dia ni. Takde tinggal pesan apa pun. Tertogel je hah ditinggalkannya...kesian budak ni.." - Abang mengetap bibir, mula geram.
"Eeii...geramnya! Makin menjadi-jadi tau zaman sekarang ni. Kat sini je dia tinggalkan anak dia. Kita bawak balik, bang.." - Mah, mata mula bertakung.
"Yelah-yelah..jom. Kita bawak balik dulu, nanti kita pikirkan apa nak buat. Mah dukung ye, abang nak kayuh beskal.." - Abang
"Bang.." - Suara Mah sedikit kuat melawan angin.
"Ye, Mah.." - Abang menjawab sambil memberikan tumpuan pada kayuhan..
"Kita bagi nama ye kat baby ni.." - Mah
Abang memperlahankan kayuhan.."Terpulang Mah lah, Abang ikut aja. Mah nak bagi nama apa?"
"Ntah la, bang..takde idea plak... Kuci Kuci Kuci...baby nak nama apa...?" - Mah
"Meow......"
"Dia nak nama Meor, bang" - Mah
Kenapa marah aku plak?
Mengadap komputer
Macam biasa, blogwalking untuk menceriakan hari.
Sekejap-sekejap gelak sendiri..
Sekejap-sekejap khusyuk membaca nak ingatkan tip-tip kendiri..
Sekejap-sekejap termenung tengok hasil kerjatangan orang yg berseni..
Aku tinggalkan komen..tapi taip dalam hati je
Nak keluar bersuka-ria, tapi kejap lagi ada cerita hindustan pukul 2.
***************
"Abang dah tak sayangkan Mah lagi!" - Mah
"Engko ni dah kenapa, Mah?" - Abang
"Saje. Hehe..." - Mah
"Eee...ni tak lain 'dia' la ni.. Halo, tuan administrator..hari-hari minggu macam ni ko nak buat cerita aku laki bini berentap. Kalo dah takde idea nak menaip tu, duduk je la diam-diam..aku bagi makan kasut karang!" - Abang
Hehe..marah ker?
"Yela. Hari macam ni aku plan nak loving-loving dengan bini aku, tiba-tiba plak ko tukar skrip. Dah lama idup???" - Abang
Peace, peace..
"Apa 'pis-pis'?? Aku peng kang..dah..pi main jauh-jauh!" - Abang
"Dah la tu, bang..jangan la marah dia. Mah yang minta tolong tadi..abang ni...nak manja-manja pun tak boleh..menci tau..auwww..." - Mah
"Ooo...cenggitu ek...kejar die, kejar die!" - Abang
"Aaa..takoot..Mah lari ni, Mah lari...iyah!" - Mah
*termenung
Perasaan yang tak terbendung
Kening naik turun, dahi kerut-kerut
Hidung kembang-kempis, aduh...tiba-tiba sakit perut
Kiya batte? Apa sudah jadi?
Ow'oh..lepas makan tadi, tak buang air besar lagi..muahahahahah!
Tapi tangan masih gatal mahu menaip..dugaan apakah ini?
~~~~~~
*Ringtone
Ow'oh, kamu ketahuaaan..pacaran lagiii...dengan si diaa...teman baikkkmuu...Ow'oh..kamu ket..
"Ina, bangun..dah kol brapa ni..tak keja ke?" - mama
"Herm..bangun dah.." - aku. Letak telepon, baring kejap dan bangun sejam kemudian. Alamak..lambat lagi la hari ni..
Aku turun ke tingkat bawah, tengok mama dah ada kat ruang tamu.
"Aik, baru nak mandi?" - mama
Aku sengih-sengih manja dan terkedek-kedek ke bilik air. Ala, nak kena mandi ke...
"Oi, apa yang lama sangat kat bilik air tu? Berendam lama-lama bukannya bertambah putih pun." - mama. Hihi.
Lepas mandi, pakai deodorant, gosok baju, pakai baju, calit apa-apa yang patut kat muka..
Tengok cermin. Oklah ni..nak cantik macamana lagi.. Hihi.
Buka pintu, dah bersedia nak pi start enjin keta...
"Hehehehehehe".
Aik, aku toleh belakang.."Apsal, ma?"
"Hehehehehe" - mama. Sengih-sengih manja dan terkedek-kedek naik bilik.
"....."
Hari ni hari minggu. ALAAAAA...apa kena family aku ni!
Friday, January 22, 2010
Pantun berlari
Thursday, January 21, 2010
Wednesday, January 20, 2010
Bila nak pukul 5 ni...
- test pensel baru...karbon die buat aku sakit ati btul...pantang tersentuh skit, merebak2 satu kertas...
Makcik Bella tolak pinangan Pakcik Burn
Sesipi kisah makcik bella yang aku war2kan..
Episod Cincin Megatron Al-Hakon
Aku jumpa ni je, yang lain malas nak cari pasal aku bukan reti guna youtube tu pun..ahaks...
Tuesday, January 19, 2010
Makcik Bella yg Awesome
Hot stuff...muahahahahahahahaha!
korang tgk la tari tirana episod 11 minit 2:16/12:22 & 10:23/12:22 ni..kagum btul aku..
#ancPlayer
sila la register kalo nak tgk abis2an...aku layan btul part makcik bella ni..
tahap gaban lawak makcik ni..
rock pekak yg best giler...ahaks..
Monday, January 18, 2010
Lagu Sekolah Rendah aku..
Tuntutlah ilmu jangan lupa
Sematkan di dalam dada
Kelak berguna di hari muka
Hormati guru dan ibu bapa
Mendidik kita setiap masa
Agar menjadi murid berguna
Untuk agama, bangsa dan negara (menjerit sikit)Kami murid2 Sekolah Taman Muda
Berjanji akan berusaha
Berdisiplin setiap masa
Tekun belajar, hingga maju jaya
Kami murid2 Sekolah Taman Muda
Berjanji akan berusaha
Mengharumkan nama sekolah
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUDA
JENG JENG!
Sunday, January 17, 2010
Awak bawah umur lagi la, dik...
Jangan gatai2 nak fire aku..
Friday, January 15, 2010
Layang2 yg tragis..
Layang2 pertama kalo tak silap aku ayah aku yg tolong buatkan...pakai kertas suratkhabar, beberapa batang penyapu lidi, benang dan selepentep. ayah aku pesan, kalo nak layang2 terbang tinggi, ekor layang2 tu kena bagi panjang..
Macam tu la slalunya kalo aku adik bradik nak main layang2, ayah aku la mangsa..smpai satu hari tu kitorang kena buat sendiri...kitorang ni cepat blajar, lama2 dgn kecekapan kitorang maka layang2 tu siap dalam sekelip mata. rahsianya, basikal-singgit-kedai runcit.
Ada satu petang tu, hati aku berdetik-detik, melonjak-lonjak perasaan ni teringin nak main layang2 sbb dah lama tak nmpak layang2 kat atas langit malah petang tu brangin sepoi2 bahasa..memang memenuhi kriteria permainan riang-ria ini..tp bahan takde, penyapu lidi masa tu pun dah tak wujud kat umah aku, pasal ayah aku dah simenkan laman depan umah. jadi disebabkan penggunaan penyapu lidi sangatlah minima sehingga mencapai tahap beku, maka pembelian alat itu telah diberhentikan sehingga diberitahu kelak.
Disebabkan aku dilahirkan dgn otak yg kreatif, dengan bergegasnyer aku turun dari katil, meniti anak2 tangga ke tingkat bawah, membelok ke arah dapur dan berdiri megah di depan stor. setelah berjaya memperolehi barang2 yang aku idamkan, aku segera menoleh ke pintu belakang rumah dan senyap2 menyusup keluar. takde la senyap sgt sebab lepas tu kakak aku pun ikut skali. dengan berbekalkan seutas tali (aku rasa benang) yang diikat pada beg plastik kaler merah (yg slalu orang tapau keropok kat pasar malam tu), kitorang berlari2 meriah meredah angin..membiarkan 'layang2' terbang tinggi mencecah awan (jgn kata awan, bumbung dapur umah pun tak lepas).
wuuu....wuuu....wuuu..... ---ni bunyi 'layang2'
esoknyer, kitorang nmpak orang main layang2...hurm,ntah2 'layang2' plastik keropok tu telah menjadi ilham kepada penduduk taman perumahan aku ni untuk memulakan musim layang2 pada tahun tersebut...oh....indahnya..
Mat Mie - Cik Ina
Wednesday, January 6, 2010
Happy Lebih :)
Hari2 pun buka email, tapi hari ni excited lain macam..
Wah..dapat email dari seberang..berdebar juga dapat email dari tokoh pujaan ni..hehehehe!
Reply skit2 (skit je........... ;p) lepas tu trus melawat blog beliau. Ada banyak karya-karya menarik..kat sini la aku lepak hari ni selain kat sini juga...
Sila2, mari kita kongsi kegembiraan mencuci mata beramai2... :)
*MatYan bgtau tadi dia dah dapat tiket untuk AJL kat Bukit Jalil, Ahad ni...sapa yang pergi nanti, leh la kita jumpa skali..ngeh3...
Monday, January 4, 2010
Imigransi Bertemu Hancock dan Malika
Setelah bertungkus-lumus bangun lewat pada pagi itu, aku bergegas menyiapkan diri (of koz la mandi dulu kan) selepas di’panggil’ oleh MatYan dan MatMie untuk muncul di rumah mereka jam 1-2 tengahari bagi meramaikan majlis sambutan hari lahir mereka serta dua orang ahli kluarga yg lain.
Smpai je kat umah MatYan, aku disambut oleh senyuman manis MatMie yang mungkin mengharapkan aku bawa hadiah utk beliau..
Maaflah, MatMie..harapanmu musnah sama sekali…Cik Ina datang lenggang lenggok nak makan je..eheh..
Sungguh damai perasaan dikelilingi oleh kanak2 ribena yang tulus, mulus, jujur lagi suci. Tp perasan damai musnah sama sekali tatkala MatMie mengeluarkan patah2 perkataan yang hampir mematahkan semangat aku untuk terus hidup..
“Cik Ina dak atek…” - - - > Cik Ina tak cantik
Aduh…
Aduh…
Aduh…
Dia ulang byk kali tanpa henti..adakah kerna aku tak bawa hadiah?
Nasib baik Paklong Rafe pandai cover. Beliau berjaya mengugut MatMie untuk menukar kenyataan dengan mengatakan aku ‘takkan bawa MatMie jalan2 naik keta lagi’ kalo die tak ckp aku cantik…misi berjaya dan aku kembali lega. Biarlah orang kata aku perasan..ada aku kisah?tidak sama sekali…
Tentatif majlis berjalan seperti kebiasaan majlis2 hari lahir..makan dan minum smpai lebam, meniup lilin, mengambil gambar dan berposing ala2 cicakman. Dapat juga aku merasa Mee Kari-Pekat-Pedas-Best-Gila dan Kek Buah-Puding-Coklat hasil air tangan maklong Rosmah and kak ngah MatYan (ada gaya2 membodek secara halus tak? Penting ni supaya aku dijemput untuk datang makan free lagi…hiks…)
Posing Cicak-Man takleh lekat kat dinding
Dua-dua berebut nak jadik Cicak-Man..ni la hasilnya..salah seorang kena berkorban
Agak2 dah ke petang dan sebagai memenuhi prosedur sebagai tetamu undangan, aku minta izin mengundur diri dari tuan2 rumah untuk berlalu pergi sebelum aku membiarkan diri aku terbawa2 mengalahkan tuan rumah. Lagipun aku dah janji dengan Falin untuk amik dulang2 yang dia sewa daripd kawan mak aku untuk knduri die bulan lepas.
Seperti biasa, alang2 MatYan dah ada…terpaksalah dia ikut sama. Dalam erti kata lain, aku tak reti sangat jalan nak ke Kelana Jaya dari umah dia kat Seri Kembangan tu…kalo harap aku p sendiri, terpaksalah aku balik umah dulu pastu ikut jalan dari situ ke sana…jawapannya aku akan cop diri sendiri penyengal yang berjaya sbb dah ulang-alik byk kali. Lagi satu aku lebih gemar jadi co-pilot sbb aku leh makan, minum, bergayut telepon, menyanyi, berjoget dsbgnya tanpa tekanan yg melampau. And kalo salah jalan ke, bukan aku yg kena kutuk..hehe.
Tapi perjalanan kali ni aku tak boleh kutuk MatYan secara berlebihan pasal dia ada cermin mata yang boleh membuat die brubah menjadi ‘Hancock’. Tatkala die pakai spek tu, aku dapat merasakan inersia dalam kereta tu menghenyak tubuh aku ke kusyen kereta sebagai tindakbalas dari perubahan yang berlaku ke atas beliau. Perubahan2 tersebut hanya berlaku apabila beliau berada dalam keadaan malu atau marah…
Sungguh tragis…
Selepas melalui sesi2 yang sukar untuk ke kedai Falin seperti kena marah pasal melintang arus kat jalan sehala dan terpinga-pinga cari parking maka smpai la kami ke Restoran D’Galley yang terletak di belakang Giant besar Kelana Jaya
#iklan#
dimana ia menyajikan makanan2 Timur dan Barat yang sihat serta bervitamin, yg enak lagi menyelerakan serta menyediakan kemudahan WiFi secara percuma kepada pelanggan2nya. Anda tidak perlu risau jika mengalami sebarang kekurangan pada diri anda misalnya kredit telefon tidak mencukupi, pakaian seolah2 tidak lengkap menutupi diri, make-up cair setelah seharian berjalan, tidak mempunyai sebarang alat telekomunikasi yang canggih utk melayari internet di restoran ini dan lain2 kerana di sekitar restoran ini turut terdapat beberapa buah kedai lain yg akan membantu anda untuk melengkapkan segala kekurangan tersebut. Jika itu belum mencukupi, mungkin lebih baik anda ke Giant besar itu sahaja.
Promote2..(dalam hati, komisen2...)
Dalam usaha nak balik lepas selesai urusan dgn Falin, smpat la kitorang singgah MidValley untuk jumpa Apiz, member MatYan. Tak buat apa pun…usha Apiz n Aisha tekun bekerja, kutuk2 skit sambil mentekedarah roti canai kat fudcourt Garden pastu kitorang gerak untuk urusan2 lain seperti melangsaikan hutang2 bank dan bil2 yg sepatutnya.Muka excited nampak byk sale..