Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 skala Richter telah berlaku di sekitar Batu Niah pada pukul 7.47 pagi 25 Januari 2010. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 3.6 Utara longitud 113.8 Timur, 90km dari Barat Daya Miri, Sarawak. - http://www.met.gov.my/
This is a revision of the earthquake information issued at 1.49 pm.
A moderate earthquake has occurred with these revised parameters:
Time of Occurrence : 1.38 pm on 24 Jan 2010
Coordinates : 9.1 South 128.4 East
Location : Timor Sea,458km Northwest of Darwin,Australia. 1881km Southeast of Tawau, Sabah.
Magnitude : 5.4 on Richter scale
"Adrian, ko rasa tak bergegar?" - Idu, budak seopis yang duduk kat meja sebelah aku, memanculkan kepalanya disebalik partition yang memisahkan kami.
Aku terdiam dari aktiviti mengupdate blog. "Eh...ada la...". Senyap.
Lama gak gegaran ni, selalu tak sampai satu minit pun. Masing-masing dah ada gaya-gaya ke arah panik.
"Korang ada rasa gegar tak?" - Kak Fu dari Procurement Dept. datang menjengah dengan muka blur-blur. "Ada", serentak aku dan Idu menjawab.
En. Syafiq, yang kebetulan sedang menyambut farewell party di dalam Dining Room dengan Account/Finance Dept. serta beberapa kerat budak-budak opis yang lain, interframe dan minta kitorang dan saki-baki yang ada dalam opis turun ke lobi dengan barang masing-masing sambil dia sendiri berlalu mengambil begnya dari dalam bilik. Mujur tak ramai yang ada dalam opis sebab kebetulan kejadian ni berlaku waktu lunch hour jadi takde la kelam kabut sangat berebut lif kat depan.
Kami bergegas turun dan berkumpul di hadapan lobi.
Masing-masing berada dalam keadaan keliru dan ketakutan.
Kami menunggu beramai-ramai sehingga keadaan reda.
Hampir sejam kami menunggu dengan penuh debaran dan dalam keadaan pening-pening lalat. Badan aku juga sempat disinggah oleh serangga berkaki 8 (labah-labah) berwarna hitam. Mungkin beliau cuba mencari perlindungan disebalik aku. "Turun kamu, ngengada ek.." - cubaan bersandiwara dengan sang labah-labah untuk meredakan perasaan yang bercampur-baur.
Setelah pasti keadaan telah selamat, dengan penuh konfidennya kami menapak semula ke dalam bangunan, menaiki lif ke tingkat 22. Maklumat yang dibawa oleh kak Animah dari Plant Dept. menyatakan berlaku gempa di kawasan Miri.
Owh, patutlah...
*Aku masih berdebar dan pening-pening lalat
7 comments:
Cerita yg sgt best tapi....
Ko tertinggal cerita pc dan meja idu turut bergegar same..
aku mengupdate dalam debaran, tak sempat nak ingat semua. ahaks...ko citer kat blog ko je la..kang aku linkkan aje..hheehhehe(dasar pemalas tak aku ni?)
salam...ade cermin yg pecah x??
ala sikit jer dah pening lalat
hisham : salam, takde apa yg pecah..'vibrate' gitu2 je..kitorang je yg bergaya ala2 retak menanti belah sbb tak dapat balik awal
Kapitan : nasib pening lalat, bukan pening labah2..
ada tv3 dtg tak? masuk tv tak? hehehe ;p
mila : diorang tak sempat datang kitorang dah naik opis dah..alih2 kitorang buat Berita Terkini sendiri2 je..
Post a Comment