Maka berdentum-berdentam, berspray-spray, berkecimpang-kecimpung, bergedebak-gedebuk la angkasaraya bumi Malaysia tatkala denting jam 12 mlm.
Hatta tersengih2 dan terloncat2 la aku kat ruang tamu rumah mendengarkan bunyi2an tersebut melalui kaca tv dan ruang udara sekitar kawasan perumahan ini yang menandakan hari yang ku tunggu2 telah tiba.
Kenapa yer excited sgt?sebab..
esok ada citer best2 kat tv..
esok aku cuti..
esok mesti smua orang senyum2 wish happy new year..(sepatutnya hari ni..tp takpela..blum terlambat utk smua tu)
esok dah boleh guna kalendar 2010
esok semangat aku untk melunaskan dan mencapai azam tahun baru n tahun sudah2 akan lebih tinggi berbanding hari2 lain
yg terterpenting2nya(lihat betapa pentingnya hari esok melalui tatabahasa aku yg tinggi ni), 27 hari dari esok adala besday aku...aku sukaaa! slama stahun aku tggu tarikh ni...
aku akan pastikan bila smpai tanggal 27 Januari 2010 ni, aku akan bertambah bahagia, bertambah cantik, bertambah comel, bertambah menawan dalam keadaan berat badan yang semakin berkurang.
aku sukakan tahun baru, aku sukakan januariii!
tahun baru, revolusi baru...smoga kita termutasi menjadi manusia yg lebih berwibawa dari segi rohani dan jasmani..yeahhhh!
semoga aku dan kalian akan melalui tahun yang lebih baik, yang lebih harmoni, yang lebih sejahtera, yang lebih mencabar, yang lebih menarik dan lebih meriah ;)
pada tahun 2009 dan tahun2 sebelumnya, segala isipadu dan kandungan di dalam korang akan hidup dalam diri aku sebagai kenangan dan pengalaman yg menjadikan aku sebagai AKU utk melalui hari2 dan tahun2 yg mendatang.
aku, kau dan kita memang best!
;)
2 comments:
akak baca tajuk je terus komen, so tatau la ape cik cakap dlm entry tu lalalalalala
epy nuyer!
Akak memang...sudu teh betul...
hepi nuyer juga ;)
Post a Comment