Sabtu lepas diluangkan dengan aktiviti2 bersenang lenang yang sangat mengubat jiwa lara.
Setelah bertungkus-lumus bangun lewat pada pagi itu, aku bergegas menyiapkan diri (of koz la mandi dulu kan) selepas di’panggil’ oleh MatYan dan MatMie untuk muncul di rumah mereka jam 1-2 tengahari bagi meramaikan majlis sambutan hari lahir mereka serta dua orang ahli kluarga yg lain.
Smpai je kat umah MatYan, aku disambut oleh senyuman manis MatMie yang mungkin mengharapkan aku bawa hadiah utk beliau..
Maaflah, MatMie..harapanmu musnah sama sekali…Cik Ina datang lenggang lenggok nak makan je..eheh..
Sungguh damai perasaan dikelilingi oleh kanak2 ribena yang tulus, mulus, jujur lagi suci. Tp perasan damai musnah sama sekali tatkala MatMie mengeluarkan patah2 perkataan yang hampir mematahkan semangat aku untuk terus hidup..
“Cik Ina dak atek…” - - - > Cik Ina tak cantik
Aduh…
Aduh…
Aduh…
Dia ulang byk kali tanpa henti..adakah kerna aku tak bawa hadiah?
Nasib baik Paklong Rafe pandai cover. Beliau berjaya mengugut MatMie untuk menukar kenyataan dengan mengatakan aku ‘takkan bawa MatMie jalan2 naik keta lagi’ kalo die tak ckp aku cantik…misi berjaya dan aku kembali lega. Biarlah orang kata aku perasan..ada aku kisah?tidak sama sekali…
Tentatif majlis berjalan seperti kebiasaan majlis2 hari lahir..makan dan minum smpai lebam, meniup lilin, mengambil gambar dan berposing ala2 cicakman. Dapat juga aku merasa Mee Kari-Pekat-Pedas-Best-Gila dan Kek Buah-Puding-Coklat hasil air tangan maklong Rosmah and kak ngah MatYan (ada gaya2 membodek secara halus tak? Penting ni supaya aku dijemput untuk datang makan free lagi…hiks…)
suap-menyuap beramai2Setelah bertungkus-lumus bangun lewat pada pagi itu, aku bergegas menyiapkan diri (of koz la mandi dulu kan) selepas di’panggil’ oleh MatYan dan MatMie untuk muncul di rumah mereka jam 1-2 tengahari bagi meramaikan majlis sambutan hari lahir mereka serta dua orang ahli kluarga yg lain.
Smpai je kat umah MatYan, aku disambut oleh senyuman manis MatMie yang mungkin mengharapkan aku bawa hadiah utk beliau..
Maaflah, MatMie..harapanmu musnah sama sekali…Cik Ina datang lenggang lenggok nak makan je..eheh..
Sungguh damai perasaan dikelilingi oleh kanak2 ribena yang tulus, mulus, jujur lagi suci. Tp perasan damai musnah sama sekali tatkala MatMie mengeluarkan patah2 perkataan yang hampir mematahkan semangat aku untuk terus hidup..
“Cik Ina dak atek…” - - - > Cik Ina tak cantik
Aduh…
Aduh…
Aduh…
Dia ulang byk kali tanpa henti..adakah kerna aku tak bawa hadiah?
Nasib baik Paklong Rafe pandai cover. Beliau berjaya mengugut MatMie untuk menukar kenyataan dengan mengatakan aku ‘takkan bawa MatMie jalan2 naik keta lagi’ kalo die tak ckp aku cantik…misi berjaya dan aku kembali lega. Biarlah orang kata aku perasan..ada aku kisah?tidak sama sekali…
Tentatif majlis berjalan seperti kebiasaan majlis2 hari lahir..makan dan minum smpai lebam, meniup lilin, mengambil gambar dan berposing ala2 cicakman. Dapat juga aku merasa Mee Kari-Pekat-Pedas-Best-Gila dan Kek Buah-Puding-Coklat hasil air tangan maklong Rosmah and kak ngah MatYan (ada gaya2 membodek secara halus tak? Penting ni supaya aku dijemput untuk datang makan free lagi…hiks…)
Fawas & MatMie posing kembar siam
Posing Cicak-Man takleh lekat kat dinding
Dua-dua berebut nak jadik Cicak-Man..ni la hasilnya..salah seorang kena berkorban
Posing Cicak-Man takleh lekat kat dinding
Dua-dua berebut nak jadik Cicak-Man..ni la hasilnya..salah seorang kena berkorban
Aktiviti bersambung dgn menonton rancangan “Zombie Kg. Pisang”. Dalam tengah syok nonton, aku diganggu oleh ‘kuasa Malika’ yang cuba ditonjolkan oleh MatMie, maka terpaksa la aku bertindak mempertahankan diri dengan mengeluarkan jurus Ultraman peringkat ke-18 namun usaha aku gagal kerana setiap kali, MatMie-Malika berjaya mematahkan kuasa tersebut. Takpala, MatMie…harini hari ko….hari sok, lusa, tulat, langkat, terkulat, terpeleot…pun hari ko….
Muka macam ni ada hati nak 'Malika'kan aku...huh..cita2 tinggi budak niAgak2 dah ke petang dan sebagai memenuhi prosedur sebagai tetamu undangan, aku minta izin mengundur diri dari tuan2 rumah untuk berlalu pergi sebelum aku membiarkan diri aku terbawa2 mengalahkan tuan rumah. Lagipun aku dah janji dengan Falin untuk amik dulang2 yang dia sewa daripd kawan mak aku untuk knduri die bulan lepas.
Seperti biasa, alang2 MatYan dah ada…terpaksalah dia ikut sama. Dalam erti kata lain, aku tak reti sangat jalan nak ke Kelana Jaya dari umah dia kat Seri Kembangan tu…kalo harap aku p sendiri, terpaksalah aku balik umah dulu pastu ikut jalan dari situ ke sana…jawapannya aku akan cop diri sendiri penyengal yang berjaya sbb dah ulang-alik byk kali. Lagi satu aku lebih gemar jadi co-pilot sbb aku leh makan, minum, bergayut telepon, menyanyi, berjoget dsbgnya tanpa tekanan yg melampau. And kalo salah jalan ke, bukan aku yg kena kutuk..hehe.
Tapi perjalanan kali ni aku tak boleh kutuk MatYan secara berlebihan pasal dia ada cermin mata yang boleh membuat die brubah menjadi ‘Hancock’. Tatkala die pakai spek tu, aku dapat merasakan inersia dalam kereta tu menghenyak tubuh aku ke kusyen kereta sebagai tindakbalas dari perubahan yang berlaku ke atas beliau. Perubahan2 tersebut hanya berlaku apabila beliau berada dalam keadaan malu atau marah…
Sungguh tragis…
Selepas melalui sesi2 yang sukar untuk ke kedai Falin seperti kena marah pasal melintang arus kat jalan sehala dan terpinga-pinga cari parking maka smpai la kami ke Restoran D’Galley yang terletak di belakang Giant besar Kelana Jaya
#iklan#
dimana ia menyajikan makanan2 Timur dan Barat yang sihat serta bervitamin, yg enak lagi menyelerakan serta menyediakan kemudahan WiFi secara percuma kepada pelanggan2nya. Anda tidak perlu risau jika mengalami sebarang kekurangan pada diri anda misalnya kredit telefon tidak mencukupi, pakaian seolah2 tidak lengkap menutupi diri, make-up cair setelah seharian berjalan, tidak mempunyai sebarang alat telekomunikasi yang canggih utk melayari internet di restoran ini dan lain2 kerana di sekitar restoran ini turut terdapat beberapa buah kedai lain yg akan membantu anda untuk melengkapkan segala kekurangan tersebut. Jika itu belum mencukupi, mungkin lebih baik anda ke Giant besar itu sahaja.
Promote2..(dalam hati, komisen2...)
Dalam usaha nak balik lepas selesai urusan dgn Falin, smpat la kitorang singgah MidValley untuk jumpa Apiz, member MatYan. Tak buat apa pun…usha Apiz n Aisha tekun bekerja, kutuk2 skit sambil mentekedarah roti canai kat fudcourt Garden pastu kitorang gerak untuk urusan2 lain seperti melangsaikan hutang2 bank dan bil2 yg sepatutnya.Muka excited nampak byk sale..
Bila tengah makan, memang tak nampak sapa dah...aku pun korang tak nampak kan?
Sesi bayar hutang, masa ni muka dah tambah kedut dan tak se-excited td..pasal tu membelakangkan kamera
Agak2 dah bosan berjalan, kitorang pun amik keputusan drastic utk balik (sebenarnya masa tu mak aku dah kol banyak kali, dia nak pakai keta plak…aku pinjam keta mak aku rini..heheheheh). Tu pun jenuh MatYan yang pujuk.. Jangan salahkan aku kalo aku tak nak balik dari pusat membeli-belah yang besar ni, aku kan pompuan…
Sebelum tu singgah jap beli Popiah Rangup Kakak2 (Sisters Crispy Popia) yg ditempah khas leh MatYan – Pedas-Pedas-Gila
untuk jadi kudap2an dalam keta…
No comments:
Post a Comment